Cinta Metropolitan
Cinta Metropolitan ialah sebuah filem aksi romantik Malaysia 1996 yang ditayangkan pada tahun 1996. Filem ini telah diarahkan oleh Zulkifli M. Osman. Filem Cinta Metropolitan diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Cinta Metropolitan | |
---|---|
Pengarah | Zulkifli M. Osman |
Dihasilkan oleh | Julie Dahlan |
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan | 1996 |
Masa tayangan | 90 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Plot
suntingHaris dan Irwan adalah adik beradik, Haris bekerjaya sebagai jurugambar di sebuah syarikat akhbar tempatan, Irwan pula wartawan. Haris sebagai abang, kurang gemar dengan perangai adiknya yang suka menjalin hubungan dengan ramai wanita. Irwan turut mempunyai sugar mummy yang selalu membiayai gaya hidupnya dalam masa yang sama tidak tahu Irwan itu playboy.[1]
Di majlis makan malam kilang Nurul dimana Haris bertugas, Irwan turut dijemput di situ dia terserempak dengan Haris, Haris bengang dengan adiknya yang menghilangkan diri tanpa khabar berita itu. Budak liar bernama Rizal, pencuri sepenuh masa telah membawa lari beg tangan Azlin. Mereka berjaya menangkap Rizal. Azlin adalah adik kepada samseng, Farouk. Sebagai adik dia tidak setuju dengan kegiatan jenayah berprofail tinggi abangnya itu.
Rizal yang telah menyeluk poket Haris terkejut kerana wang ihsan diberi oleh Azlin itu adalah wang palsu kerana nombor siri semuanya sama. Rizal yang berjaya mencuri masuk ke tempat operasi Farouk telah ditangkap dan Haris ditipu oleh kumpulan Farouk kononnya Irwan berada dalam tawanan mereka, tetapi sebenarnya Rizal. Mereka berdua dibawa lari ke Sumatera,Indonesia.
Bersama-sama dengan Nurul,Monisa mereka lari ke luar negara dari diburu orang Farouk. Mereka melarikan diri ke Indonesia & Thailand. Di Indonesia, Rizal dan Haris berjaya menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam sungai dan menelefon ke Malaysia untuk meminta bantuan Nurul. Dengan bantuan orang-orang Nurul mereka dibawa pergi ke Medan untuk menginap di hotel milik bapa Nurul.
Mereka mendapat berita Farouk telah ditangkap dan untuk sementara waktu mereka berasa lega. Malangnya sewaktu makan malam mereka dikejutkan dengan kedatangan Farouk, rupa-rupanya Farouk telah menghantar berita palsu tentang penangkapannya. Dalam pergelutan itu mereka berjaya lari tapi Monisa tercedera dan ditawan oleh Farouk. Mereka meneruskan perjalanan ke Bangkok,Thailand.
Haris,Nurul dan Rizal berjaya menceroboh masuk ke markas Farouk dan mengumpul bahan bukti tetapi ditangkap. Irwan dan Azlin pula membuat laporan polis tetapi Azlin ingin memujuk abangnya. Rizal pula mengugut Farouk untuk mengebom tempat itu tetapi dia tersalah sangka alat peledak itu sebenarnya radio. Farouk berjaya ditangkap setelah polis mengepung tempat itu.
Pelakon
sunting- Dato' Norman KRU sebagai Haris - abang Irwan, Fotografer, sering gopoh membuat kerja
- Datuk Yusry KRU sebagai Irwan - kasanova, adik Haris, lulusan luar negara
- Edry KRU sebagai Rizal, Pencuri, anak yatim piatu.
- Vanidah Imran sebagai Nurul, teman baik Haris
- Emylia Rosnaida sebagai Azlin, adik Farouk. Kemudian jatuh hati pada Irwan
- Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Farouk, ketua sindiket wang palsu
- Noreen Noor sebagai Monisa, Sugar mummy Irwan
- Osman Kering sebagai Cik Mat Tahir (Bos Haris)
- Sheila Mambo sebagai Sandra, orang kanan Farouk
- Nana Nurgaya sebagai Sara, rakan mencuri Rizal
- Rawi M.S sebagai En. Ridzuan, bapa Nurul
- Zaidi Rock sebagai orang suruhan Farouk
Trivia
sunting- Bapa Nurul, Encik Ridzuan dalam cerita ini ialah orang yang sama memegang watak bapa kepada Sheila dalam filem lakonan KRU terdahulu, Awas pada 1995 terbitan Medanmas Sdn. Bhd. (dikenali sebagai Ch-9 Media).
- Dato' Jalaluddin Hassan memegang watak antagonis untuk filem ini, kali kedua dia memegang watak jahat dalam filem lakonan KRU selepas filem Awas.
- Edry terlalu banyak berangan dalam cerita ini, ada ketikanya babak dia menjadi Batman, Indiana Jones dan James Bond.
- Ini kali kedua ketiga tiga adik beradik ini berlakon dalam satu filem. Kerana lakonan mereka dalam filem Awas terdahulu agak kaku dan 'kayu' jadi tawaran berlakon filem ini diterima untuk menambah baik mutu lakonan mereka. Hanya Yusry yang meneruskan karier dalam bidang lakonan berbanding Dato' Norman dan Edry yang lebih selesa dengan karier muzik dan korporat. Datuk Yusry memanfaatkan input dan pengalaman yang diperoleh semasa berlakon untuk produksi lain sebelum mengarah dan menerbitkan Cicak Man.
- Dance KRU adalah kumpulan penari latar terdiri dari 4 orang pemuda yang sering bersama KRU sewaktu membuat persembahan. Di dalam filem ini babak dimana Edry lari dari kejaran sekuriti dia telah terjerumus ke atas pentas dimana sekumpulan pemuda hendak membuat persembahan, itu adalah kemunculan cameo Dance KRU yang dianggotai Dino, Nurul, Adik dan Am.