Colonel Harland David Sanders (dilahirkan pada 9 September 1890 – meninggal pada 16 Disember 1980) ialah seorang ahli perniagaan Amerika Syarikat. Beliau amat dikenali kerana beliau menjadi pengasas pertama daripada satu restoran makanan segera bernama Kentucky Fried Chicken (kini dikenali dengan KFC) dan kemudian berperanan selaku duta jenama daripada syarikat itu dan lambang syarikat itu. Nama dan gambar beliau masih menjadi satu lambang kepada syarikat itu.

Colonel Sanders
Sanders dalam bulan Oktober 1972
Kelahiran
Harland David Sanders

(1890-09-09)9 September 1890
Meninggal duniaDisember 16, 1980(1980-12-16) (umur 90)
Sebab kematianPneumonia, leukemia
WarganegaraAmerika Syarikat
PendidikanUniversiti La Salle Extension
Pekerjaan
  • Ahli perniagaan
  • Pengusaha kedai makan
Ahli lembagaKentucky Fried Chicken (pengusaha)
PasanganJosephine King (bercerai)
Claudia Price
Anak-anak3
Tandatangan

Sanders pernah mempunyai sebilangan pekerjaan-pekerjaan dalam hayat beliau seperti sebagai operator stesen minyak, jurujual insurans dan seorang penyala enjin wap. Beliau mula menjual ayam goreng dari kedai makan beliau di tepi jalan bernama Harland Sanders Café di North Corbin, Kentucky sewaktu Zaman Meleset berlaku. Sanders telah mengiktiraf potensi daripada konsep pemfrancaisan kedai makan dan beliau mula membuka francais KFC pertama dalam Utah pada tahun 1952. Pengembangan pesat daripada syarikat pemakanan itu yang sempat merentasi Amerika Syarikat dan ke luar negara ialah perkara yang menggalakkan bagi Sanders dan beliau telah menjual syarikat pemakanan itu kepada sekumpulan pelabur-pelabur diterajui oleh John Y. Brown, Jr. dan Jack C. Massey dengan harga $2 juta Dolar Amerika Syarikat ($15.3 juta Dolar Amerika Syarikat hari ini).