Mobile Suit Gundam Seed

Sebuah anime dari tahun 2002
(Dilencongkan dari Cosmic Era)



Mobile Suit Gundam Seed
Gundam Seed 4.JPG
Logo pada Lagu pembuka "Mobile Suit Gundam Seed" dengan "ZGMF-X10A Freedom Gundam" sebagai latar belakangnya
機動戦士ガンダムシード
(Kidou Senshi Gandamu Shiido)
GenreCinta, Drama, Fiksyen sains, Peperangan, Politik
Siri anime televisyen
Mobile Suit Gundam Seed [1]
機動戦士ガンダムSEED [2]
PengarahFukuda Mitsuo
PenerbitYatate Hajime, Tomino Yoshiyuki
Skrip/PenulisMorosawa Chiaki
Lagu/MuzikSahashi Toshihiko
StudioSunrise
Penyiaran AsalJepun Mainichi Broadcasting System
Jepun Tokyo Broadcasting System
Penyiaran Lain
Tarikh tayangan05 Oktober 200227 September 2003
Episod50
Video animasi original
After Phase : In the Valley of Stars [3]
AFTER-PHASE「星のはざまで」
PengarahFukuda Mitsuo
Skrip/PenulisMorosawa Chiaki
Lagu/MuzikSahashi Toshihiko
StudioSunrise
Dikeluarkan pada26 Mac 2004
Jangka masa tayangan5 minit
DVD animasi original
Mobile Suit Gundam Seed Special Edition [4]
機動戦士ガンダムSEED スペシャルエディション
PengarahFukuda Mitsuo
Skrip/PenulisMorosawa Chiaki
Lagu/MuzikSahashi Toshihiko
StudioSunrise
Dikeluarkan pada27 Ogos 200422 Oktober 2004
Jangka masa tayangan100 minit
Episod3
Siri anime televisyen
Mobile Suit Gundam Seed HD Remaster [5]
機動戦士ガンダムSEED HDリマスター [6]
PengarahFukuda Mitsuo
Skrip/PenulisMorosawa Chiaki
Lagu/MuzikSahashi Toshihiko
StudioSunrise
Penyiaran AsalJepun Bs11, Tokyo MX
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara Gundaminfo
Tarikh tayangan22 Disember 2011[7]15 November 2012[8]
Episod48
Permainan
Mobile Suit Gundam Seed Never Ending Tomorrow [9]
機動戦士ガンダムSEED 終わらない明日へ
PengeluarBandai Namco Entertainment Incorporated
GenrePermainan video bertembak
PelantarPlayStation 2
Tarikh dikeluarkan07 Oktober 2004
Siri novel
Mobile Suit Gundam Seed [10]
機動戦士ガンダムSEED
Pengarang後藤 リウ Goto Riu
Ilustrasi小笠原 智史 Ogasawara Tomofumi
PenerbitKadokawa Shoten
PencetakanKadokawa Sneaker Bunko
Tarikh Pengeluaran28 Mac 200330 Januari 2004
Jilid5
Manga
Mobile Suit Gundam Seed Re: [11]
機動戦士ガンダムSEED Re:
Pengarang両澤千晶 Morosawa Chiaki
Ilustrasi石口十 Ishiguchi Juu
PenerbitKadokawa Shoten
DemografikShounen
Majalah AsalGundam Ace
Tarikh Pengeluaran26 September 201210 Mac 2014
Jilid3+1
Anime Cosmic Era
Portal Anime dan Manga

Mobile Suit Gundam Seed atau Mobile Suit Gundam SEED ( Bahasa Jepun : 機動戦士ガンダムシード ; dibaca : Kidou Senshi Gandamu Shiido ; singkatan : "Gundam Seed" atau "Gundam SEED" ) adalah sebuah anime dari tahun 2002 yang bersetting di dalam dunia fiksyen pada era kalendar "Cosmic Era".

