Buka menu utama
Corak moire yang dibentuk oleh dua set garis selari, satu daripadanya dicondongkan 5° daripada yang satu lagi. Corak moire yang dibentuk oleh dua set garis selari, satu daripadanya dicondongkan 5° daripada yang satu lagi.
Corak moire yang dibentuk oleh dua set garis selari, satu daripadanya dicondongkan 5° daripada yang satu lagi.
Langit yang dilukis dengan garis halus pada imej ini akan menjadi corak moire jika dipaparkan pada sesetengah leraian atas sebab yang sama corak moire kelihatan pada gambar televisyen: Garisan kelihatan tidak sama rata.

Dalam bidang matematik, fizik dan seni, corak moiré ([mwa-ré], sebutan bahasa Perancis: [mwaˈʁe]) atau corak berombak ialah corak tindih sekunder ketara yang terhasil, sebagai contoh, apabila dua corak (biasanya lutsinar) serupa pada permukaan yang rata atau melengkung ditindankan antara satu sama lain sambil dipusingkan sedikit sudutnya.

Pembentukan corakSunting

Corak moiré selalunya adalah artifak yang tidak diingini pada imej yang dihasilkan oleh pelbagai teknik pengimejan digital dan grafik komputer, contohnya ketika mengimbas gambar hafton atau menyurih sinar suatu satah bercorak dam (satu kejadian pengaliasan khas, disebabkan oleh corak yang halus disampelbawahkan).[1] Ini dapat diatasi dalam pemetaan tekstur menerusi penggunaan mipmap dan penapisan tak isotropi.

Lukisan di atas sebelah kanan menunjukkan corak moire. Garisan di dalamnya boleh mewakili serat pada sutera moire, atau garisan yang dilukis di atas kertas atau di skrin komputer. Interaksi tak linear corak optik garis-garis menghasilkan corak berupa jalur gelap dan jalur cerah yang agak selari, yakni corak moire, ditindihkan pada garis-garis berkenaan.[2]

PengiraanSunting

Moire bagi corak selariSunting

Kaedah geometriSunting

   
dua corak itu ditindihkan di tengah-tengah rajah
Moiré yang dihasilkan dengan menindih dua corak serupa dengan sudut putaran α

Anggap dua corak terdiri daripada garis-garis selari yang berjarak sama, contohnya garisan menegak. Langkahan (jarak antara garisan) bagi corak yang pertama ialah  , manakala yang kedua ialah  , dengan  .

Jika garisan pada corak-corak tadi ditindihkan di kiri rajah, anjakan antara garis bertambah apabila menuju ke kanan. Selepas bilangan garis tertentu, kedua-dua corak bertentang: garisan bagi corak kedua berada di antara garisan bagi corak pertama. Jika dilihat dari jauh, kawasan di mana garis-garis bertindih kelihatan cerah (ada warna putih di antara garisan), dan kawasan di mana garisan bertentang kelihatan gelap.

Di tengah kawasan gelap yang pertama anjakannya ialah  . Garis ke-  bagi corak kedua dianjak sebanyak   dari garis ke-  bagi corak pertama. Oleh itu, tengah kawasan gelap pertama sepadan dengan

 

lantas

 

Jarak   di antara tengah kawasan cerah dengan tengah kawasan gelap ialah

 

jarak di antara dua tengah kawasan gelap, yang juga merupakan jarak antara dua kawasan cerah, ialah

 

Daripada formula ini, dapat dilihat bahawa:

  • semakin besar langkahan, semakin besar jarak antara kawasan cerah dengan kawasan gelap.
  • semakin besar beza  , semakin dekat kawasan gelap dengan kawasan cerah; langkau yang besar antara kawasan gelap dan cerah bermaksud kedua-dua corak mempunyai langkahan yang dekat.

Prinsip bagi moire sebegini serupa dengan prinsip yang digunakan oleh angkup vernier.

RujukanSunting

  1. ^ Moire in scanning, scantips.com, dicapai Julai 2009
  2. ^ Anil K. Jain, Mário Figueiredo, and Josiane Zerubia (editor) (2001). Energy Minimization Methods in Computer Vision and Pattern Recognition. Springer. 

Lihat jugaSunting