Untuk maksud lain istilah ini dalam konteks undang-undang, sila rujuk Common law (nyahkekaburan).

Common law
Undang-undang Kontrak
Undang-undang Tort
Undang-undang pemilikan tanah
Wasiat dan pegangan tanah
Undang-undang jenayah
Bukti

Common law merupakan satu istilah bahasa Inggeris yang bermaksud "undang-undang am" atau "undang-undang semua" dan merupakan sebahagian daripada undang-undang ramai negara, terutama mereka yang mempunyai sejarah penjajahan empayar British keatas mereka. Ia dinotakan untuk cirinya yang mempunyai undang-undang bukan statut dengan konsep duluan mengikat didapati daripada keputusan-keputusan mahkamah terhadap kes terdahulu yang merangkumi masa berabad-abad.


Maksud yang mengikat kepada istilah sunting

Terdapat tiga maksud yang mengikat kepada istilah ini:

  • Common law sebagai berlawanan dengan undang-undang akta dan undang-undang regulasi: Satu maksud adalah untuk membezakan dengan satu pihak kuasa yang menguatkuasakan sesuatu undang-undang: sebagai contoh, Malaysia sentiasa mempunyai akta yang diluluskan perundangan, "regulasi" (atau "peraturan") yang dikuatkuasakan cabang eksekutif yang dibenarkan perundangan, dan "common law" (juga dikenali sebagai "undang-undang kes", "undang-undang keputusan" atau "undang-undang duluan") yang diisu mahkamah (atau tribunal quasi-kehakiman dalam agensi) yang membincangkan dan membuat berbezaan diantara statut dan regulasi. Lihat undang-undang statut dan undang-undang bukan statut.
  • Common law sebagai berlawanan dengan undang-undang sivil: Satu lagi maksud bidang kuasa "common law" (kebanyakan berasal daripada sistem perundangan Inggeris) yang menekankan keputusan common law berbanding keputusan "undang-undang sivil", yang bersifat "kebenuaan Eropah" atau "kod", yang pula dipengaruhi undang-undang Roman yang berusia 2000 tahun lamanya. Undang-undang sivil ini dipelajari di universiti-universiti Eropah dan dipraktikkan oleh peguam-peguam sememjak kurun ke-12 di sana. Undang-undang jenis ini juga berhaluan kod seperti kod Napoleon Perancis atau BGB Jerman. Dalam bidang kuasa undang-undang sivil, duluan tidak mengikat dalam kes-kes masa depan.
  • Common law sebagai berlawanan dengan undang-undang ekuiti Maksud ketiga pula adalah perbezaan "common law" (ataupun hanya "undang-undang") dengan "equiti". Sehingga permulaan abad ke-20, kebanyakan bidang kuasa common law hanya mempunyai sistem mahkahmah selari, iaitu mahkamah "undang-undang" yang hanya boleh menganugerahkan ganti rugi berbentuk kewangan dan hanya mengiktiraf pemilik hartanah dan satu lagi mahkamah-mahkamah "equity" yang mengiktiraf pegangan tanah dan boleh mengeluarkan injunksi, iaitu arahan untuk melakukan atau berhenti melakukan sesuatu. Walaupun kedua-dua jenis mahkamah ini telah lama pun disatukan bidang kuasa mereka dan semua mahkamah diluaskan bidang kuasa mereka meliputi kesemua yang dinyatakan di atas, perbezaan diantara common law dan equiti masih penting dalam mengkatagorikan dan pengutamaan hak keatas hartanah, dan prinsip-prinsip yang diaplikasi kepada gran ganti rugi saksama oleh mahkamah-mahkamah. Di Malaysia seperti juga di England, jika terdapat konflik diantara kedua-dua cabang undang-undang ini, undang-undang ekuti akan mengatasi.

Terdapat banyak cabang undang-undang dikawal oleh common law. Sebagai contoh di England dan Wales, undang-undang mengenai kontrak dan tort tidak dijumpai di dalam statut, tetapi di dalam common law (meskipun di Malaysia, undang-undang kontrak dan satu cabang undang-undang tort, iaitu cabang saman fitnah, dikawal oleh statut bertulis iaitu Akta Kontrak 1950 dan Akta Fitnah). Di dalam hampir semua cabang undang-undang, statut hanya memberikan kenyataan ringkas mengenai prinsip-prinsip asas, tetapi simpadan dan definasi definatif wujud hanya di dalam common law. Untuk mengetahui apakah dia undang-undang berkenaan satu topik yang sebenarnya, seseorang hendaklah merujuk kepada keputusan duluan yang berkenaan dan menggunakan logik analogi untuk memahaminya.

Sebagai contoh, katakan ada satu statut yang mewajibkan semua rakyat satu negara untuk mengundi dalam pilihan raya. Statut itu pula mengatakan bahawa hanya "alasan yang munasabah" akan diterima bagi mereka yang gagal mengundi. Untuk mengetahui "alasan munasabah" tersebut, seseorang hendaklah merujuk kepada keputusan kes-kes berkenaan kegagalan mengundi dan alasan yang diberikan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk mengetahui sama ada ia diterima oleh hakim atau tidak.

Sejarah common law sunting

Common law berasal daripada sistem adversarial mahkamah yang diamalkan di England dari keputusan-keputusan perbicaraan yang didasarkan tradisi, adat dan duluan. Institusi-institusi perundangan dan budaya ini serupa dengan yang wujud secara bersejarah di benua Eropah dan masyarakat lain dimana duluan dan adat telah pada satu masanya memainkan peranan yang penting dalam sistem kehakiman, termasuk undang-undang Jermanik yang direkod dalam sejarah Rome Purba. Jenis logik yang digunapakai dalam common law dikenali sebagai safsatah atau logik berdasarkan kes. Common law yang diaplikasi pada kes sivil (yang berlawanan dengan kes jenayah diwujudkan sebagai cara untuk memberi peluang kepada mereka yang menderita disebabkan kerosakan kepada harta benda mereka untuk menuntuk ganti rugi. Bentuk-bentuk common law ini dipanggil undang-undang Tort dengan klasifikasi Tort yang sengaja dilakukan (seperti pencerobohan) dan yang tidak sengaja dilakukan (seperti kecuaian). Undang-undang untuk meregulasi kontrak juga berasal daripada common law. Prosidur yang dipanggil sistem adversarial juga berpunca daripada common law.

Sebelum stabiliti yang berinstitusi dikenakan keatas England oleh Penjajah William pada tahun 1066, penduduk Inggeris seperti yang lainnya diperintah oleh adat-adat tempatan yang berubah daripada satu komuniti ke satu komuniti yang lainnya. Pula itu, perintahan seringkali dikuatkuasakan mengikut kesukaan sendiri. Sebagai contoh, mahkamah secara amnya terdiri daripada himpunan beramai-ramai penduduk yang menimbang tuntutan-tuntutan yang berkonflik dalam satu kes dan, jika tiada kata sepakat, akan memandatkan satu "ujian" untuk menentukan kebenaran sesuatu pihak, umpamanya dengan memegang keluli yang sedang panas atau mengambil satu batu daripada satu periuk aih yang sedang mendidih (perbicaraan ujian kepahitan). Jika luka yang alami defenden pulih pada satu tempoh yang ditetapkan, dia akan dilepaskan sebagai tidak bersalah; dan jika tidak, hukuman mati sering menjadi ikutan.

Pada tahun 1154, Henry II menjadi raja Plantagenet pertama. Disamping jasanya yang lain, dia telah menginstitusikan common law dengan menyatukan adat-adat tempatan dibawah "apa yang selalu" menjadi amalan negara, dengan ini, kuasa pada peringkat tempatan juga dihampuskan, dan menamatkan penguatkuasaan sesuka sendiri. Sistem juri diperkenalkan semula dengan rakyat yang disumpahkan menyasat tuduhan-tuduhan sivil dan jenayah yang berasas. Para juri mencapai keputusan dengan mengadili pengetahuan am tempatan, tidak semestinya melalui pengenalan bukti, satu faktor yang berbeza apabila dibandingkan dengan sistem kehakiman sivil dan jenayah hari ini.

