"Comel Pipi Merah" ialah lagu nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza yang dikeluarkan pada 6 Mac 2018.[1] Ia dikeluarkan sebagai sebuah lagu yang ditujukan khas untuk bayi sulungnya yang ketika itu dijangka bakal dilahirkan pada Mac 2018 dan diilhamkan oleh bapanya, Allahyarham Tarudin Ismail yang ingin melihat beliau mempunyai anak.[2]

"Comel Pipi Merah"
Single oleh Siti Nurhaliza
daripada album Legasi
Dilancarkan pada6 Mac 2018 (Digital)
Dirakamkan pada17 Januari 2018
FormatMuat turun digital
GenrePop
Panjang4:43
SyarikatSiti Nurhaliza Productions, Universal Music Group (Malaysia)
PenulisRozi Sang Dewi
Siti Nurhaliza
PenerbitLee Sze Wan
Kronologi single Siti Nurhaliza
""Segala Perasaan"
(2017)"
"Comel Pipi Merah" ""Anta Permana"
(2018)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang dan rakaman sunting

"Comel Pipi Merah" dirakamkan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada 17 Januari 2018 ketika usia kehamilannya mencecah 7 bulan. Ia dicipta khas oleh Siti untuk bayi sulungnya yang dilahirkan dua bulan kemudian. Dua anak saudaranya, Chitah dan Damia menyumbangkan suara dengan menjadi penyanyi latar lagu ini.[3][4][5][6]

Komposisi dan lirik sunting

Sebuah lagu pop yang berdurasi selama tiga minit dan lima puluh empat saat. "Comel Pipi Merah" digubah dan diterbitkan oleh Siti Nurhaliza dan Lee Sze Wan, dan lirik ditulis oleh kakak iparnya, Rozi Abd Razak. Ia menjadi lagu yang dicipta khas untuk bayi sulung Siti, Siti Aafiyah Khalid yang dilahirkan pada 17 Mac 2018, iaitu 11 hari selepas lagu ini dikeluarkan. Lagu ini mengambil korus lagu "Can Mali Can", sebuah lagu kanak-kanak.[7][8]

Keluaran dan promosi sunting

"Comel Pipi Merah" pertama kali diperdengarkan di majlis perjumpaan Dato’ Sri Siti bersama Sitizoners pada 21 Januari 2018 dan dikeluarkan secara rasmi pada 6 Mac 2018 dan dikeluarkan secara komersial untuk memuat turun dan aliran pada pelbagai platform termasuk iTunes, Spotify, dan Deezer. Lebih kurang dari 24 jam selepas muzik videonya dimuat naik, ia telah mencecah hampir 100.000 tontonan dan dalam masa 10 hari video lirik lagu tersebut mencecah lebih dari 2 juta tontonan dan teaser video rasmi pula mencapai purata 1 juta tontonan setiap hari.[9]

Lagu ini juga digunakan sebagai lagu latar untuk iklan Perbadanan Putrajaya yang menampilkan Siti dan suami. Ia juga dimuatkan dalam album Legasi, sebuah album kanak-kanak oleh Siti yang dikeluarkan pada 2021.

Muzik video sunting

Muzik video rasmi lagu ini dimuat naik di akaun Vevo rasmi Siti Nurhaliza pada 28 Mac 2018.[10] Ia memaparkan persediaan Siti ke hospital, suasana di dalam wad dan ketika proses kelahiran serta wajah anaknya, Siti Aafiyah.[11]

Sehari selepas dimuat naik ke YouTube, ia mencapai hampir 140,000 tontonan dan berada di tangga ke-48 sohor kini.[12]

Format dan senarai runut sunting

  • Muat turun digital[13]
  1. "Comel Pipi Merah" – 3:54

Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 6 Mac 2018 Muat turun digital Siti Nurhaliza Productions, Universal Music Group (Malaysia)

Tenaga kerja sunting

  • Datuk Siti Nurhaliza - vokal, komposer
  • Rozi Abd Razak - lirik
  • Lee Sze Wan - penggubah/penerbit
  • Sham Kamikaze - gitar
  • John Thomas - dram
  • Nomad Studio - studio rakaman
  • Ben Tio - jurutera rakaman
  • Sunil Kumar - adunan/mastering

Rujukan sunting

  1. ^ "'Comel Pipi Merah' Lagu Istimewa Untuk Anak". Rotikaya. 22 Januari 2018. Dicapai pada 20 April 2018.
  2. ^ Izwan Mohd. Isa (21 Januari 2018). "Siti perdengar Comel Pipi Merah buat pertama kali". Kosmo! Online. Dicapai pada 26 Februari 2018.[pautan mati kekal]
  3. ^ "Peminat Nangis Tonton Video 'Comel Pipi Merah'". My News Hub. 21 April 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-21. Dicapai pada 29 Mac 2018.
  4. ^ "Public purring over Siti Nurhaliza's new baby daughter". The Star (Malaysia). 23 March 2018. Dicapai pada 29 Mac 2018.
  5. ^ Rahimah Abdullah (3 Mac 2018). "'Comel Pipi Merah' milik Siti Nurhaliza bakal ceriakan bulan Mac". Astro Awani. Dicapai pada 29 Mac 2018.
  6. ^ Alif Fadli Mohd. Sori (18 Januari 2018). "[VIDEO] Siti Nurhaliza rakam lagu Comel Pipi Merah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 29 Mac 2018.
  7. ^ Farihad Shalla Mahmud (18 Januari 2018). "Comel Pipi Merah lagu khas untuk anak". Berita Harian. Dicapai pada 17 April 2018.
  8. ^ "Gabung 'Can Mali Can', Siti cipta lagu Comel Pipi Merah untuk anak". The Malay Mail. 18 Januari 2018. Dicapai pada 20 April 2018.
  9. ^ "Kronologi Lagu Comel Pipi Merah Buat Ramai Terharu". Hangat. 29 Mac 2018. Dicapai pada 17 April 2018.
  10. ^ Aref Omar (30 March 2018). "#Showbiz: Siti Nurhaliza's official Comel Pipi Merah MV gives listeners 'the feels'". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-05. Dicapai pada 5 April 2018.
  11. ^ Norhidayyu Zainal (30 March 2018). "Sebak tonton muzik video Comel Pipi Merah". Sinar Harian. Dicapai pada 29 Mac 2018.
  12. ^ Ruhaya Abd Hamid (30 March 2018). "Muzik video Comel Pipi Merah trending". Utusan Malaysia. Dicapai pada 29 Mac 2018.
  13. ^ "Comel Pipi Merah - Single". iTunes Store (MY). Apple. 6 Mac 2018. Dicapai pada 17 April 2018.

Pautan luar sunting