Composites Technology Research Malaysia

Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. merupakan syarikat pemegang pelaburan yang terlibat dalam penghasilan bahagian komponen komposit yang pertama di Malaysia. Syarikat ini mengutamakan tiga aspek iaitu aeroangkasa, komposit dan kejuruteraan.

Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd.
Swasta
IndustriBahan komposit
DitubuhkanNovember 1990
Ibu pejabatSelangor, Malaysia
Tokoh penting
Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee, Pengerusi
Datuk Rosdi Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
Burhanuddin Hilmi Harun,
KeluaranEagle 150B
Lancair Columbia
Eagle ARV
TUAV
Laman web rasmi
www.ctrm.com.my

Kini, syarikat ini mengendali tiga anak syarikatnya iaitu CTRM Aero Composites Sdn. Bhd., CTRM Aviation Sdn. Bhd. dan CTRM Excelnet Engineering Sdn. Bhd.

SejarahSunting

Syarikat ini mula ditubuhkan pada November 1990 oleh Menteri Kewangan Malaysia, yang ingin mencapai hasrat kerajaan supaya Malaysia menjadi hab industri komposit dunia.

Pada tahun 2000, syarikat ini telah bekerjasama dalam memanfaatkan teknologi komposit daripada Airbus dan BAE System. Mulai saat itu, syarikat ini telah memulakan penghasilan komponen untuk pesawat penumpang Airbus A300 serta Airbus A320 dan tidak ketinggalan juga pesawat penumpang terbesar dunia, Airbus A380.[1]

Fungsi anak syarikatSunting

CTRM Aero Composites Sdn. Bhd. terlibat dalam penghasilan komponen komposit. CTRM Aviation Sdn. Bhd. pula menyediakan perkhidmatan MRO manakala CTRM Excelnet Engineering sebagai pusat mereka bentuk.

RujukanSunting

  1. ^ "Kerjasama dengan Airbus dan Bae System". Dicapai pada 2007-11-28.[pautan mati kekal]

Pautan luarSunting