Cosmo Cosma dan Wanda Cosma (née Fairywinkle) adalah pari-pari yang dihantar kepada Timmy Turner dalam siri kartun The Fairly OddParents. Mereka bertanggungjawab untuk menggantikan ibu bapa Timmy yang tidak bertanggungjawab dan kurang pendidikan. Untuk menyimpan rahsia, mereka biasanya akan menyamar sebagai ikan emas peliharaan Timmy dan tinggal di dalam balang ikannya. Nama Wanda dipercayai diambil dari filem tahun 1988 yang berjudul A Fish Called Wanda. Nama penuhnya telah didedahkan di dalam episod "77 Secrets of the Fairly OddParents Revealed".

Timmy dilarang sama sekali daripada mendedahkan kewujudan Cosmo dan Wanda. Sekiranya didedahkan, mereka akan hilang buat selama-lamanya. Di permulaan Musim 6, mereka mempunyai bayi pari-pari yang pertama dilahirkan di dalam tempoh 10,000 tahun di mana Timmy menamakannya sebagai Poof. Melalui kerjaya mereka sebagai ibu bapa penjaga pari-pari, mereka telah dihantar kepada banyak ikon yang masyhur seperti Tina Turner dan Bill Gates. Sebelum kelahiran Poof, Cosmo adalah pari-pari yang paling muda yang pernah wujud. Cosmo adalah pari-pari yang bodoh dan lembap manakala Wanda pula adalah pari-pari yang serius dan amat mengambil berat.