Commodore CDTV merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat elektronik yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Commodore International pada tahun 1991[1]. Syarikat Commodore mengumumkan konsol CDTV semasa dalam acara Consumer Electronics Show tahun 1990 di Chicago, di mana mereka menjanjikan akan melepaskan konsol ini di pasaran sebelum penghujung tahun 1990 dengan 100 jenis permainan video[2].

Commodore CDTV
PengilangCommodore
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi keempat
Ketersediaan runcitAmerika Syarikat Mac 1991
MediaCD-ROM
CPUMotorola 68000 berkelajuan 7.16 MHz


Spesifikasi sunting

Konsol CDTV direka sebagai perkakasan media, dan bukannya sebagai sebuah komputer peribadi. Konsol ini didatangkan dengan alat kawalan jauh media, dan pada asalnya dijual tidak termasuk dengan tetikus dan papan kekunci. Konsol CDTV mempunyai pemacu cakera padat dan tidak mempunyai pemacu cakera liut seperti yang biasa dilihat pada komputer peribadi.

Sistem teras
Cip mikropemproses Motorola 68000 berkelajuan 7.16 MHz
RAM 512 KB
RAM video tiada
Grafik dan suara
Palet warna 4096 warna
Resolusi skrin 320px x 200px atau 640px x 240px
Saluran audio 4 saluran


Rujukan sunting

  1. ^ "Commodore CDTV". Kevin Simon. Dicapai pada 20 Oktober 2015.
  2. ^ "The Maturation of Computer Entertainment: Warming The Global Village". Computer Gaming World. 8 Julai 1990. m/s. 11. Dicapai pada 16 November 2013.