Cinta Yang Pulang

Cinta Yang Pulang ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan oleh Bade Hj Azmi, di bintangi oleh Izzue Islam, Ummi Nazeera dan Jasmine Suraya. Siri ini memulakan tayangan di TV2, bermula 4 September 2021 menggantikan Kanvas. [1]

Cinta Yang Pulang
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Cinta Yang Pulang karya Wawa Akil
Ditulis oleh
  • Wan Mahani Wan Hassan
  • Liza Ali
PengarahBade Hj Azmi
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanKu Mau - Aizat Amdan & Hanim Dhiya
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod26
Penerbitan
PenerbitJulia Juhasu
Syaniza Hisham
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Telemal Productions Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV2 (Slot Drama On 2)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal4 September 2021 – 5 November 2021

SinopsisSunting

Kisah Adina Insyirah yang telah dihina dan dimaki oleh jirannya, Noah kerana dituduh menyebarkan gambar tidak senonoh Thia, kekasih Noah. Selepas peristiwa itu, Adina berpindah ke Australia. Apabila kebenaran terungkap, Noah menyimpan rasa sesalnya yang tidak berkesudahan. Selama 12 tahun dia menunggu semoga ada ruang untuknya memohon kemaafan.

Kisah Adina Insyirah yang pernah disakiti oleh Noah Imran kerana telah dituduh menyebarkan gambar tidak senonoh kekasihnya, Thia. Noah telah mengeluarkan kata-kata makian dan hinaan yang betul-betul merenggut maruah diri Dina. Selepas peristiwa itu, Dina telah berpindah ke Australia. Selepas sahaja pemergian Dina, terbongkar kisah sebenar bahawa penyebaran gambar itu bukan dibuat oleh Dina. Noah menyimpan rasa sesalnya yang tidak berkesudahan. Selama 12 tahun dia menunggu semoga ada ruang untuknya memohon kemaafan.

Setelah 12 tahun Dina sekeluarga telah kembali ke rumah mereka. Pertemuannya dengan Dina membuka lembaran baru untuk Noah kerana dia mula jatuh cinta pada gadis tersebut. Tetapi berbeza dengan Dina yang ada dalam dirinya hanyalah rasa dendam dan benci terhadap lelaki yang sanggup menghinanya satu ketika dulu.

Namun perancangan ibu-ibu memang hebat. Dina terpaksa menjadi PA Noah, membuka peluang Noah untuk memikat hati Dina.

PelakonSunting

RujukanSunting

  1. ^ Drama Cinta Yang Pulang. MyInfoTaip. Dicapai 4 september 2021