Bimonthly Comi Digi + (Jepun: 隔月コミデジ+, Hepburn: Kakugetsu Komi Deji +, dibaca sebagai Bimonthly Comi Digi Plus) ialah sebuah majalah manga seinen Jepun oleh Broccoli, terbitan oleh Flex Comix, dan dijual menerusi Soft Bank Creative. Majalah ini dijual secara dwibulanan pada bulan-bulan bernombor genap, tanggal 21. Majalah ini asalnya diterbitkan pada bulan April 2003 di bawah nama Quarterly Di Gi Charat (Jepun: 季刊デ・ジ・キャラット, Hepburn: Kikan De Ji Kyaratto), merujuk kepada siri Di Gi Charat terbitan Broccoli Books. Majalah tersebut digantung penerbitannya pada bulan Julai 2004, namun memulakan publikasi semula pada bulan Oktober 2004 di bawah tajuk baru iaitu Comic Di Gi Charat (Jepun: コミック デ・ジ・キャラット, Hepburn: Komikku De Ji Kyaratto) dan dijual secara dwibulanan sebagai edisi versi khas untuk Comic Rush. Namanya diubah semula pada bulan Oktober 2005 kepada Comi Digi (Jepun: コミデジ, Hepburn: Komi Deji), dan bertahan buat dua buah isu sehinggalah namanya diubah kembali buat kali terakhir kepada namanya terkini, Comi Digi + pada 21 April 2006.

Kulit muka isu 1 Comi Digi +.

Judul-judul yang disirikan sunting

Pautan luar sunting