Kompas (buruj)

(Dilencongkan dari Circinus)

Kompas, Jangka, Jangka Lukis, atau Circinus (Cir) ialah sebuah buruj malap kecil di langit selatan, pertama kali ditakrifkan pada 1756 oleh ahli astronomi Perancis, Nicolas Louis de Lacaille. Namanya dalam bahasa Latin bermaksud jangka lukis atau kompas, merujuk alat lukis yang digunakan untuk melakar bulatan; buruj ini tidak patut dikelirukan dengan Pyxis (Kompas Pelaut), sebuah buruj yang mewakili kompas pelaut yang mengarah ke utara). Bintang tercerahnya ialah Alpha Circini, dengan magnitud ketara sebanyak 3.19. Sedikit berubah-ubah, bintang ini ialah bintang AP cepat berayun tercerah di langit malam. AX Circini ialah sebuah bintang berubah Cepheid yang boleh dilihat dengan mata kasar, dan BX Circini ialah sebuah bintang malap yang disangkakan telah dibentuk daripada penggabungan dua buah kerdil putih. Dua buah bintang kemataharian mempunyai sistem planet: HD 134060 mempunyai dua buah planet kecil, dan HD 129445 mempunyai sebuah planet seperti Musytari. Supernova SN 185 muncul dalam Circinus pada 185 M dan dicatatakan oleh pencerap Cina. Kedua-dua nova telah dicerap lebih baru-baru ini, pada abad ke-20.

Circinus
Buruj
Circinus
Nama LatinCircinus
SingkatanCir
GenitifCircini
Sebutan/ˈsɜːrsnəs/ Círcinus,
genitive /ˈsɜːrsn/
SimbolismeJangka Lukis
Pencerapan
(Epok J2000)
13j 38.4m hingga 15j 30.2m[1]
Keserongan−55.43° hingga −70.62°[1]
SukuanSQ3
KeluargaLa Caille
Keluasan93 darjah persegi (ke-85)
Bintang
Bintang utama3
9
Bintang dengan planet
2
Bintang terang (lebih daripada 3.00m)
0
Bintang dalam 10.00 pc
(32.62 ly)
0
Bintang paling terang
α Cir (3.19m)
Bintang terhampirα Cir
(53.50 tc, 16.40 pc)
Objek
Objek Messier0
Pancuran meteor
Buruj bersempadan
Catatan
Boleh dilihat pada garis lintang antara +30° dan −90°.
Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Julai.
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bimasakti mengajur melalui buruj ini, bercirikan objek-objek prominen seperti gugusan terbuka NGC 5823 dan nebula planet NGC 5315. Circinus merumahkan sebuah galaksi pilin yang ketara, Galaksi Circinus, yang ditemui pada 1977 dan merupakan galaksi Seyfert terdekat dengan Bimasakti. Pancuran Kompas Alfa (ACI), sebuah pancuran meteor juga ditemui pada 1977, menyinar dari buruj ini.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan boundary tidak disediakan

Pautan luar sunting

Templat:Bintang dalam Circinus

Koordinat:   15h 00m 00s, −60° 00′ 00″