Artis menunjukkan sekumpulan Climatius di dasar lautan

Climatius merupakan ikan jenis akantodia ( dengan rahang ) paling awal wujud. Bahagian kepala Climatius tebal, tumpul dan bulat. Badan mereka diselaputi sisik tebal dan ekornya menghala ke atas. Memiliki ciri-ciri ikan chondrichthyes ( bertulang rawan ) dan osteichtyes ( bertulang keras ) serta gigi pada rahang bawahnya. Selain itu, mereka mempunyai mata besar dan gigi tajam tujuan untuk memburu mangsa.

Nama saintfik : Climatius

Saiz : 7.5 sm ( panjang )

Makanan : Ikan kecil dan siput

Habitat : Sungai dan tasik

Penemuan : Eropah dan Amerika Utara

Zaman kehidupan : Akhir Zaman Silurian - Awal Zaman Devonian

RujukanSunting