Colleen McCullough

Colleen McCullough-Robinson[1] (1 Jun 1937 – 29 Januari 2015) merupakan penulis Australia yang dikenali menerusi novel The Thorn Birds.

Colleen McCullough
Fail:Colleen McCullough.jpg
Info kelahiran(1937-06-01)1 Jun 1937
Wellington, New South Wales, Australia
Kematian29 Januari 2015(2015-01-29) (umur 77)
Norfolk Island, Australia
PekerjaanNovelis, neurosainstis
Genrefiksyen, fantasi, drama
PasanganCedric Newton Ion-Robinson; m. 1984-2015 (sehingga kematian beliau)

KehidupanSunting

McCullough dilahirkan pada tahun 1937 oleh James dan Laurie McCullough.[2] Ibu beliau merupakan rakyat New Zealand dari suku kaum Māori. Semasa zaman kanak-kanak beliau, keluarga beliau kerap berpindah-randah. Beliau gemar membaca [3] dan pernah memasuki Holy Cross College.

McCullough menyara hidup dengan menjadi guru, pustakawan dan penulis.[3] Semasa tahun pertama sebagai pelajar perubatan di Universiti Sydney beliau menghidap dermatitis dan dinasihatkan untuk tidak meneruskan cita-cita sebagai doktor perubatan. Beliau telah bertukar ke bidang neurosains dan bekerja di Royal North Shore Hospital di Sydney.

Pada tahun 1963, McCullough berpindah ke United Kingdom selama empat tahun. Semasa di Great Ormond Street Hospital, London, beliau bertemu dengan pengerusi jabatan neurologi dari Universiti Yale. Beliau telah ditawarkan menjadi pembantu penyelidikan di Yale. McCullough telah menghabiskan masa selama sepuluh tahun dari from April 1967 sehingga 1976 dengan melakukan penyelidikan dan mengajar di Jabatan Neurologi Sekolah Perubatan Yale di New Haven, Connecticut, Amerika Syarikat. Ketika di Yale, beliau telah menulis dua buah buku terawalnya.

Disebabkan kejayaan buku-buku beliau, McCullough berhenti dalam bidang perubatan.[4] Pada penghujung 1o70-an, beliau telah menetap di London dan Connecticut, AS. Akhirnya, beliau memilih Pulau Norfolk Island sebagai tempat tinggalnya. Di sana beliau telah bertemu dengan suaminya, Ric Robinson (berusia 33 tahun ketika itu). Mereka berkahwin pada 13 April 1983 ketika berusia 46 tahun.

McCullough telah meninggal dunia pada 29 Januari 2015 di usia 77 tahun di Pulau Norfolk Island akibat kegagalan buah pinggang.[5]

Sejarah penulisanSunting

NovelSunting

BiografiSunting

Siri Masters of RomeSunting

  1. The First Man in Rome (1990)
  2. The Grass Crown (1991)
  3. Fortune's Favorites (1993)
  4. Caesar's Women (1996)
  5. Caesar (1997)
  6. The October Horse (2002)
  7. Antony and Cleopatra (2007)

Siri Carmine DelmonicoSunting

  1. On, Off (2006)
  2. Too Many Murders (December 2009)
  3. Naked Cruelty (2010)

RujukanSunting

  1. ^ About Colleen McCullough http://www.fantasticfiction.co.uk/m/colleen-mccullough/ Retrieved 2009-08-15
  2. ^ Enough Rope - Transcript of McCullough interview with Andrew Denton (24 September 2007)
  3. ^ a b Mary Jean DeMarr, Colleen McCullough: a critical companion, Page 2
  4. ^ Mary Jean DeMarr, Colleen McCullough: a critical companion, Page 3
  5. ^ Colleen McCullough, author of The Thorn Birds, dies
  • Mary Jean DeMarr: Colleen McCullough: A Critical Companion. Greenwood Publishing Group 1996, ISBN 0313294992 ([ Colleen McCullough] di Buku Google)