Comic Fiesta

konvensyen animasi, komik dan permainan tahunan di Malaysia

Comic Fiesta (lebih dikenali dengan singkatannya CF), merupakan sebuah konvensyen Malaysia berfokuskan animasi, komik dan permainan (Bahasa Inggeris: animation, comic and games, singkatan ACG). Tumpuan mereka adalah untuk meraikan semua aspek seni dan kreativiti (dan budaya ACG yang popular). Comic Fiesta biasanya diadakan pada bulan Disember setiap tahun di mana acara yang lepas telah berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 2019.

Comic Fiesta
Comic Fiesta 2022, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
StatusAktif
GenreAnimasi, Komik dan Permainan, Cosplay
KekerapanSetiap tahun
LokasiMalaysia
Diasaskan2002
Acara seterusnya
17-18 Disember 2022, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
Kehadiran65,000 (2019)
Dianjurkan oleh
SAYS Youth Society
Laman sesawang
www.comicfiesta.org
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Comic Fiesta merupakan antara konvensyen ACG yang terkemuka di Malaysia selepas AniManGaki (AMG), dan di Asia Tenggara selepas Anime Festival Asia di Singapura. Konsep konvensyen ini boleh disamakan dengan Comic Con dan Anime Expo di Amerika Syarikat, dan Comic Market (Comiket) di Jepun.

Sejarah sunting

Comic Fiesta bermula sebagai sebuah pameran kecil di Dewan Perhimpunan Cina Selangor pada tahun 2002[1]. Pada tahun 2003, Comic Fiesta berlangsung di Hotel Impiana (kini dikenali sebagai Ancasa Hotel dan Spa). Comic Fiesta 2004 telah diadakan di Balai Seni Lukis Negara Malaysia. Seterusnya pada tahun 2005 dan 2006, konvensyen ini berlangsung di Sekolah Sri Sedaya. Comic Fiesta 2007 kemudian meneruskan acaranya di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Comic Fiesta 2008 telah diadakan di Pusat Konvensyen Sunway, Petaling Jaya. 2008 juga menyaksikan penampilan pertama Live Art Demonstrations dan Portfolio Review Pavilion, terbukti menjadi tarikan besar dengan artis yang bercita-cita mencari untuk menceburi industri komik Malaysia dan internasional. Konvensyen edisi 2009 juga berlangsung di lokasi yang sama, dengan kehadiran agensi-agensi seperti Imaginary Friends Studios, Persatuan Penggiat Komik Malaysia (PeKOMIK), Big Beak Productions, The One Academy (TOA), LimKokWing University of Creative Technology and MDeC yang mengambil bahagian dalam seminar-seminar industri.

Comic Fiesta 2010 yang diadakan di Berjaya Times Square telah menarik lebih 11,000 pengunjung.

Pada tahun 2011, Comic Fiesta berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Pada tahun tersebut, acara ini telah menarik lebih 15,000 pengunjung sepanjang 2 hari dan Comic Fiesta 2012, juga diadakan di lokasi yang sama mencatatkan lebih 30,000 pengunjung dan telah dihadiri oleh artis-artis Jepun terkenal seperti Redjuice, Kurata Yoshimi dan bless4. Konvensyen pada tahun berikutnya pula mencatatkan penambahan 10,000 pengujung daripada edisi lepas.

Pada tahun 2020 dan 2021, kebanyakan konvesyen dan acara di dalam negara terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik COVID-19.[2]

Comic Fiesta edisi 2022 dijangka akan berlangsung pada 17 dan 18 Disember 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur[3].

Pameran sunting

Creative Art Market sunting

Comic Fiesta merupakan tuan rumah kepada pasaran seni kreatif amatur terbesar di Malaysia ala Comiket di Jepun, yang terdiri lebih 100 gerai mempamerkan bakat dalam bidang seni visual dan ilustrasi. Comic Fiesta juga mengandungi kepelbagaian yang luar biasa seperti komik terbitan sendiri, buku seni, poster, alatan kesenian dan barangan-barangan berkaitan dengan minat pengunjung.

Cosplay sunting

Comic Fiesta menganjurkan pertandingan cosplay secara persendirian dan berkumpulan, dan dianggap sebagai tumpuan utama daripada acara tersebut. Peserta menggunakan peluang ini untuk mempamerkan kemahiran mereka dalam bercosplay, menarik ramai untuk menghadiri acara itu selain daripada membeli komik terbitan sendiri dan buku seni.


Senarai acara-acara Comic Fiesta sunting

Tahun

(Tarikh)

Lokasi Jumlah Pengunjung

(anggaran) [4]

2002

(14-15 Disember)

Dewan Perhimpunan Cina Selangor (kini Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Kuala Lumpur) 500
2003

(6 Disember)

Hotel Impiana, Kuala Lumpur (kini Ancasa Hotel) 1,000
2004

(11-12 Disember)

Balai Seni Visual Negara 3,000
2005

(17-18 Disember)

Sekolah Sri Sendaya, Subang Jaya (kini Sekolah Sri UCSI Subang Jaya) 3,000
2006

(16-17 Disember)

3,000
2007

(15-16 Disember)

Berjaya Times Square, Kuala Lumpur 5,000
2008

(20-21 Disember)

Pusat Konvensyen Sunway, Petaling Jaya 7,000
2009

(19-20 Disember)

8,000
2010

(18-19 Disember)

Berjaya Times Square, Kuala Lumpur 10,000
2011

(17-18 Disember)

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC 15,000
2012

(22-23 Disember)

25,000
2013

(21-22 Disember)

40,000
2014

(27-28 Disember)

49,000
2015

(19-20 Disember)

Pusat Pameran & Konvensyen Antarabangsa Mines, Seri Kembangan 45,000
2016

(17-18 Disember)

Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (kini Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur) 45,000
2017

(16-17 Disember)

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC 55,000
2018

(22-23 Disember)

60,000
2019

(21-22 Disember)

65,000
2020 Ditangguhkan kerana pandemik COVID-19
2021
2022

(17-18 Disember)

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC

SAYS Youth Society sunting

Sequential Arts Youth Society (SAYS Youth Society) merupakan sebuah sukarelawan penganjuran, organisasi bukan keuntungan yang bertujuan untuk mendidik orang ramai mengenai komuniti ACG yang semakin berkembang di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2009, matlamat utama adalah untuk mewujudkan ruang yang dinamik di mana bakat-bakat kreatif tempatan dan antarabangsa boleh datang bersama-sama dan memajukan industri kreatif Malaysia ke hadapan melalui idea-idea baru yang inovatif.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting