Cornelius Oswald Fudge adalah salah satu watak rekaan dalam siri Harry Potter karangan J. K. Rowling. Beliau merupakan Menteri Sihir British yang menjawat sejak 1990 hingga 1996. Fudge muncul buat pertama kali dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia, tetapi sebelum itu pernah disebut namanya dalam Harry Potter dengan Batu Hikmat.

Watak Harry Potter
Cornelius Fudge
Cornelius Fudge, dilakonkan oleh Robert Hardy,
Cornelius Fudge
Jantina Lelaki
Warna rambut Kelabu
Sekutu Kementerian Sihir
Dilakonkan oleh Robert Hardy
Kemunculan pertama Harry Potter and the Chamber of Secrets (buku & filem)

Nama belakangnya, "Fudge" dalam bahasa Inggeris bermaksud "berlaku curang, memalsukan", sehingga memberi kesan bahawa beliau "berbuat curang" dalam jawatannya. Kebiasaannya, beliau digambarkan memakai jubah bergaris-garis, topi bundar berwarna hijau limau, dan kasut lars berwarna ungu.

Dalam filem, beliau dilakonkan oleh Robert Hardy.

Peranan

sunting

Fudge pada mulanya bersikap baik kepada Harry. Kemudian, Fudge menafikan bahawa Lord Voldemort telah kembali, dan dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, Fudge melakukan kempen dan propaganda untuk menjatuhkan Harry dan Albus Dumbledore, menggambarkan Dumbledore sebagai orang tua yang sudah nyanyuk, dan Harry sebagai seorang remaja yang pembohong, yang jiwanya terganggu, dan inginkan perhatian. Sebelum itu, sebagai Menteri Sihir, Fudge juga bertanggungjawab dalam memenjarakan Rubeus Hagrid yang tidak bersalah di Azkaban. Permusuhannya dengan Harry dan Dumbledore terjadi disebabkan alasan politik. Beliau menolak untuk membuat huru-hara dan menimbulkan panik di kalangan dunia sihir yang sudah 14 tahun berada dalam keadaan aman, dengan menghilangnya Voldemort. Kemudian, beliau juga bimbang (tanpa alasan) dan curiga bahwa Dumbledore sedang membina angkatan tentera di kalangan pelajarnya sendiri untuk merebut jawatan Fudge sebagai Menteri Sihir.

Jabatan Fudge berakhir pada 1996, segera setelah Pertempuran di Kementerian Sihir, yang beliau dan beberapa pegawai Kementerian Sihir melihat sendiri kemunculan Voldemort di Atrium Kementerian. Fudge terpaksa menerima kebenaran yang selama ini ditolaknya, dan atas tekanan besar dari orang dan pihak media, Jabatan Misteri dipaksa mundur dari jawatannya seminggu setelah kejadian tersebut. Beliau digantikan oleh Rufus Scrimgeour, bekas Ketua Pejabat Auror di Jabatan Penguatkuasaan Undang-undang Sihir, dan Fudge tetap menjawat di Kementerian Sihir sebagai Penasihat Khas[HP6].

Keluarga

sunting

Fudge mungkin telah berkahwin, seperti yang Barty Crouch Sr sebut "Encik dan Puan Fudge", namun Crouch pada saat itu sedang dalam keadaan tidak siuman kerana bercakap kepada sebatang pokok seolah-olah kepada Percy Weasley, dan bercakap seakan-akan isteri dan anaknya sedang bersama mereka. Mungkin juga yang sebenarnya tidak wujudnya Puan Fudge. Ada kemungkinan juga Puan Fudge yang disebutkan Crouch ini adalah ibu Cornelius Fudge atau ahli keluarga lain dengan nama Fudge. Juga berkemungkinan jika betul Fudge memiliki seorang isteri, maka isterinya mungkin telah meninggal. Namun demikian, tiada petunjuk yang mengungkapkan apakah sesungguhnya Fudge memiliki seorang istri.

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting


Penyandang Terdahulu Menteri Sihir
19901996
Penyandang Kemudian
Millicent Bagnold Rufus Scrimgeour