Penubuhan satu sistem mahkamah yang berpusat dan berkuasa oleh Henry II menyekat sedikit sebanyak kuasa yang dipegang oleh kekanunan mahkamah gereja, dan seterusnya mewujudkan perbalahan diantara gereja dengan beliau, terutama dengan Ketua Biskop Canterbury, Thomas Becket yang memuncak dengan pembunuhan Thomas oleh konco-konco Henry. Pertelagahan diantara Gereja dan Henry pun tamat, meskipun Gereja telah mengkanunkan Thomas sebagai satu keramat.

Maka, dalam sejarah perundangan Inggeris, "undang-undang selalu" common law menjadi kuasa tertinggi di seluruh England buat beberapa abad lamanya sebelum Parlimen mendapat kuasa untuk membuat undang-undang.

Seawal kurun ke-15, ia menjadi amalan yang para litigen yang berasa tertipu oleh sistem common law akan memgemukakan satu petisyen kepada Raja sendirinya. Sebagai contoh, mereka mungkin mengemukakan argumentasi bahawa pampasan yang diberikan oleh sistem common law tidak mencukupi untuk menggantikan tindak tanduk seorang yang telah mencerobohi tanah mereka, dan mahu penceroboh berkenaan dihalau. Daripada situasi ini timbullah sistem ekuiti yang ditadbir oleh Lord Chancellor di mahkamah-mahkamah canseri. Oleh disebabkan sifatnya, ekuiti dan common law sering bercanggah dan litigasi antara kedua-duanya sering terus menerus bertahun lamanya kerana mahkamah-mahkamah common law dan ekuiti sering berlawanan sesama sendiri walaupun telah diteggakkan dalam kes Earl of Oxford pada tahun 1615 yang ekuiti akan menjadi pilihan utama. Satu contoh terkenal adalah kes fiksyen Jarndyce dan Jarndyce dalam Bleak House oleh Charles Dickens. Mahkamah common law dan ekuiti kemudiannya disatukan oleh Akta-akta Pentadbiran Keadilan 1873 dan 1875 dengan ekuiti menjadi utama dalam satu konflik diantara mereka. Dengan penjajahan British, amalan ini kemudiannya diperkenalkan di Malaysia.

Tidak semua keputusan menjadi common law. Peraturannya tidak tetap, tetapi secara amnya mahkamah akan menganggap sesetengah keputusan sebagai tidak penting, dan seterusnya tidak boleh dipakai dalam kes masa depan. Maka ketidakterbitan sesetengah keputusan menjadi cekap dalam mengurangkan beban kerja pada era sebelum zaman pengkomputeran, tetapi kini dengan pengenalan dan kebolehan komputer menyimpan keputusan semua kes, ini mungkin akan menyebabkan letupan petikan kes terdahulu di mahkamah akan datang.

Sistem perundangan common law sunting

Common law kini adalah sebahagian daripada undang-undang negara-negara England dan lain-lain negara yang pernah dijajah olehnya seperti Wales, Ireland Utara, Republik Ireland, negeri-negeri Amerika Syarikat (kecuali Louisiana), Kanada (kecuali Quebec), Australia, New Zealand, Afrika Selatan, India, Sri Lanka, Malaysia, Brunei, Pakistan, Singapura, Hong Kong dan negara komenwel yang lain. Pada hakikatnya, semua negara yang pernah pada satu ketika menerima pengaruh British mempunyai unsur-unsur common law dalam kehakiman mereka kecuali negara-negara yang pernah menerima penjajahan negara Barat lain pada sebelumnya seperti provins Quebec yang mengikuti sistem kehakiman Perancis dan Afrika Selatan yang mengikuti sistem kehakiman Belanda-Rom. Sistem common law di India digabungkan dengan pengaruh undang-undang Hindu tempatan manakala sistem common law di Malaysia juga mengira adat Melayu dan Islam.

Alternatif yang utama kepada sistem common law adalah undang-undang sivil yang digunapakai di kebenuaan Eropah dan kebanyakan negara lain. Negara-negara bekas kesatuan Soviet dan negara sosialis lain menggunakan sistem perundangan undang-undang Sosialis.

