Comté

Laman nyahkekaburan

Comté adalah keju dari daerah Jura di Perancis yang menggunakan susu lembu mentah.[1] Keju Comté ini merupakan keluarga dari keju Gruyère yang dibuat di Perancis.[2] Susu yang digunakan dalam pembuatan keju Comté hanyalah susu yang berasal dari lembu jenis Montbéliard dan Pie-Rouge.[1] Susu tersebut merupakan susu yang diambil semasa musim panas.[1] Bila dibandingkan dengan keju lain yang menggunakan susu daripada musim sejuk maka Comté mempunyai rasa yang lebih tajam.[1] Berat keju ini berkisar antara 30 hingga 55 kilogram.[1] Keju Comté mempunyai tekstur yang keras dengan kulit yang tebal.[2] Kulit tersebut mempunyai warna kuning keemasan hingga keperangan.[2] Keju ini merupakan keju yang sangat beraroma dan rasanya agak pedas namun manis.[2] Comté dapat digunakan untuk fondue, canapé, dan hidangan ikan ataupun makanan laut.[2] [1] Kertas aluminium yang berlubang digunakan untuk menyimpan keju Comté .[1]

Comté
Negara asalPerancis
DaerahJura
Sumber susuLembu
DipasteurkanTidak
TeksturKeras
Kandungan lemak45%
Tempoh penuaan3 bulan
PensijilanAOC: 1958[1]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h (Inggeris) Iburg, Anne (2004). Dumont's Lexicon of Cheese. Rebo International b.v., Lisse, The Netherlands. ISBN 978-90-366-1689-8. Page 94-95.
  2. ^ a b c d e (Inggeris) Harbutt, Juliet (2006). The World Encyclopedia of Cheese. Anness Publishing Ltd. ISBN 978-1-84309-960-4. Page 25.

Pautan luar sunting



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.