Cintaku di Bumi Izmir
Cintaku di Bumi Izmir ialah sebuah siri televisyen Malaysia 2018 yang di bintangi oleh Hefny Sahad dan Raysha Rizrose. Siri ini mula ditayangkan pada 31 Ogos 2018 di Unifi TV.
Cintaku di Bumi Izmir | |
---|---|
Genre | Drama |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Idora Abdul Rahman |
Dibintangi oleh |
|
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bilangan episod | 30 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Syarikat penerbitan | Creative Skill Solution Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Hypp.Tv |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 31 Ogos 2018 |
Sinopsis
suntingSuzan Sevgi, mahasiswa tahun akhir jurusan ekonomi Edge University, Izmir, Turki. Dia kacukan Turki-Melayu. Papanya, Syed Kamarudin (warga Malaysia) dah bercerai dengan mamanya, Pn Lale (warga Turki), dan balik ke Malaysia masa umur Suzan 7 tahun. Sejak itu, Suzan tak dengar beritanya, tapi tetap simpan harapan nak ketemu papanya. Sebab tu dia kekalkan identiti melayu dan terus belajar Bahasa Melayu dengan isteri cikgunya dulu. Kini, Suzan selalu buat part-time jadi pembantu kordinator untuk konvensyen antarabangsa membabitkan delegasi Malaysia. Kalau takde kuliah, Suzan turut bantu Pn Lale meniaga roti dan biskut homemade di kawasan kedai yang jadi tumpuan pelancong. Pn Lale tak suka Suzan fikir pasal papanya. Lebih marah bila Suzan cakap nak cari papanya. Macam berdendam dengan bekas suamipun ada juga. Suzan serba-salah. Macam mana nak cari papanya sedangkan mamanya tak redha? Mujurlah Suzan sewa apartment dekat U nya. Kuranglah sikit dengar bebel Pn Lale. Suzan menyewa dengan Farah, pelajar Malaysia di universiti yang sama. Setelah 3 tahun kenal, mereka kini berkawan baik.
Aidid, CEO Aroma Hikmah (perniagaan makanan hub-halal di Malaysia). Setelah orang tuanya meninggal, dia dibesarkan ibu saudara, Haryati (mummy Ha), yang tak pernah kahwin. Haryati nak jodohkan Aidid dengan Juliana, anak Sherry, BFFnya. Tapi Aidid anggap Juliana macam adiknya saja walaupun Juliana memang feel teruk kat Aidid. Jadi, untuk buat Aidid rasa tak terpaksa, Haryati suruh Aidid umumkan calon isteri sekembalinya dari Izmir, Turki kelak. Haryati nak Aidid nikah segera. Dia percaya cakap Juliana kononnya sedang bercinta dengan Aidid. Lagipun, Haryati tak pernah tahu Aidid rapat dengan mana-mana perempuan kecuali Juliana. Maknanya, Aidid pasti akan nikah dengan Juliana, fikir Haryati. Aidid akan ke Turki menghadiri satu konvension hub-halal sedunia.
Di Izmir, Aidid kenal dengan Suzan, pembantu kordinatornya. Aidid tertarik dengan Suzan sebab pandai cakap melayu. Dan Aidid suka usik-usik Suzan semata-mata nak rapat dengan dia. Malah Aidid gunakan Farah untuk dekat dengan Suzan. Selepas habis konvensyen, dia tawarkan Suzan jadi pemandu pelancong untuk tujuan ‘survey market’. Mulanya, Suzan tak terus-terang dengan Aidid yang dia ada darah melayu. Hinggalah satu hari, Aidid ternampak gambar Suzan bersama papanya, barulah Aidid tahu. Sejak itu, Suzan agak malu nak ketemu Aidid lagi sebab jauh di sudut hatinya, dia rasa macam dah terjatuh suka dengan Aidid. Apalagi bila Pn Lale tentang hubungan tu habis-habisan. Tak nak pisang berbuah dua kali katanya.
