Cliff Umar (nama Islam Umar Joseph Abdullah;[1] lahir Clifford Hugh Joseph; 22 Disember 1982), sebelum ini dikenali sebagai Boy Clifford merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia, beliau terkenal sebagai vokalis kumpulan Projek Pistol yang turut dianggotai oleh Edrie Hashim.[2] Pada tahun 2020, beliau merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ketujuh, dinobatkan sebagai juara.[3][4]

Cliff Umar
Nama lahirClifford Hugh Joseph
Juga dikenali sebagai
  • Boy Clifford
  • Umar Joseph Abdullah
  • Cliff Umar Joseph
Kelahiran (1982-12-22) 22 Disember 1982 (umur 41)
Malaysia
GenreRock
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2000–kini
Pengkarya berkait
Projek Pistol

Kerjaya sunting

Kerjaya Cliff Umar dalam bidang muzik bermula sebagai penyanyi di kelab malam.[1] Beliau menyertai Projek Pistol sebagai vokalis utama. Ahli lain termasuk Edrie Hashim (gitar), Zham Badri (bes) dan Pae Nasir (dram). Projek Pistol telah menikmati kejayaan muzik sejak penubuhan pada 2010 dan telah menerbitkan dua album studio. Mereka telah dijemput ke Anugerah Juara Lagu ke-26 pada tahun 2011 dengan lagu popular mereka tulisan Cliff iaitu "Wanita Seluruh Dunia" serta mewakili Malaysia ke Hong Kong Asia Pop Music Festival.

Beliau pernah dijemput sebagai pasangan duet Puteri Caroline di konsert Mentor 6 pada tahun 2012 menerusi lagu Bohemian Rhapsody nyanyian asal kumpulan Queen. Beliau juga menjadi pasangan duet kepada Stacy pada tahun yang sama bagi rancangan Astro Mania dengan lagu Total Eclipse of the Heart. Pada tahun 2016, beliau pernah dijemput sebagai penyanyi undangan di konsert Gegar Vaganza musim ketiga sebagai pasangan duet Nora menerusi lagu "Bring Me To Life" nyanyian asal kumpulan Evanescence. Pada tahun 2020, beliau telah menjadi vokalis jemputan untuk Meet Uncle Hussain bagi projek Fasa 5.

Gegar Vaganza 2020 sunting

Cliff ialah salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh yang turut disertai oleh Mus May, Haslinda, Noraniza Idris dan lain-lain. Beliau dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi.[5] Berikut ialah senarai persembahan beliau:

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 7)
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Kedudukan Keputusan
Minggu 1 Grand Konsert "Wanita Seluruh Dunia" Projek Pistol Ke-3 SELAMAT
Minggu 2 Sama Naik "Hanyut" Faizal Tahir Ke-3 SELAMAT
Minggu 3 Cuba Try Test "Keroncong Untuk Ana" M. Nasir Ke-11 SELAMAT
Minggu 4 Lagu Berhantu "Dialah di Hati" Siti Nurhaliza Ke-6 SELAMAT
Minggu 5 Tahu Tahu Sampai "Sedang Ingin Bercinta" Dewa 19 Pertama SELAMAT
Minggu 6 Double Special "Smooth" (duet bersama Mimifly) Santana & Rob Thomas Ke-2 SELAMAT
Minggu 7 Take Over "Rozana" Search Ke-8 SELAMAT
Minggu 8 GV Throwback "Pesanan Buat Kekasih" Spring Ke-7 SELAMAT
Minggu 9 Medley Outstation "Hoi Fut Tin Hung"

"Tercipta Untukku"

Beyond

Ungu

Ke-7 SELAMAT
Minggu 10 Konsert Akhir "Nakal"

"I'd Do Anything for Love (But I Won't Do That)"

Gigi

Meat Loaf

Pertama JUARA

Gegar Vaganza 2023 sunting

Persembahan dan keputusan All Stars Gegar Vaganza
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Kedudukan Keputusan
Minggu 1 Kembali Menyengat "Sayang Sayang" Aliff Aziz Ke-16 SELAMAT
Minggu 2 Ikut Tekak Sendiri "Laskar Cinta" Dewa 19 Ke-16 TERSINGKIR

Kehidupan peribadi sunting

Cliff mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi di Klang, Selangor. Beliau terpisah daripada ibunya sejak kecil dan kembali bertemu dengan ibunya selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[1] Beliau ialah seorang mualaf keturunan Serani dan merupakan bapa kepada tiga cahayamata.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "Cliff Umar, bukan Boy". Kosmo!. 29 Julai 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Julai 2012. Dicapai pada 24 Oktober 2012.
  2. ^ Nur Azhari Zainoodin (29 Jun 2011). "Kekentalan Projek Pistol". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Ogos 2017. Dicapai pada 24 Oktober 2011.
  3. ^ "Dominasi penyanyi tempatan di pentas Gegar Vaganza". Utusan Borneo. 26 September 2020. Dicapai pada 24 Oktober 2020.
  4. ^ "Cliff Umar dinobat juara GV7". Astro Awani. 14 Disember 2020. Dicapai pada 14 Disember 2020.
  5. ^ Siti Athirah Dzulkifly (14 Disember 2020). Juara GV7 milik Cliff Umar Utusan Malaysia. Dicapai pada 21 Disember 2020.

Pautan luar sunting