Cinta Tiada Restu
Cinta Tiada Restu ialah sebuah filem genre cinta dan muzik Malaysia tahun 2001 arahan Azman Mohd Yusof.
Cinta Tiada Restu | |
---|---|
Pengarah | Azman Mohd Yusof |
Dibintangi | Salehuddin Hasan Surni Salasan Yusof Chong Kartina Aziz Jasmin Hamid Abu Bakar Omar |
Diedarkan oleh | Dreamwalk Sdn. Bhd. |
Tarikh tayangan | ![]() |
Masa tayangan | 105 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Malaysia |
Bajet | RM 880,000 |
Sinopsis
suntingIrda yang mewarisi bakat seni daripada ayahnya Pak Haron telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita-citanya menjadi penyanyi. Walaupun mendapat tentangan daripada ibunya, pujukan Kathy sepupu kepada Irda berjaya menyelesaikan kesulitan itu. Di Kuala Lumpur, Irda terpaksa turun naik syarikat rakaman hingga hampir dirogol. Impiannya hampir menjadi kenyataan setelah bertemu Ilham, komposer terkenal yang percaya dengan bakat Irda dan bercadang untuk muncul berduet dengannya. Perkenalan tersebut membuahkan bibit cinta di hati pasangan ini. Tetapi hubungan dan cinta mereka menjadi rumit apabila tidak mendapat restu orang tua Irda, lebih-lebih lagi ibu Irda, Mak Lijah yang cukup anti dengan insan seni.
Pelakon
sunting- Salehuddin Hasan ... Ilham
- Surni Salasan ... Irda
- Abu Bakar Omar ... Pak Haron
- Kartina Aziz ... Mak Lijah
- Jasmin Hamid ... Kathy
- Yusof Chong ... Andy Jeffry
- Aneesa ... Tricia
- Opie Zami ...
Sambutan
suntingFilem ini dikeluarkan pada 27 September 2001 dan mendapat kutipan sebanyak RM37,272.70.
Pautan luar
sunting- Cinta Tiada Restu[pautan mati kekal] di Sinema Malaysia.
- Kutipan Cinta Tiada Restu di FINAS.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.