Garisan diantara perundangan undang-undang sivil dan common law kian pudar dengan kepentingan undang-undang berdasarkan statut dan kod di negara-negara yang mengamalkan common law dan sebaliknya, duluan juga semakin mendapat perhatian di negara-negara yang mengamalkan undang-undang sivil.

Scotland dikatakan menggunakan sistem perundangan sivil tetapi sebenarnya ia mempunyai satu sistem unik yang menggabungkan elemen sistem sivil yang tidak ditulis yang boleh dikesan ke Corpus Juris Civilis dengan elemen common law yang lebih awal daripada Perjanjian Kesatuan dengan England pada tahun 1707. Undang-undang common law Scotland berlainan dengan yang diamalkan di England dengan mahkamahnya menggunakan duluan untuk mencari apakah ia prinsip yang menjustifikasikan satu undang-undang dan bukannya menjadikannya sebagai "ikutan". Prinsip-prinsip keadilan semulajadi telah sentiasa menjadi sebahagian daripada undang-undang masyarakat Scotland. Sistem yang boleh dijadikan bandingan adalah terletak di Quebec, Louisiana dan Afrika Selatan. Sistem-sistem ini dipanggil sistem perundangan campuran.

Prinsip-prinsip asas common law sunting

Statut yang mencerminkan common law Inggeris sentiasa difahami sebagai ditafsirkan dengan tradisi common law, maka ia mungkin meninggalkan sebilangan perkara yang tidak dikata kerana ia telah difahami berdasarkan undang-undang kes dan adat sebelumnya. Ini boleh dilihat dalam cabang undang-undang jenayah, dimana common law masih memerintah perihal jenayah di England, tetapi tidak di Amerika Syarikat kerana ia telah dikodifikasi. Kodifikasi adalah proses dimana satu statut diluluskan dengan tujuan menyusun dan memperkatakan semula kedudukan common law dalam satu dokumen daripada mencipta kesalahan-kesalahan baru, supaya common law terus menjadi releven kepada tafsiran mereka. Inilah sebabnya di Amerika sekolah-sekolah perundangan mengajar common law sebagaimana dipraktikkan pada tahun 1750 kerana semenjak itulah koloni-koloni Amerika mengalih daripada yang dipraktikkan di England. Di Malaysia, pekara yang sama berlaku dibawah undang-undang yang ditetapkan Akta Undang-undang Sivil 1956 dengan Seksyen 3 mengatakan bahawa common law hanya akan dipraktikkan sebagaimana di England setakat sebelum bulan April 1956 sahaja.

Sebagai kontras kepada kodifikasi oleh statut perundangan, sesetengah undang-undang hanya bersumberkan statut dan mungkin menimbulkan satu lagi sebab tindakan yang baru bebas daripada common law, sebagai contoh, tort kematian salah yang membenarkan sesetengah orang, biasanya ahli keluarga, untuk menyaman dan menuntut ganti rugi sebagai wakil si mati. Tiada tort begini dalam common law Inggeris maka apa-apa bidang kuasa yang tidak mempunyai statut kematian salah tidak akan membenarkan apa-apa tindakan undang-undang berdasarkan sebab berkenaan. Dimana statut kematian salah wujud, ganti rugi yang diberi dibatasi apa yang ditetapkan statut berkenaan sahaja, dan ini biasanya berhad. Mahkamah secara amnya menafsirkan statut yang memperkenalkan sebab tindakan tidak secara meluas iaitu, berhadkan kepada istilah tepatnya kerana mahkamah-mahkamah mengenalpasti bahawa hanya perundanganlah mempunyai kuasa menafsir maksud sebenar sesuatu statut, kecualilah kalau statut berkenaan melanggar persekutuan negara (bandingkan dengan aktivis kehakiman).

