Cox's Bazar (Benggali: কক্সবাজার) merupakan sebuah bandar yang terletak di Daerah Chittagong, Bangladesh. Bandar ini terkenal sebagai bandar pelancongan, industri serta pentadbiran di selatan Bangladesh. Cox's Bazar juga dikenali sebagai Panova iaitu "bunga kuning" serta Palongkee.

Cox's Bazar
কক্সবাজার
Bandar
Cox's Bazar is located in Bumi
Cox's Bazar
Cox's Bazar (Bumi)
Koordinat: 21°35′00″N 92°01′00″E / 21.583333°N 92.016667°E / 21.583333; 92.016667
NegaraBangladesh
DaerahChittagong
Penduduk
 (2007)Populasi metro merujuk terhadap seluruh daerah Cox's Bazar[1]
 • Bandar51,918
 • Kepadatan7,579.27/km2 (19,630.2/batu persegi)
 • Metro
120,480
Zon waktuUTC+6 (Waktu Piawai Bangladesh)

Geografi sunting

Cox's Bazar terletak di kawasan selatan Bangladesh dan bersempadan dengan Teluk Benggala di barat. Selain itu, Sungai Bakkhali mengalir di utara bandar dan menjadi sempadan utara Cox's Bazar.

Sejarah sunting

Perbandaran ini ditubuhkan pada 1869 dan menjadi perbandaran tahap B pada 1989.[2] Perbandaran ini memiliki keluasan sebanyak 6.85 km2 (2.64 sq mi) dengan 27 buah mahalla and 9 buah wad dan memiliki populasi seramai 51,918 orang.

Kawasan Chittagong termasuk Cox's Bazar berada dalam pemerintahan raja-raja Arakan dari awal abad ke-9 hingga penaklukan pihak Mughal pada 1666.

Setelah kemerdekaan Bangladesh, Cox's Bazar mula menerima perhatian oleh pihak kerajaan. Kerajaan Bangladesh telah mengasaskan sebuah kawasan perindustrian di Kalatali.[3] Pada 1984, kawasan Cox's Bazar dijadikan sebuah daerah kecil dan perbandaran Cox's Bazar dinaik taraf menjadi perbandaran tahap B pada 1989.[2]

Penamaan sunting

Nama Cox's Bazar diambil daripada seorang pegawai Syarikat Hindia Timur Inggeris, Kapten Hiram Cox yang menjadi Superintenden di Palonki (Cox's Bazar) setelah Warren Hastings menjadi Gabenor Bengal. Kapten tersebut banyak memulihkan golongan pelarian Arakan di situ, tetapi meninggal dunia pada 1799 sebelum beliau dapat menyiapkan tugasannya.[4] Sebagai menghargai jasanya, sebuah pasar telah ditubuhkan atas namanya iaitu Cox's Bazar. Ia mula-mula diasaskan pada 1854 dan ditubuhkan secara rasmi pada 1869.[2]

Pendidikan sunting

Cox's Bazar menempatkan pelbagai institut pengajian tinggi seperti Kolej Perubatan Cox's Bazar dan Kolej Bandar Cox's Bazar.

Pelancongan sunting

Secara umumnya, Cox's Bazar merupakan salah satu kawasan pelancongan yang paling banyak dilawati di Bangladesh.

Cox's Bazar terkenal dengan kawasan pantai yang juga merupakan pantai laut semula jadi terpanjang di dunia, dengan panjang mencecah sehingga 120 kilometer. Pantainya dikatakan memiliki kecerunan yang lembut serta berpasir.[5]

Selain itu, bandar ini menempatkan Taman Negara Himchari, sebuah taman negara di selatan Cox's Bazar yang diasaskan pada 1980 oleh kerajaan Bangladesh sebagai tapak pemuliharaan untuk kajian, pendidikan serta riadah. Taman tersebut menempatkan kawasan hutan hujan tropika, padang rumput serta beberapa buah air terjun.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ "Area, Population and Literacy Rate by Paurashava −2001" (PDF). Bangladesh Bureau of Statistics. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Disember 2008.
  2. ^ a b c Siddiqi, Mohammad Mahibbullah (2012). "Cox's Bazar District". Dalam Islam, Sirajul; Jamal, Ahmed A. (penyunting). Banglapedia: National Encyclopedia of Bangladesh (ed. kedua). Asiatic Society of Bangladesh.
  3. ^ Chowdhury, Sifatul Quader (2012). "Beach Sand Heavy Mineral". Dalam Islam, Sirajul; Jamal, Ahmed A. (penyunting). Banglapedia: National Encyclopedia of Bangladesh (ed. kedua). Asiatic Society of Bangladesh.
  4. ^ Nandita Haksar (2009). Rogue Agent: How India's Military Intelligence Betrayed the Burmese Resistance. Penguin Books India. m/s. 55–56. ISBN 978-0-14-306489-3.
  5. ^ Ethirajan, Anbarasan (26 Disember 2012). "Bangladesh's Cox's Bazar: A paradise being lost?". BBC World. Dicapai pada 29 Januari 2015.
  6. ^ "Himchari National Park – A Birdwatcher's Paradise". Bangladesh.com. Dicapai pada 1 Februari 2015.

Pautan luar sunting