Cocoon
"Cocoon" ialah single ketiga dan terakhir Björk dari album Vespertine. Lagu ini dicipta dan diterbitkan oleh Björk dan Thomas Knak serta diadun oleh Mark Stent.
"Cocoon" | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() | |||||||||||
Single oleh Björk | |||||||||||
daripada album Vespertine | |||||||||||
Sisi B | "Pagan Poetry" (Versi kotak muzik) "Sun In My Mouth" (Penggubahan semula oleh ensembel) "Aurora" (Versi kotak muzik) "Amphibian" (Mix filem) | ||||||||||
Dikeluarkan pada | Mac 2002 | ||||||||||
Format | CD, DVD | ||||||||||
Genre | IDM, elektronika | ||||||||||
Panjang | 4:28 (Versi album) 3:33 (Suntingan radio) 4:23 (Suntingan video) | ||||||||||
Syarikat | One Little Indian | ||||||||||
Penulis | Björk Thomas Knak | ||||||||||
Penerbit | Björk Thomas Knak | ||||||||||
Kronologi single Björk | |||||||||||
| |||||||||||
|
Seperti album Vespertine, lagu ini mempunyai mood yang tenang dan senyap, digandingkan dengan suara yang menyerupai bisikan.
Lagu ini juga mengandungi contoh bunyi atau sample daripada kocokan kad. Selain daripada lagu "Cocoon", lagu "Hidden Place" juga mengadungi contoh bunyi kocokan kad.
Senarai lagu dalam singleSunting
Cakera padat UK,Australia dan Eropah 1Sunting
- "Cocoon"
- "Pagan Poetry" (Versi kotak muzik)
- "Sun In My Mouth" (Penggubahan semula oleh ensembel)
Cakera padat UK, Australia dan Eropah 2 serta cakera padat JepunSunting
- "Cocoon" (Suntingan radio)
- "Aurora" (Versi kotak muzik)
- "Amphibian" (Mix filem)
DVD UK dan Eropah 3Sunting
- "Cocoon"
- "Pagan Poetry" (Versi kotak muzik)
- "Sun In My Mouth" (Penggubahan semula oleh ensembel)
Cakera padat promo UKSunting
- "Cocoon" (Suntingan radio)
- "Aurora" (Versi kotak muzik)
- "Amphibian" (Mix filem)
CD-ROM promo UKSunting
- "Cocoon" (Suntingan radio)
DVD promo UKSunting
- "Cocoon"
Cakera promo EropahSunting
- "Cocoon" (Suntingan radio)
Video muzikSunting
Video muzik ini menunjukkan Björk yang kelihatan berbogel di hadapan latar belakang yang berwarna kelabu (namun pada hakikatnya, beliau sedang memakai sebuah sut badan yang amat menyerupai warna kulit). Video muzik ini seterusnya menunjukkan benang merah mula keluar daripada puting buah dada Björk. Video muzik ini berakhir dengan Björk dibalut sepenuhnya oleh benang merah tersebut, menyerupai sebuah kepompong, sambil naik secara perlahan ke atas.
Video muzik ini telah diarah oleh artis visual dari Jepun, Eiko Ishioka.
Seperti video muzik bagi Pagan Poetry, video ini juga bersifat kontroversi. Video ini telah diharamkan penyiarannya di saluran MTV.
LirikSunting
Lagu ini ialah fikiran beremosi seorang perempuan yang sedang berfikir tentang cintanya yang telah mengejutkannya.
Selain itu, lirik ini juga mengandungi beberapa contoh situasi aktiviti seksual secara terbuka yang digambarkan menggunakan metafora serta bahasa kiasan.
CartaSunting
Pautan luarSunting
|