Anime ini dibuat oleh Sunrise dan ditayangkan di Jepun oleh MBS dan TBS pada hari Sabtu, jam 18:00 petang, daripada 05 Oktober 2002 sampai ke 27 September 2003.

Di Malaysia, ia ditayangkan oleh TV2 pada hari Sabtu dan Ahad, jam 09:30 pagi, daripada tahun 2004 sampai ke tahun 2005.

CeritaSunting

DuniaSunting

Cerita ini bermula pada era kalendar Cosmic Era tahun ke 70, kaum manusia telah dibahagikan kepada dua kumpulan.

Kumpulan pertama, manusia yang dilahir dengan cara biasa yang dikenali sebagai "Natural" yang majoriti hidup di Planet Bumi.

Kumpulan kedua, manusia yang dilahir melalui proses kejuruteraan genetik dengan bioteknologi dikenali sebagai "Coordinator", yang majoriti bertinggal di beberapa kumpulan koloni angkasa bernama Productive Location Ally on Nexus Technology yang kemudiannya akan mengisytiharkan dirinya sebagai sebuah negara yang merdeka dengan nama People Liberation Acting Nation of Technology, ataupun sebagai "PLANT".

PrologSunting

Selepas kemerdekaan PLANT, Earth Alliance (地球連合 Persekutuan Bumi ; sebuah pertubuhan antarabangsa yang ditubuh untuk menggantikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) di Bumi) telah mengisytiharkan mereka sebagai musuh dan mengisytiharkan perang terhadap mereka.

Pada 14 Februari 70 CE, Oppose Militancy Neutralize Invasion (singkatan : OMNI ; juga dikenali sebagai "Tentera Bumi" ; angkatan tentera dari Earth Alliance ; ahli dan organisasi dalamnya dikenali sebagai " Oppose Militancy and Neutralize Invasion Enforcer ataupun "OMNI Enforcer") telah menghancurkan "Koloni Angkasa Junius 7" dari PLANT dengan serangan peluru berpandu senjata nuklear dan membunuh semua 243,721 orang yang berada di dalamnya. Kejadian ini dikenali sebagai "Bloody Valentine Incident".

Pada 01 April 70 CE, sebagai balasan, Zodiac Alliance of Freedom Treaty (singkatan : ZAFT ; angkatan tentera dari PLANT) telah melancarkan "Neutron Jammer" ke merata-rata tempat terutamanya kepada planet Bumi, benda ini boleh menghentikan semua pembelahan nuklear dan berhentikan semua tenaga nuklear termasuk senjata nuklear dan loji kuasa nuklear. Penggunaan Neutron Jammer di Bumi telah menyebabkan krisis tenaga, menjatuhkan ekonomi antarabangsa dan telah menjadikan dunia politik antara banyak negara di Bumi menjadi huru-hara. Kejadian ini dikenali sebagai "April's Fool Crisis".

Ramai yang menganggap bahawa dengan orang askar yang banyak, OMNI akan memenangi peperangan ini dengan mudah, tetapi penilaian awal ini terbukti salah. Hampir sebelas bulan telah berlalu sejak peperangan ini bermula dan tidak ada petunjuk bahawa perangan ini akan tamat tidak lama lagi.

PlotSunting

Pada 25 Januari 71 CE, Pasukan Creuset, satu pasukan bersenjata yang diketuai oleh Komander Rau Le Creuset dari ZAFT, atas arahan Menteri Pertahanan Patrick Zala yang ingin memajukan kerjaya politik diri, telah bermulakan operasi untuk menceroboh masuk ke dalam "Koloni Angkasa Heliopolis", sebuah koloni angkasa yang dimiliki oleh sebuah negara bernama Orb Union, ia sebuah negara neutral dalam peperangan antara OMNI dan PLANT ini.

Cagalli Yula Athha, seorang puteri dari Orb Union dan anak perempuan Uzumi Nara Atha, ketua kerajaan Orb Union, telah datang ke Heliopolis dengan menyamarkan dirinya sebagai seorang rakyat biasa untuk menyiasat sebuah khabar angin tentang syarikat Morganraete Incorporated telah membina 5 buah prototaip mobile suit, sejenis kenderaan tentera yang dikembangkan untuk OMNI tanpa ketahuan dan keizinan dari Kerajaan Orb Union.

Morganraete Incorporated merupakan sebuah syarikat perindustrian berat dan berfungsi sebagai kontraktor pertahanan untuk Kerajaan Orb Union. Ia mempunyai sebuah kilang di Heliopolis yang mampu menghasilkan kelengkapan berat, peralatan berat dan juga mesin ketenteraan seperti kenderaan tempur berperisai dan penerbangan tentera.

Kenderaan tentera yang diproduksi untuk OMNI itu, dipanggil "Senjata G", mereka adalah "GAT-X102 Duel Gundam", "GAT-X103 Buster Gundam", "GAT-X105 Strike Gundam", "GAT-X207 Blitz Gundam" dan "GAT-X303 Aegis Gundam".

Mesin yang berbentuk humanoid tersebut menggunakan sistem operasi "General Unilateral Neuro-link Dispersive Autonomic Maneuver Synthesis System", disingkat menjadi "Gundam" oleh Kira Yamato, seorang penduduk Heliopolis dan watak utama anime ini.

Apabila pihak ZAFT dengan usaha 4 pemandu elit mereka, Athrun Zala, Dearka Elsman, Nicole Amalfi dan Yzak Joule berjaya mencurikan 4 daripada prototaip Gundam tersebut, seorang Coordinator yang hidup sebagai rakyat biasa, Kira Yamato telah diarah oleh Murrue Ramius, seorang kapten dari OMNI untuk memandu salah satu prototaip tersebut, GAT-X105 Strike Gundam.

Untuk demi selamatkan kawan-kawannya dan penduduk Heliopolis seperti Flay Allster, Kuzzey Buskirk, Miriallia Haw, Sai Argyle dan Tolle Koenig, Kira telah menjadi seorang "pemandu bidan" untuk OMNI. Dengan bantuan Komander Mu La Flaga dan Wakil Kapten Natarle Badgirul dari OMNI, mereka berjuang unuk bertahankan kapal tempur "LCAM-01XA Archangel" selepas Heliopolis telah dihancurkan oleh ZAFT.

Di Titik Lagrange 5, Lacus Cylne, seorang penyanyi dan anak perempuan Siegel Clyne, seorang ketua negara PLANT, panglima tertinggi ZAFT dan juga pemimpin parti politik "Faksi Clyne", membuat sedia untuk Majis Memorial untuk peringati peristiwa Bloody Valentine Incident.

Di dalam satu Pangkalan Tentera ZAFT yang terletak di kawasan padang pasir, Pegawai Memerintah Andrew Waltfeld dan kekasihnya Aisha sedang meminum kopi dengan Pegawai Eksekutif Martin DaCosta di sisi mereka.

Tanpa mereka sedari, terdapat kisah disebalik peperangan ini akan menjerumuskan mereka semua ke dalam satu mimpi buruk yang dahsyat.

LaguSunting

PembukaSunting

  1. T.M.Revolution : "Invoke"
  2. Vivan or Kazuma : "Moment"
  3. Tamaki Nami : "Believe"
  4. Tamaki Nami : "Realise"

MenyisipSunting

  1. Lacus Clyne (cv: Tanaka Rie) : "Shizukana Yoruni (静かな夜に)"
  2. Lacus Clyne (cv: Tanaka Rie) : "Mizu No Akashi (水の証)"
  3. T.M.Revolution : "Meteor"
  4. FictionJunction : "Akatsuki No Kuruma (暁の車)"

PenutupSunting

  1. See-Saw : "Annani Issho Datta No Ni (あんなに一緒だったのに)"
  2. Ishii Tatsuya : "River"
  3. FictionJunction : "Distance" (HD Remaster ; menggantikan "River")
  4. Nakashima Mika : "Find The Way"

RujukanSunting

Pautan luarSunting