Colin Luther Powell (5 April 1937 – 18 Oktober 2021) ialah jeneral tentera dan ahli politik Amerika yang berkhidmat sebagai Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-65 dari 20 Januari 2001 hingga 26 Januari 2005. Beliau merupakan orang Afrika Amerika pertama yang berpangkat tinggi dalam sejarah pentadbiran Amerika Syarikat sehingga presiden Obama menjadi presiden pada tahun 2009.[1] Beliau dipilih oleh George W. Bush pada 16 Disember 2000 dan perlantikannya dipersetujui oleh Senat. Powell dipecat sebelum bermulanya penggal kedua presiden Bush akibat daripada justifikasi beliau yang tidak tepat terhadap Perang Iraq Amerika pada tahun 2003.[2] Beliau kemudiannya digantikan oleh Condoleezza Rice yang dipilih oleh presiden Bush dan ditetapkan oleh Senat pada 26 Januari 2005. Powell juga pernah menjawat sebagai Ketua Penasihat Keselamatan A.S. (1987-1989) dan Pengerusi Ketua Turus Bersama A.S. (1989-1993).

Colin Powell
Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-65
Dalam jawatan
20 Januari 2001 – 26 Januari 2005
PresidenGeorge W. Bush
TimbalanRichard Armitage
Didahului olehMadeleine Albright
Digantikan olehCondoleezza Rice
Pengerusi Ketua Turus Bersama ke-12
Dalam jawatan
1 Oktober 1989 – 30 September 1993
PresidenGeorge H. W. Bush
Bill Clinton
TimbalanRobert T. Herres
David E. Yeremia
Didahului olehWilliam J. Crowe
Digantikan olehJohn Shalikashvili
Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat ke-12
Dalam jawatan
23 November 1987 – 20 Januari 1989
PresidenRonald Reagan
Didahului olehFrank Carlucci
Digantikan olehBrent Scowcroft
Timbalan Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat
Dalam jawatan
Disember 1986 – 23 November 1987
PresidenRonald Reagan
Didahului olehPeter Rodman
Digantikan olehJohn Negroponte
Maklumat peribadi
Lahir
Colin Luther Powell

(1937-04-05)5 April 1937
Bandaraya New York, New York, A.S.
Mati18 Oktober 2021(2021-10-18) (umur 84)
Bethesda, Maryland, A.S.
Cause of deathCOVID-19
Parti politikRepublikan (1995-2021)
Bebas (sebelum 1995, 2021)
PasanganAlma Johnson (k. 1962)
PendidikanCity College New York
George Washington University
TandatanganTandatangan
Perkhidmatan tentera
Kesetiaan Amerika Syarikat
Cabang/khidmatTentera Darat Amerika Syarikat
Tahun khidmat1985-1993
PangkatJeneral
UnitBahagian Perisai Ke-3
Bahagian Infanteri ke-23
Perang/PertempuranPerang Vietnam
Serangan Amerika Syarikat ke atas Panama
Perang Teluk

Latar belakang peribadi

sunting

Powell dilahirkan di Bandaraya New York dan dibesarkan di Bronx Selatan. Ibu bapa beliau, Luther Theophilus dan Maud Ariel Powell, berhijrah ke Amerika Syarikat dari Jamaica. Powell belajar di sekolah negeri Bandaraya New York, lulus dari City College of New York (CCNY), di mana dia mendapatkan ijazah sarjana muda dalam bidang geologi.

Dia juga menyertai ROTC di CCNY dan memperoleh pangkat Leftenan Muda Angkatan Tentera Darat AS setelah lulus pada Jun 1958. Pencapaian akademinya yang lain termasuk ijazah MBA dari Universiti George Washington.

Powell bernikah dengan Alma Vivian Johnson yang berasal dari Birmingham, Alabama. Dia mempunyai seorang anak lelaki, Michael (yang pernah menjadi ketua Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan); anak-anak perempuannya Linda dan Anne; menantu Jane; dan cucu-cucunya Jeffrey dan Bryan.

Panggilan akrab Presiden George W. Bush untuk Powell adalah Pup Pup.

Powell terkenal sebagai orang yang mendorong terjadinya serangan Amerika Syarikat ke Iraq pada tahun 2003 setelah menunjukkan "bukti" adanya senjata pemusnah besar-besaran di Iraq dalam sebuah Persidangan Agung PBB yang ternyata sama sekali tidak ada.

Rujukan

sunting
  1. ^ The first African American secretary of state, Colin Powell Diarkibkan Jun 4, 2008, di Wayback Machine, The African American Registry.
  2. ^ Walter LaFeber berkata, "Presiden memaksa Powell untuk meletak jawatan." LaFeber "The rise and fall of Colin Powell and the Powell Doctrine." Political Science Quarterly 124.1 (2009) p. 71.