Couple ialah sebuah kumpulan pop rock indie Malaysia yang ditubuhkan pada 1996, terdiri daripada 4 orang ahli dan merupakan antara kumpulan indie terawal[1] dan masih bergerak aktif sehingga kini.

Couple
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenreIndie pop
Tahun aktif1996–kini
Ahli
Bekas ahli
  • Idris Taufiq
  • Hana Abdul Aziz
  • Ihsan Ariffin
  • Ojoe Azizul
  • Awang Masrin

Kumpulan ini banyak menggunakan promosi lagu-lagu mereka melalui media Internet kerana kesukaran mendapat tempat di stesen radio. Antara lagu yang dipromosi ialah 'Pergi' yang dimainkan oleh kumpulan ini sendiri iaitu hasil ciptaan bekas pemain gitar (Idris) dan vokalis mereka (Aidil) Kumpulan ini ditubuhkan oleh 4 orang anak muda tempatan dan Aidil merupakan "mastermind" bagi kumpulan Couple. Selepas pemain gitar mereka Ariana memutuskan untuk berehat sementara, Couple menggantikan beliau dengan pemain gitar baru iaitu Idris, tidak lama kemudian Idris terpaksa keluar dari kumpulan tersebut atas urusan peribadi. Ariana kemudian memutuskan untuk kembali bersama kumpulan tersebut.[2][3]

PencapaianSunting

Kumpulan Couple pernah dicalonkan bagi Anugerah Pop bersama Datuk Siti Nurhaliza dalam Anugerah Shout! 2009. Mereka turut terbabit dengan pelancaran wajah baru Hai di Seremban Parade. [4]

Kumpulan ini turut terbabit dalam Konsert KL Tower Music Fest 2010 di Menara Kuala Lumpur.[5]

Pasaran luar negaraSunting

Kumpulan Couple berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila album terdahulu sudahpun memasuki pasaran Jepun dan Amerika Syarikat (AS) beberapa tahun lalu. Sehingga kini masih terdapat album Couple yang dijual di kedai-kedai kaset di Jepun manakala majalah hiburan di AS pula masih lagi memberikan liputan terhadap Couple sehingga kini. Antara lain, lagu Now That I Can See menjadi lagu tema bagi rancangan Humanzee, sebuah siri televisyen di Amerika Syarikat.

DiskografiSunting

EPSunting

  • Telegrams from the Heart (2001)

Album studioSunting

Ahli kumpulanSunting

  • Mohd. Aidil Rusli (vokal)
  • Ariana Adnan (gitar)
  • Shahrin Ismail (dram)
  • Izzat Ezzart (bass)

Bekas ahliSunting

  • Hana Abdul Aziz (gitar)
  • Ihsan Ariffin (drum)
  • Ojoe Azizul (bass)
  • Idris Taufiq (gitar)
  • Awang Masrin (bass)

RujukanSunting

Pautan luarSunting