Di mana satu tort berdasarkan common law, semua ganti rugi yang dianugerahkan secara tradisinya merujuk kepada perskripsi common law mengenai tort berkenaan dengan tidak kira sama ada ia wujud atau tidak dalam undang-undang statut. Sebagai satu senario, satu orang yang telah mengalami kecederaan kepada anggota badannya melalui kecuaian seseorang yang lain boleh menyaman untuk bayaran kos perubatan, kesakitan, penderitaan, kehilangan keupayaan untuk berkerja serta hasil pekerjaan, kesakitan mental atau emosi yang dialami, kehilangan kualiti kehidupan, dan pelbagai lagi. Ganti rugi ini tidak perlu dihuraikan dalam statut kerana ia sudah pun ditegakkan dalam tradisi common law. Akan tetapi tuntutan berkenaan sebab tindakan yang perlukan statut seperti kematian salah, kebanyakan ini terhampus dengan kematian si pendakwa.

Tulisan mengenai common law sunting

Tulisan sumber utama common law adalah Komentasi mengenai Undang-undang England (Commentaries on the Laws of England) oleh Sir William Blackstone dan diterbitkan pada kali pertamanya pada tahun 1765 sehingga tahun 1789. Semenjak tahun 1979 pula terdapat edisi berbentuk faksimili edisi pertama berkenaan yang terdapat dalam empat volum buku. Hari ini ia telah ketinggalan dalam bahagian Inggeris dan United Kingdom oleh Undang-undang England oleh Halsbury (Halsbury's Laws of England) yang merangkumi kedua-dua undang-undang common law dan statut England. Satu lagi kerja yang serupa untuk peguam Australia adalah Undang-undang Australia oleh Halsbury (Halsbury's Laws of Australia).

Common law masyarakat Scotland merangkumi perkara termasuk pembunuhan dan kecurian, dan mempunyai sumber dalam adat, serta tulisan dan duluan undang-undang mereka. Tulisan perundangan dipanggil Teks Institusi dan didatangkan daripada abad ke-17, 18 dan 19. Di antara contoh adalah Craig, Jus Feudale (1655) dan Stair, Institusi Undang-undang Scotland (The Institutions of the Law of Scotland) (1681).


Lihat juga sunting


Undang-undang
 
Sistem perundangan Common law | Undang-undang sivil | Undang-undang adat | Undang-undang agama | Undang-undang sosialis | Undang-undang antarabangsa

Sumber undang-undang Undang-undang statut (Perundangan | Kod sivil | Pentafsiran statut)
Undang-undang bukan statut (Adat | Undang-undang kes | Ekuiti)

Penghukuman Undang-undang umum (Undang-undang jenayah | Undang-undang perlembagaan | Undang-undang pentadbiran)
Undang-undang khusus (Undang-undang sivil | Undang-undang kewajipan | Kontrak | Tort | Wasiat dan Pegangan)
Mahkamah (Sistem perseteruan | Sistem penyiasiatan | Bukti | Kehakiman | Peguam)

Falsafah perundangan Falsafah undang-undang | Undang-undang semulajadi | Perundangan positivisme | Perundangan formal | Perundangan realiti | Penafsiran undang-undang | Teori perundangan feminis | Undang-undang dan ekonomi | Pengajian undang-undang kritikal | Perbandingan undang-undang
Lihat juga:Senarai cabang undang-undang

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Undang-undang
 
Sistem perundangan Common law | Undang-undang sivil | Undang-undang adat | Undang-undang agama | Undang-undang sosialis | Undang-undang antarabangsa

Sumber undang-undang Undang-undang statut (Perundangan | Kod sivil | Pentafsiran statut)
Undang-undang bukan statut (Adat | Undang-undang kes | Ekuiti)

Penghukuman Undang-undang umum (Undang-undang jenayah | Undang-undang perlembagaan | Undang-undang pentadbiran)
Undang-undang khusus (Undang-undang sivil | Undang-undang kewajipan | Kontrak | Tort | Wasiat dan Pegangan)
Mahkamah (Sistem perseteruan | Sistem penyiasiatan | Bukti | Kehakiman | Peguam)

Falsafah perundangan Falsafah undang-undang | Undang-undang semulajadi | Perundangan positivisme | Perundangan formal | Perundangan realiti | Penafsiran undang-undang | Teori perundangan feminis | Undang-undang dan ekonomi | Pengajian undang-undang kritikal | Perbandingan undang-undang
Lihat juga:Senarai cabang undang-undang