Consolidated Vultee Aircraft Corporation, atau biasanya dikenali sebagai Convair, adalah sebuah kompleks pembangunan dan pengeluaran aeroangkasa Amerika Syarikat pada tahun 1940-an. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1943 berikutan penggabungan antara Consolidated Aircraft dan Vultee Aircraft. Penggabungan ini menjadikan ia sebagai satu penggabungan pengeluar pesawat terbesar di dunia pada waktu itu. Antara rekabentuk Convair yang paling terkenal termasuk pesawat pengebom strategik Convair B-36, pesawat pemintas bersayap delta F-102 Delta Dagger dan F-106 Delta Dart, serta pesawat penyerang nuklear berkelajuan supersonik B-58 Hustler.

Pada bulan Mac 1953, Convair telah dibeli oleh General Dynamics, menjadi Divisyen Convair bagi syarikat induknya.[1] Syarikat ini terus mengeluarkan pesawat sehingga tahun 1965, sebelum bertukar kepada projek angkasa dan kerangka pesawat.

Pada tahun 1994, General Dynamics menjual divisyen struktur aero dan unit peluru berpandu kepada McDonnell Douglas, dan menjualkemudahan Fort Worth, termasuk hak-hak bagi mengeluarkan produk-produk berkaitan kemudahan ini, kepada Lockheed. Pada tahun 1996, General Dynamics telah menyah-aktifkan entiti-entiti sedia ada dalam Convair Division.

Selain pesawat, peluru berpandu dan kenderaan angkasa, Convair juga membangunkan tiub Charactron, yang mana menjadi pelopor kepada paparan CRT moden,[2] dan algorithma CORDIC, yang mana digunakan secara meluas pada hari ini bagi mengira fungsi trigonometri di dalam kalkulator dan jujukan pintu medan boleh program (FPGA).

Produk sunting

Pesawat sunting

 
Convair XF-92A adalah pesawat bersayap delta pertama Amerika Syarikat.

Peluru berpandu dan roket sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "General Dynamics Corporation". U.S. Centennial of Flight Commission. Dicapai pada 2006-03-31.
  2. ^ "Charactron Tube". Computing at Chilton, of Atlas Computer Laboratory, Chilton. 2006-08-05. Dicapai pada 2006-10-22.

Pautan luar sunting

Templat:Convair aircraft