Cloudy with a Chance of Meatballs (filem)

Cloudy with a Chance of Meatballs ialah filem komedi cereka sains animasi komputer Amerika Syarikat 2009 terbitan Sony Pictures Animation dan berdasarkan daripada buku kanak-kanak 1978 bertajuk sama oleh Judi dan Ron Barrett. Ia ditulis dan diarahkan oleh Phil Lord dan Christopher Miller dalam penampilan arahan pertama mereka, dan menampilkan lakonan suara Bill Hader, Anna Faris, Bruce Campbell, James Caan, Bobb'e J. Thompson, Andy Samberg, Mr. T, Benjamin Bratt, Neil Patrick Harris, Al Roker, Lauren Graham, dan Will Forte. Filem ini ditayangkan pada 12 September 2009 di Los Angeles dan pada 18 September 2009 di Amerika Syarikat. Kesinambungannya, Cloudy with a Chance of Meatballs 2 dikeluarkan pada tahun 2013.

Cloudy with a Chance of Meatballs
PengarahPhil Lord
Christopher Miller
Lakon layar
  • Phil Lord
  • Christopher Miller
BerdasarkanCloudy with a Chance of Meatballs oleh Judi Barrett dan Ron Barrett
Dihasilkan olehPam Marsden
Dibintangi
Disunting olehRobert Fisher Jr.
Muzik olehMark Mothersbaugh [2][3][4]
Diedarkan olehSony Pictures Releasing[5]
Tarikh tayangan
  • 12 September 2009 (2009-09-12) (Los Angeles)[1]
  • 18 September 2009 (2009-09-18) (A.S.)
Masa tayangan
90 minit[5]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$100 juta[6]
Pecah panggung$243 juta[6]

Pelakon suara sunting

  • Bill Hader sebagai Flint Lockwood, seorang pencipta. Hader juga meminjamkan suara mesin "FLDSMDFR".
  • Anna Faris sebagai Samantha "Sam" Sparks, wartawan cuaca dari New York City
  • James Caan sebagai Tim Lockwood, technophobic, bapa Flint berstatus janda
  • Neil Patrick Harris sebagai Steve the Monkey, monyet peliharaan Flint
  • Bruce Campbell sebagai Wali kota Shelbourne, datuk bandar rakus dan ego dari Swallow Falls
  • Andy Samberg sebagai Brent McHale, seorang selebriti terkenal yang juga maskot Baby Brent Sardiens
  • Mr T sebagai Petugas Earl Devereaux, polis bandar atletik.
  • Bobb'e J. Thompson sebagai Calvin "Cal" Devereaux, anak lelaki Earl.
  • Benjamin Bratt sebagai Manny, jurukamera Sam Guatemala dan seorang bekas doktor, pembantu juruterbang juga pelawak.
  • Lauren Graham sebagai Fran Lockwood, ibu Flint yang meninggal sepuluh tahun sebelum Flint mencipta FLDSMDFR.
  • Al Roker sebagai Patrick Patrickson, penyiar stesen cuaca
  • Will Forte sebagai Joseph Towne, warga redneck dari Chewandswallow
  • Peter Siragusa sebagai Rufus
  • Angela Shelton sebagai Regina Devereaux
  • Liz Cakowski sebagai guru
  • Neil Flynn sebagai penerbit berita Weather Network

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan HollywoodLAPremiere tidak disediakan
  2. ^ Debruge, Peter (September 17, 2009). "Cloudy With a Chance of Meatballs". Variety. Dicapai pada September 23, 2009.
  3. ^ "Info". Mutato Muzika. Dicapai pada September 23, 2009.
  4. ^ "GeekDad Talks Cloudy With a Chance of Meatballs with Directors Chris Miller & Phil Lord". Wired. August 6, 2009. Dicapai pada September 23, 2009.
  5. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan afi tidak disediakan
  6. ^ a b "Cloudy with a Chance of Meatballs (2009)". Box Office Mojo. IMDb. Dicapai pada December 20, 2010.

Pautan luar sunting