Clint Dempsey

Soccer player

Clinton Drew "Clint" Dempsey /ˈdɛmpsi/ (lahir 9 Mac 1983) adalah pemain bola sepak Amerika yang bermain untuk kelab Major League Soccer, Seattle Sounders FC. Beliau merupakan kapten pasukan kebangsaan Amerika Syarikat.[1] Beliau juga pernah bermain untuk New England Revolution, Fulham dan Tottenham Hotspur.

Clint Dempsey
Maklumat peribadi
Nama penuh Clinton Drew Dempsey
Tarikh lahir (1983-03-09) 9 Mac 1983 (umur 41)
Tempat lahir Nacogdoches, Texas, Amerika Syarikat
Ketinggian 6 ft 1 in (1.85 m)
Posisi permainan Penyerang, Pemain Tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Seattle Sounders FC
Nombor 2
Kerjaya remaja
1998–2001 Dallas Texans
2001–2003 Furman Paladins
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2004–2006 New England Revolution 71 (25)
2007–2012 Fulham 184 (50)
2012–2013 Tottenham Hotspur 29 (7)
2013– Seattle Sounders FC 31 (14)
2014Fulham (pinjaman) 5 (0)
Pasukan kebangsaan
2002–2003 Amerika Syarikat B20 13 (1)
2004– Amerika Syarikat 109 (39)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada September 27, 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga September 8, 2014

Membesar di Nacogdoches, Texas, Dempsey bermain untuk salah satu kelab terbaik negeri itu, Dallas Texans, sebelum bermain untuk pasukan bola sepak lelaki Universiti Furman. Pada tahun 2004, Dempsey telah didraf oleh kelab Major League Soccer, New England Revolution. Beliau telah menjaringkan 25 gol dalam 71 penampilan untuk Revolution. Diantara tahun 2007 sehingga tahun 2012, Dempsey bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris Fulham dan merupakan penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris dalam sejarah kelab itu.[2] Dempsey merupakan pemain Amerika Syarikat yang pertama untuk menjaringkan hatrik dalam Liga Perdana Inggeris, ketika kemenangan 5–2 ke atas Newcastle United pada bulan Januari 2012.[3]

Dempsey pertama kali mewakili Amerika Syarikat ketika Piala Dunia Remaja FIFA 2003 di Emiriah Arab Bersatu. Beliau membuat penampilan pertama untuk pasukan senior pada 17 November 2004, ketika menentang Jamaica; beliau kemudiannya dinamakan dalam skuad Piala Dunia FIFA 2006]] dan menjaringkan satu-satunya gol pasukan Amerika Syarikat dalam pertandingan itu. Dempsey mencatat rekod gol terpantas dalam sejarah kelayakan Piala Dunia pasukan Amerika Syarikat dengan menjaringkan gol dalam masa 53 saat ketika membenam Barbados 8–0. Beliau memperbaiki rekodnya pada tahun 2012 selepas menjaringkan gol dalam masa 36 saat ketika kekalahan 2–1 kepada Jamaica. Ketika Piala Dunia FIFA 2010, Dempsey menjaringkan gol ketika menentang England, menjadikannya rakyat Amerika Syarikat yang kedua, selepas Brian McBride, untuk menjaringkan gol lebih daripada satu pertandingan Piala Dunia. Ketika Piala Dunia FIFA 2014, Dempsey sekali lagi memperbaiki rekodnya, menjaringkan gol dalam masa 30 saat ketika perlawanan menentang Ghana, dan merupakan gol kelima terpantas dalam sejarah Piala Dunia.[4]

Statistik karier sunting

Kelab sunting

Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Benua Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
New England Revolution 2004 24 7 1 0 3 0 28 7
2005 26 10 0 0 4 1 30 11
2006 21 8 1 0 2 0 2 0 26 8
Jumlah 71 25 2 0 9 1 2 0 84 26
Fulham 2006–07 10 1 2 0 0 0 12 1
2007–08 36 6 2 0 2 0 40 6
2008–09 35 7 5 1 1 0 41 8
2009–10 29 7 2 0 0 0 13 2 44 9
2010–11 37 12 3 0 2 1 42 13
2011–12 37 17 2 3 0 0 7 3 46 23
Jumlah 184 50 16 4 5 1 20 5 225 60
Tottenham Hotspur 2012–13 29 7 2 3 2 0 10 2 43 12
Total 29 7 2 3 2 0 10 2 43 12
Seattle Sounders FC 2013 9 1 0 0 3 0 12 1
Fulham (pinjaman) 2013–14 5 0 2 0 0 0 7 0
Total 5 0 2 0 0 0 7 0
Seattle Sounders FC 2014 22 13 1 1 0 0 23 14
Jumlah 31 14 1 1 3 0 35 15
Jumlah karier 319 96 23 8 19 2 32 7 393 113
Sehingga 27 September 2014.[5]

Antarabangsa sunting

Pasukan Tahun Kmncln Gol
Amerika Syarikat 2004 1 0
2005 13 2
2006 9 4
2007 13 3
2008 10 4
2009 14 4
2010 8 2
2011 14 5
2012 9 6
2013 10 6
2014 8 3
Jumlah 109 39
Sehingga 1 Julai 2014.[6]

Gol antarabangsa sunting

Kejayaan sunting

Kelab sunting

Fulham
Seattle Sounders

Antarabangsa sunting

Individu sunting

Penjaring terbanyak sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Clint Dempsey will captain U.S. national team moving forward".
  2. ^ "Tottenham make 11th-hour swoop for Fulham's Clint Dempsey to add to their earlier signing of Hugo Lloris". The Daily Telegraph. September 1, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-01. Dicapai pada September 8, 2012.
  3. ^ "Fulham 5–2 Newcastle". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. January 12, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-28. Dicapai pada April 9, 2012.
  4. ^ "Team USA's Clint Dempsey Scores 5th-Fastest Goal in World Cup History". Bleacher Report. June 17, 2014.
  5. ^ "Cint Dempsey MLS Soccer". MLSSoccer.com. Dicapai pada February 20, 2011.
  6. ^ (Inggeris) Clint Profil Clint Dempsey di National-Football-Teams.com
  7. ^ "Users pick Top 11". FIFA. 30 June 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-14. Dicapai pada 25 September 2014.

Pautan Luar sunting