Datuk Conrad Mojuntin (6 April 1948 -17 November 2021) alias Jomilon Mojuntin , merupakan adik bongsu kepada Datuk Peter Joinod Mojuntin yang juga merupakan Menteri Perumahan dan Tempatan Sabah dibawah Kerajaan parti Berjaya. Selepas kejadian (Double Six) pada 06 Jun 1976, rakyat Sabah telah kehilangan Ketua Menteri iaitu TUN FUAD STEPHEN dan beberapa Pemimpin-pemimpin KABINET , Menteri Datuk Salleh Sulong, Datuk Peter Mojuntin, Chong Thien Vun, dan penolong menteri Darius Binion. Turut terkorban adalah Setiausaha Kementerian Kewangan Sabah Datuk Wahid Peter Andau, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sabah Dr Syed Hussein Wafa, Isak Atan (Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah), Koperal Said Mohammad (pengawal peribadi kepada Tun Fuad Stephens), Captain Gandhi Nathan (juruterbang pesawat) dan anak sulung Tun Fuad Johari Stephens.

Selepas dua bulan sejak insiden double six, Pilihan Kecil telah diadakan di beberapa dun , salah satu dun adalah Moyog, kerusi Moyog yang disandang oleh mendiang Datuk Peter Mojuntin sebelum itu, beberapa nama pemimpin ketika itu yang diwar-warkan untuk menjadi Calon Parti Berjaya Moyog, adalah George Mojuntin, Marcel Liking, Fred Jinu, Anthony Leduin Mobijohn dan beberapa nama lagi. Akhirnya Kepimpinan tertinggi Parti Berjaya ketika itu telah mencalonkan Conrad Mojuntin. Conrad Mojuntin telah berjaya menang dengan undian yang cukup cemerlang.

Pada penggal pertama Conrad Mojuntin memegang pengerusi SESB dan sejurusnya pembantu Menteri kewangan, pada penggal kedua, beliau memegang Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah dari tahun 1981-1985, pada pilihanraya Negeri 1986 Datuk Conrad Mojuntin telah tewas kepada Calon Parti Pasok Ignasius Malanjum, Dalam pilihan raya 2004, di parlimen Penampang, Conrad ditentang oleh anak saudaranya Donald Peter Mojuntin yang mewakili BN. Mendiang Datuk Peter Mojuntin ialah abang Conrad Mojuntin dan bapa kepada Donald Mojuntin. [1]

Pilihan raya 2004 sunting

Dalam pilihan raya 2004 ini, kawasan parlimen P174 Penampang mempunyai 32,832 . Conrad Mojuntin (DAP) bertanding menentang Philip Lasimbang - BN , Elsie Solumin - Pasok dan Morris Miji - Bebas. Dalam pilihan raya 1999 , kawasan Penampang dimenangi oleh Philip Lasimbang dengan majoriti 3,320 undi.

Conrad juga bertanding dalam pilihan raya DUN N20 Moyog, Sabah atas parti (DAP). Conrad menentang Philip Lasimbang (BN), Elsie Cleftus Mojingol (Pasok) dan Moris @ Francis Miji (Bebas) tapi tewas.

Dipenjara sunting

Pada 23 Oktober 2005, Conrad dan 10 orang yang lain ditahan reman bagi membantu siasatan polis terhadap kes pembunuhan seorang remaja yang dikenali sebagai Anthony Chong Kim Fook, 20, di hadapan Perpustakaan Dongonggon, Penampang. Anthony Chong ditembak dengan senapang patah jenama Winchester selepas pertengkaran antara dua kumpulan pada jam 4 pagi 23 Oktober 2005 itu di pub Donggogon. Polis berjaya merampas senapang patah yang digunakan, kapak, pedang dan beberapa batang kayu. Ahli politik itu mempunyai lesen memiliki senapang patah tetapi tidak dapat mengesahkan siapa yang melepaskan tembakan. Chong ditemui berlumuran darah dalam kolam. Majistret Daerah Penampang, Stephen Sondoh menyatakan 3 orang anak Conrad turut ditahan. Ketua Polis Sabah, Datuk Mangsor Ismail menyatakan terdapat unsur pertengkaran dan pergaduhan antara dua kumpulan.[2][3]

Pada 20 Julai 2006, semasa perbicararan di mahkamah, operator telefon menerima panggilan dari seorang lelaki mendakwa ada sebutir bom di kawasan mahkamah dan mesti dikosongkan. Sepasukan anjing pengesan dan unit pemusnah bom tiba di mahkamah untuk melakukan pemeriksaan dan mengesahkan tiada bom dan bangunan itu selamat.[4]

Mulanya pada 1 April 2008, Conrad dibebaskan oleh Majistret Zaini Fisher @ Faisal kerana pihak pembelaan berjaya membuktikan keraguan yang munasabah.

Pada 2 Januari 2009, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Abdul Rahman Sebli di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara 6 bulan kerana kesalahan ugutan jenayah pada 23 Oktober 2005 jam 3.30 pagi. Conrad mengugut ahli perniagaan Doughty Disimon, 30, di luar SJD Cafe and Sports belakang Public Bank, Pekan Donggongon, Penampang, Sabah. Conrad (60 tahun) dan anak saudaranya, David Mojuntin, 44, didenda RM2,000 atau tiga bulan penjara setiap seorang kerana sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Chee Hee Fatt, 45, di tempat sama pada pukul 4 pagi 23 Oktober 2005. Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun. Mereka turut didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum setahun.

Hakim membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan dan menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan dua penjamin. Conrad diwakili oleh peguam Zahir Hussein Shah sementara Timbalan Pendakwa Raya ialah Salim Soib.[5]

Kematian sunting

Beliau meninggal dunia pada 17 November 2021 akibat dari strok.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ Adik beradik jadi perhatian
  2. ^ Chong’s family cannot accept his death
  3. ^ "Murder motive talk of the town". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-01. Dicapai pada 2009-01-02.
  4. ^ Bekas Menteri Sabah Hadapi Tuduhan Cederakan Dua Lelaki
  5. ^ Bekas Menteri Sabah Dipenjara Enam Bulan
  6. ^ Vanar, Muguntan (17 November 2021). "Conrad Mojuntin, the man who steered Sabah sports, passes away at age 73" (dalam bahasa Inggeris). The Star. Dicapai pada 17 November 2021.