Selakant
Selakant (Inggeris: coelacanth; /ˈsiːləkænθ/) (order Coelacanthiformes) ialah kumpulan ikan bersirip cuping kuno (Sarcopterygii) dalam kelas Actinistia.[2][3] Sebagai sarkopterigi, mereka lebih dekat dengan ikan peparu dan tetrapod (yang termasuk amfibia, reptilia, burung dan mamalia) berbanding ikan bersirip ruji.
Selakant | |
---|---|
![]() | |
Selakant hidup dilihat dari Pumula di Pesisir Selatan KwaZulu-Natal, Afrika Selatan, 2019 | |
Spesimen Axelrodichthys araripensis dari Batu Kapur Awal Brazil (Mawsoniidae) | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Klad: | Sarcopterygii |
Kelas: | Actinistia Cope, 1871 |
Order: | Coelacanthiformes Huxley, 1861 |
Spesies jenis | |
†Coelacanthus granulatus Agassiz, 1839
| |
Keluarga dan genus | |
Lain-lain, lihat teks |
Ia turut termasuk dua spesies yang masih ada dalam genus Latimeria seperti gombessa (Latimeria chalumnae) yang bertaburan di sekitar Kepulauan Comoro di pantai timur Afrika dan ikan raja laut (Latimeria menadoensis )[4] di utara Sulawesi dan Papua di Asia Tenggara.
Nama order hidupan ini berasal dari genus usia Perm Coelacanthus, yang merupakan hidupan yang pertama kali dikenali secara saintifik.[5] Ikan-ikan dalam order ini pernah dianggap telah pupus pada zaman Batu Kapur Akhir sekitar 66 juta tahun yang lalu, tetapi ditemui semula pada tahun 1938 di lepas pantai Afrika Selatan.[6][7]
Rujukan sunting
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukanref4
tidak disediakan - ^ Nelson, Joseph S. Fishes of the World. ISBN 978-1-119-22081-7. OCLC 951128215.
- ^ "Order Summary for Coelacanthiformes". www.fishbase.se. Dicapai pada 2023-03-13.
- ^ Yokoyama, Shozo; Zhang, Huan; Radlwimmer, F. Bernhard; Blow, Nathan S. (1999). "Coelacanths, Coelacanth Pictures, Coelacanth Facts – National Geographic". Proceedings of the National Academy of Sciences. 96 (11): 6279–84. Bibcode:1999pnas...96.6279y. doi:10.1073/pnas.96.11.6279. PMC 26872. PMID 10339578. Dicapai pada 2015-10-30.
- ^ Agassiz, L. 1839. Recherches sur les poissons fossiles II. Petitpierre, Neuchâtel.
- ^ Smith, J. L. B. (1956). Old Fourlegs: the Story of the Coelacanth. Longmans Green.
- ^ Lavett Smith, C.; Rand, Charles S.; Schaeffer, Bobb; Atz, James W. (1975). "Latimeria, the Living Coelacanth, is Ovoviviparous". Science. 190 (4219): 1105–6. Bibcode:1975Sci...190.1105L. doi:10.1126/science.190.4219.1105.