Copa America 1910 (tak rasmi)

Edisi pertama Piala Copa America, tidak rasmi dan tidak pernah diiktiraf oleh CONMEBOL, telah diadakan di Argentina dari 29 Mei hingga 12 Jun, tahun 1910. Nama asal pertandingan ini adalah Copa Centenario Revolución de Mayo 1910 tetapi kemudiannya telah ditukar nama kepada Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan oleh CONMEBOL.

Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1910
Copa Centenario Revolución de Mayo 1910
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Argentina
TarikhMay 29 - June 12
Kedudukan Akhir
Juara Argentina
Naib Juara Uruguay
Tempat Ketiga Chile
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan3
Jaringan gol14 (4.67 per perlawanan)
Penjaring terbanyakArgentina Juan Enrique Hayes (3 gol)

Pertandingan ini diadakan bersempena ulangtahun ke-100 Revolusi Mei. Ia adalah kejohanan antarabangsa yang pertama di Amerika Selatan di mana ianya disertai lebih daripada dua negara. Sebelum ini, terdapat pertandingan antarabangsa yang hanya disertai Uruguay dan Argentina, dikenali sebagai copa Newton, copa Lipton atau Gran PREMIO de Honor Argentino. Pada mulanya, kejohanan ini dianggap yang pertama diadakan kerana disertai negara-negara pengasas CONMEBOL tetapi CONMEBOL mengiktiraf kejohanan yang diadakan pada tahun 1916 di Argentina Piala Copa Amerika yang pertama.

Format sunting

Format yang ditetapkan dalam kejohanan ini ialah menggunakan sistem liga. Tiga perlawanan di Buenos Aires di tiga stadium yang berbeza, di CANCHA de Gimnasia y Esgrima, CANCHA de Belgrano dan di Colegiales en Palermo. Ketiga-tiga stadium ini dihadiri kira-kira 8000 - 10 000 penonton. Tidak ada kelayakan untuk menyertai kejohanan ini. Negara-negara yang mengambil bahagian adalah Argentina, Chile dan Uruguay. Setiap pasukan akan menentang setiap pasukan lain. Dua mata diberikan jika menang, satu mata jika seri dan tiada mata jika kalah.

Perlawanan sunting

Uruguay  3 – 0  Chile
Piendibene   6'
Bracchi   75'
Buck   85'

Argentina  5 – 1  Chile
Viale   16'
Hayes   26'40'
Weiss   66'
Susan   82'
Campbell   50'

Kedudukan sunting

Team Pts Pld W D L GF GA GD Eff
  Argentina 4 2 2 0 0 9 2 +7 100.0%
  Uruguay 2 2 1 0 1 4 4 0 50.0%
  Chile 0 2 0 0 2 1 8 -7 0.0%


 Juara Copa America 1910 
 
Argentina
Juara Keseluruhan

Penjaring Gol sunting

 
Juan Enrique Hayes - penjaring gol terbanyak kejohanan.
  • 3 Gol

  Juan Enrique Hayes

  • 2 Gol

  Maximiliano Susán

  José N. Viale

  José Piendibene

  • 1 Gol

  Watson Hutton

  Gottlob Eduardo Weiss

  Colin Campbell

  José Bracchi

  Robert Sidney Buck