Colo-Colo
(Sebutan Sepanyol: [ˌkolo ˈkolo]) (ejaan Melayu: colo-colo, c jelas seperti menyebut coklat) ialah kelab bola sepak profesional Chile yang berpangkalan di Macul, Santiago. Ditubuhkan pada tahun 1925 oleh David Arellano, [1] mereka bermain di Divisyen Primera Chile, di mana mereka tidak pernah merasakan relegasyen.[2] Pasukan ini bermain di pangkalan mereka sendiri iakni Stadium Monumental David Arellano sejak 1989.[3]
Nama penuh | Club Social y Deportivo Colo-Colo | |||
---|---|---|---|---|
Gelaran | Los Albos (Sang Yang Putib) Eterno Campeón (Johan Pahlawan) El Cacique (Si Pangeran Penakluk) | |||
Diasaskan | 19 April 1925 | |||
Stadium | Stadium Monumental David Arellano (Kapasiti: 50,347) | |||
Presiden | Alfredo Stöhwing Matías Camacho (syarikat) | |||
Pengurus | Daniel Morón | |||
Jurulatih | Gustavo Quinteros | |||
Liga | Divisyen Primera Chile | |||
2024 | CPD, 1 dari 16 | |||
Tapak sesawang | Laman kelab | |||
| ||||
Musim semasa |
Colo-Colo telah memenangi 33 gelaran Primera División de Chile, lebih daripada mana-mana kelab Chile lain dengan rekod tiga belas kejuaraan Copa Chile. Kelab ini merupakan kelab bola sepak Chile pertama yang memenangi kejohanan benua, memenangi Copa Libertadores 1991[4] Pada tahun berikutnya, kelab itu terus memenangi dua lagi kejuaraan antarabangsa: Recopa Sudamericana 1992 [5] dan Copa Interamericana 1992,[6]
Penjaring gol terbanyak dalam sejarah kelab itu ialah Esteban Paredes dengan 216 gol, [7] dan pemain dengan penampilan terbanyak ialah penjaga gol Misael Escuti dengan 417 perlawanan.
Colo-Colo ialah kelab paling disokong di Chile, [8] dan mempunyai persaingan dengan Universidad de Chile. Kelab ini juga mempunyai saingan tradisional lain iakni Cobreloa dan Universidad Católica. Pada tahun 2009, IFFHS juga menggelari Colo-Colo sebagai kelab terbaik di Chile bagi abad ke-20, dan tersenarai dalam dua puluh kelab terbaik sepanjang sejarah bola sepak Amerika Selatan.[9]
Rujukan
sunting- ^ "La Fundación del Club (1920-1930)". colocolo.cl (dalam bahasa Sepanyol). Colo Colo. 13 December 2015. Dicapai pada 19 December 2018.
- ^ "La selecta lista de los equipos sudamericanos que nunca han descendido". Elgrafico.cl (dalam bahasa Sepanyol). El Gráfico. 29 August 2012. Dicapai pada 22 September 2014.
- ^ "¡Feliz Cumpleaños, Estadio Monumental!". Sitio Oficial de Colo-Colo (dalam bahasa Sepanyol). 2009. Dicapai pada 17 June 2011.
- ^ "Colo Colo recuerda la gloriosa jornada en que conquistó la Copa Libertadores". Emol.com (dalam bahasa Sepanyol). Emol. 5 June 2011. Dicapai pada 22 September 2014.
- ^ "Hace 20 años, Colo Colo trajo la Recopa Sudamericana a Chile". Charlatecnica.cl (dalam bahasa Sepanyol). Charla Técnica. 21 August 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 August 2012. Dicapai pada 22 September 2014.
- ^ "Colo Colo Campeón Copa Interamericana". Dalealbo.cl (dalam bahasa Sepanyol). Dale Albo. 23 September 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 July 2015. Dicapai pada 22 September 2014.
- ^ "Muere Francisco Valdés, goleador histórico del fútbol chileno". La Tercera. 18 August 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 October 2009.
- ^ "Colo-Colo es el equipo más popular". Dicapai pada 6 February 2013.
- ^ "South America's Club of the Century". IFFHS. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 October 2009. Dicapai pada 11 August 2017.