Buka menu utama

Ciro Immobile

pemain bola sepak Itali

Ciro Immobile (lahir 20 Februari 1990) merupakan pemain bola sepak Itali yang kini bermain di posisi penyerang untuk kelab Lazio dan pasukan kebangsaan Itali.

Ciro Immobile
Ciro Immobile 2014.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhCiro Immobile
Tarikh lahir (1990-02-20) 20 Februari 1990 (umur 29)
Tempat lahirTorre Annunziata, Itali
Ketinggian1.81 m (5 ka 11+516 in)[1]
Posisi permainanPenyerang
Maklumat kelab
Kelab terkiniLazio
Nombor17
Kerjaya remaja
2002–2008Sorrento
2008–2009Juventus
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2009–2012Juventus3(0)
2010–2011Siena (dipinjam)4(1)
2011Grosseto (dipinjam)16(1)
2011–2012Pescara (dipinjam)37(28)
2012–2013Genoa33(5)
2013–2014Torino33(22)
2014–2015Borussia Dortmund24(3)
2015Sevilla (dipinjam)8(2)
2015–2016Sevilla0(0)
2016Torino (dipinjam)14(5)
2016–Lazio33(22)
Pasukan kebangsaan
2009–2010Itali B206(0)
2009–2013Itali B2116(8)
2014–Itali22(6)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 7 Mei 2017.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 28 Mac 2017

Kerjaya kelabSunting

Kerjaya awalSunting

Immobile memulakan kerjaya remajanya bersama Sorrento. Beliau telah menjaringkan tiga gol untuk pasukan bawah-17 ketika musim 2007-08. Pada tahun 2008, semasa berusia 18 tahun, beliau telah menandatangani untuk bayaran 80 ribu euro di bawah Ciro Ferrara untuk bermain bersama Juventus.

JuventusSunting

Immobile sertai skuad bawah-20 pada tahun 2009 dan beliau telah berganding dengan Ayub Daud untuk menjuarai Torneo di Viareggio 2009 serta beliau telah menjaringkan lima gol untuk pasukan tersebut.

Pada 14 Mac 2009, Immobile membuat debut Serie A pada perlawanan menentang Bologna. Beliau menggantikan kapten Juventus, Alessandro Del Piero pada minit ke-89 dan pasukannya menang 4-1. Selain itu, rakan sepasukan dahulu, Daud juga membuat debut pada perlawanan yang sama dengan menggantikan Sebastian Giovinco pada masa yang lebih awal. Pada 25 November 2009, Immobile membuat debut di kejohanan Eropah dengan menggantikan Del Piero pada perlawanan Liga Juara-Juara menentang Bordeaux. Pada Februari 2010, beliau menjaringkan hatrik semasa menentang Empoli.

Siena, GrossetoSunting

Pada 1 Julai 2010, Immobile bersama rakan sepasukan, Luca Marrone telah dipinjam ke kelab Serie B, A.C. Siena. Peminjaman itu sebagai pertukaran pemain yang diminta oleh Juventus seperti Niccolò Giannetti, Leonardo Spinazzola dan juga Marcel Büchel. Beliau tidak memaperkan aksi memuaskan dan hanya menjaringkan satu gol dalam empat penampilan dan pada Januari 2011, beliau meninggalkan Siena. Kemudina, beliau dipinjam semula oleh Grosseto dari Serie B. Beliau membuat debut untuk kelab itu pada 29 Januari 2011 semasa menang 1-0 ke atas Vicenza Calcio. Beliau menamatkan kempen dengan 16 penampilan untuk Grosseto sebelum kembali ke Juventus pada 30 Jun 2011.

PescaraSunting

Pada 17 Ogos 2011, Immobile dilaporkan akan dipinjam ke kelab Serie B, Pescara selama satu musim oleh kelab Juventus. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Pescara pada perlawanan debutnya untuk kelab pada perlawanan pertama liga menentang Hellas Verona. Pada penghujung musim, Immobile telah menjaringkan 14 gol liga. Pada 30 Januari 2012, Genoa mengesahkan bahawa mereka telah membawar 4 juta euro untuk mendapatkan pemain muda Juventus itu berikutan kejayaan beliau di Serie B. Beliau melengkapkan musimnya di Pescaa dengan menjuarai gelaran liga dan naik ke Serie A pada musim hadapan. Beliau juga menjadi penjaring terbanyak Serie B dengan menjaringkan 28 gol pada jumlah keseluruhan. Beliau juga menjadi Pemain Terbaik Serie B 2012.