Aidid cuba bawa Suzan ke Malaysia cari papanya. Mulanya Pn Lale tak setuju. Tapi dia terdiam bila Suzan terjumpa surat lama papanya. Rupanya, papa Suzan kena mengalah atas kehendak mamanya. Mereka bercerai sebab kesombongan Pn Lale yang tak nak balik Malaysia ketemu keluarga suaminya. Jadi, demi menebus kesilapan mamanya, Suzan janji nak ketemu papa dan keluarganya. Tapi bila tiba di KL, barulah Suzan tahu yang papanya dah meninggal setelah 2 tahun balik sini akibat kanser. Suzan cukup sedih. Mujurlah atuk dan neneknya masih ada dan terima dia sebagai cucu. Namun Sharifah Kamariah, adik papanya, masih berdendam dengan Suzan dan tak boleh terima Suzan. Dia anggap abangnya meninggal kerana perempuan sedarah dengan Suzan.
Hubungan Aidid dan Suzan jadi tambah rapat. Juliana rasa terancam bila Aidid terus-terang dengan Haryati yang dia akan nikah dengan Suzan bila segalanya selesai. Juliana hasut Haryati bencikan Suzan sampai Haryati taknak langsung jumpa Suzan.
Satu hari satu rahsia besar terpecah. Rupanya, papa Suzan dulu adalah bekas tunang Haryati yang putuskan pertunangan mereka demi perempuan lain. Kerana dendam, Haryati terus ‘reject’ Suzan dan paksa Aidid nikah dengan Juliana semula. Suzan pula lari balik Turki kerana kecewa. Tapi saat Haryati sibuk buat persiapan majlis Aidid-Juliana, Aidid terbang ke Turki untuk pujuk Suzan dan seterusnya nikah dengan Suzan dengan bantuan Pn Lale dan Farah, ikut adat istiadat perkahwinan Islam Turki.
Setelah itu, mereka balik ke Malaysia untuk pujuk Haryati terima pernikahan mereka. Tapi Haryati tetap berdegil, tak nak terima anak perampas jadi menantunya. Tapi Haryati pula jatuh sakit dan Aidid terpaksa turuti kehendaknya untuk nikah dengan Juliana. Mulanya, Aidid nak berahsia dari Suzan. Tapi sahabat baiknya Zafuan, kesiankan Suzan lalu beritahu Suzan. Ketika inilah datang keinsafan pada Kamariah dan dia sendiri yang bawa Suzan ke rumah Haryati. Maka pecahlah rahsia sebenarnya, penyebab utama Haryati putus tunang dengan Sy Kamarudin dulu. Sherry ibu Julianalah dalangnya, sebab cemburu akan hubungan Haryati dan Kamarudin. Sherry buat fitnah kononnya Sy Kamarudin jatuh cinta dengan perempuan lain. Sherry yang malu, terus hilangkan diri. Bagaimanapun Juliana terus dengan hasratnya nak dapatkan Aidid. Dan dia hampir berjaya perdayakan Aidid hingga terjadi pelbagai pergolakan dalam rumah tangga Aidid dan Suzan. Sampai Suzan merajuk balik Turkilah. Tapi yang jahat tetap tewas akhirnya bila Juliana dapat balasan setimpal. Manakala Aidid terbang ke Turki untuk pujuk Suzan kembali ke pangkuannya.
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Hefny Sahad sebagai Adid
- Raysha Rizrose sebagai Susan Sevgi
- Nabila Razali sebagai Farra
- Syafie Naswip sebagai Zafuan
Pelakon pembantu
sunting- Noniswara sebagai Hariyati
- Syafnida Shuhaimi sebagai Kamariah
- Wanna Ali sebagai Juliana
- Georgina sebagai Mrs Lale
- Rusdi Ramli sebagai Syed Kamaruddin Syed Mansur
- Umut Devrim Kamali sebagai Adem
- Zera Hariz sebagai Marissa
- Fathil Dani sebagai Tok Ayah
- Zainab Othman sebagai Tok Umi
- Aliff Hadi sebagai Zarul
- Kak Ema Latah sebagai Makcik Siti
- Helvera Esmond sebagai Ibu Farra
- Syafiqah Ismail sebagai Shasha
- Hashim Othman sebagai Bapa Farra
Pelakon Kanak-kanak
sunting- Redzwan Adha sebagai Zafwan Mohamad
- Durar Razali sebagai Sharifah Kamariah
Penerbitan
suntingCintaku di Bumi Izmir telah bersiar di Unifi Tv pada 31 Ogos 2018. Drama bersiri 30 episod ini adalah arahan Idora Abdul Rahman di bawah terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd.