Buka menu utama

Claudius angustatus ialah spesies kura-kura akuatik dari keluarga Kinosternidae yang dijumpai di Mexico, Guatemala, dan Belize.[1] Pada tahun 2010, ia dikelaskan sebagai spesies Monotip dari genus Claudius.[1]

Claudius angustatus
Claudius angustatus.JPG
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik e
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Klad: Americhelydia
Keluarga: Kinosternidae
Subkeluarga: Staurotypinae
Genus: Claudius
Cope, 1865
Spesies: C. angustatus
Nama binomial
Claudius angustatus
Cope, 1865[1]
Sinonim[2]
  • Claudius angustatus Cope, 1865
  • Claudius megalocephalus Bocourt, 1868
  • Claudius macrocephalus Gray, 1868
  • Claudius megacephalus Boulenger, 1889 (ex errore)
  • Claudias angustatus Velasco, 1892
  • Claudius agassizii Smith & Taylor, 1950 (nomen nudum)
  • Claudius angustatum Sullivan & Rigs, 1967

Ciri-ciriSunting

Kura-kura ini berwarna coklat. Skutnya mempunyai garisan dan berbintik seperti kayu. Biasanya mereka memiliki tanda kuning cerah pada hujung karapas (cangkerang belakang). Walau bagaimanapun apabila ia dewasa, algae meliputi seluruh cangkerangnya. Memiliki kepala yang agak besar, leher panjang dan paruh tajam. Cangkerangnya melengkung dan berombak. Walaupun dikelaskan sebagai subkeluarga Staurotypinae bersama dengan Kura-kura Kesturi Besar, mereka hanya mampu membesar sehingga 6.5 in (16.5 cm) panjang.

PerlakuanSunting

Bersifat akuatik, dan mendiami kawasan paya, atau tasik yang dipenuhi tumbuh-tumbuhan. menghabiskan masa di dasar air, mencari makanan, dan dietnya terdiri daripada serangga, haiwan invertebrata lain dan bangkai. Mereka mempunyai kelenjar di sebalik cangkerangnya yang menghasilkan bau busuk (kesturi).

RujukanSunting

  1. ^ a b c d Rhodin, Anders G.J.; van Dijk, Peter Paul; Inverson, John B.; Shaffer, H. Bradley (2010-12-14). "Turtles of the world, 2010 update: Annotated checklist of taxonomy, synonymy, distribution and conservation status" (PDF). Chelonian Research Monographs. 5: 000.98. doi:10.3854/crm.5.000.checklist.v3.2010. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 2010-12-15. 
  2. ^ Fritz Uwe; Peter Havaš (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 249–250. ISSN 1864-5755. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 2010-12-17. Dicapai 29 May 2012. 

Pautan luarSunting

Templat:Kinosternidae