GenoaSunting

Immobile rasminya menjadi pemain Genoa pada 1 Julai 2012 selepas pinjaman ke kelab Pescara tamat. Pada 26 Ogos 2011, Immobile menjaringkan gol pertamanya di Serie A semasa menang 2-0 ke atas Cagliari. Beliau menjaringkan gol keduanya pada 16 September menentang bekas kelab, Juventus namun pasukannya tewas 3-1. Beliau menamatkan musim dengan lima gol dalam 33 penampilan Serie A dan menjaringkan satu gol pada separuh musim 2013 dan Genoa menduduki tempat ke-13 dan selamat daripada penyingkiran.

TorinoSunting

Pada 12 Julai 2013, Torino telah membayae 2.75 juta euro untuk mendapatkan khidmat Immobile. Immobile menjadi pemain ketiga Torino yang dibeli dari Genoa selepas Cesare Bovo dan Emiliano Moretti.

Beliau membuat debut untuk Torino pada pusingan pertama Coppa Italia menentang bekas kelab, Pescara serta menjaringkan gol pertama pada musim ini. Beliau membuat hantaran semasa perlawanan pertamanya untuk kelab di Seire A menentang Sampdoria pada 7 Oktober, seri 2-2. Pada sebelum ini, Immobile gagal untuk menjaringkan gol di Serie A sejak Disember 2012.

Pada 22 Mac 2014, Immobile menjaringkan hatrik liga pertamanya semasa menang 3-1 ke atas Livorno. Tiga hari kemudian, beliau menjaringkan gol voli menggunakan kaki kiri menentang Roma. Pada 6 April, beliau menjaringkan gol kemenangan untuk mengutip tiga mata penuh selepas membenam Catania, 2-1.

Pada 13 April, Genoa mendahului 1-0 dan tidak lama kemudian, Immobile dan [Alessio Cerci]] menjaringkan gol pada masa kecederaan untuk memberikan kemenangan 2-1 ke atas Genoa. Pada kali ini bersama Torino, prestasi beliau tampak menaik dan telah menjaringkan 21 gol pada musim ini dan berjaya memecah rekod Paolo Pulici dan Francesco Graziani di Torino.

Pada 11 Mei, Immobile menjaringkan gol pada perlawanan menentang Parma namun dibuang padang pada separuh masa kedua dan digantung pada perlawanan terakhir menentang Fiorentina. Pada penghujung musim, beliau menjaringkan 22 gol dalam 33 penampilan termasuk satu gol pada Coppa Italia. Beliau menjadi pemain Torino pertama yang memenangi Capocannoniere sejak "Ciccio" Graziani pada musim 1976–77.

Borussia DortmundSunting

 
Immobile bermain untuk Borussia Dortmund pada Julai 2014

Pada 2 Jun 2014, Immobile telah dijual ke kelab Bundesliga, Borussia Dortmund. Pada 13 Ogos 2014, Immobile secara rasminya tampil untuk Borussia Dortmund dengan bermain di posisi penyerang untuk perlawanan DFL-Supercup 2014 menentang FC Bayern Munich. Perlawanan itu berkesudahan Dortmund menjulang trofi selepas membenam Bayern 2-0.

Pada 23 Ogos 2014, Immobile memulakan perlawanan di posisi penyerang pada perlawanan pembukaan kempen 2014-15 dengan menyaksikan tewas 2-0 kepada Bayer Leverkusen di laman sendiri. Pada 16 September, Immobile menjaringkan gol pertamanya untuk Dortmund ketika menang 2-0 ke atas Arsenal pada perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. Beliau menjaringkan empat gol daripada lima perlawanan LIga Juara-Juara termasuk menentang Anderlecht dan Galatasaray.

Kerjaya antarabangsaSunting

Pada 2 Mac 2014, beliau menerima panggilan pertama oleh pasukan kebangsaan Itali di bawah pengurus Cesare Prandelli untuk perlawanan persahabatan menentang Sepanyol tiga hari kemudian. Beliau membuat debut pada perlawanan tersebut dengan menggantikan Alessio Cerci pada minit ke-69 dan menyaksikan Sepanyol menang 1-0.

Pada 13 Mei 2014, Immobile termasuk dalam senarai 30 pemain Itali ke Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil. Pada 8 Jun, beliau menjaringkan hatrik ketika skuad Azzurri menewaskan kelab Brazil, Fluminense 5-3. Beliau bermain untuk Itali di Piala Dunia pada perlawanan pertama kumpulan menentang England dengan kejayaan 2-1 pada 14 Jun. Beliau menjaringkan gol antarabangsa pertamanya semasa menentang Belanda, 2-0 pada perlawanan persahabatan.

Gol antarabangsaSunting

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 4 September 2014 Bari, Itali   Belanda 1–0 2–0 Persahabatan

PenghargaanSunting

KelabSunting

Juventus
Pescara
Borussia Dortmund

IndividuSunting

CatatanSunting

  1. ^ "Scheda". bvb.de. Dicapai 2 June 2014. 

Pautan luarSunting