Creative Commons ialah sebuah pertubuhan bukan untung yang bermatlamat untuk meluaskan penerbitan jenis karya yang boleh digunakan semula dan dikongsi oleh orang lain. Pertubuhan ini telah menghasilkan beberapa lesen hak cipta yang dikenali sebagai lesen-lesen Creative Commons. Lesen-lesen ini membolehkan si pemberi lesen membenarkan karyanya disalin dan diedarkan semula kepada orang lain, namun sebahagian daripada hak-haknya dipelihara.

Creative Commons
Kerangka
KependekanCC Sunting ini di Wikidata
Cogan kataCreative Commons develops, supports, and stewards legal and technical infrastructure that maximizes digital creativity, sharing, and innovation. Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sah501(c)(3)
No. ID cukai04-3585301
FokusPeningkatan hak cipta "munasabah", fleksibel
KeluaranLesen Creative Commons Sunting ini di Wikidata
KaedahLesen Creative Commons
BidangLesen awam, hak cipta Sunting ini di Wikidata
Anggota bagiCommunia, Open Source Initiative (2023), Open Education Global, UNESCO Global Open Science Partnership Sunting ini di Wikidata
Tapak webcreativecommons.org Sunting ini di Wikidata
Facebook: creativecommons Twitter: creativecommons Mastodon: creativecommons@mastodon.social Instagram: creativecommons GitHub: creativecommons Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Ditubuhkan15 Januari 2001; 23 tahun yang lalu (2001-01-15)[1]
PengasasLawrence Lessig
Pengurusan
Ketua pegawai eksekutifRyan Merkley, Catherine Stihler, Anna Tumadóttir Sunting ini di Wikidata
Tokoh pentingCable Green (CEO)
GabunganGerakan budaya bebas Sunting ini di Wikidata
Perangkaan
Hasil/pendapatan (2017) USD1.6 juta[2]
Kakitangan/pekerja 147 Sunting ini di Wikidata
Anugerah
FSF Free Software Award for Projects of Social Benefit (2009), Prix Ars Electronica (2004), Open Publishing Awards (2021) Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Ibu pejabatMountain View Sunting ini di Wikidata
Lokasi
  • Amerika Syarikat Sunting ini di Wikidata
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lesen-lesen Creative Commons boleh dikenakan pada pelbagai jenis karya khususnya yang seni seperti gambar lukis, karya sastera, dan muzik.

Pada tahun 2002 Projek Kandungan Terbuka, sebuah projek pelopor 1998 oleh David A. Wiley, mengumumkan Creative Commons sebagai projek penerus dan Wiley bergabung sebagai pengarah CC.[3][4] Aaron Swartz m+emainkan peranan dalam peringkat awal Creative Commons,[5] dan juga Matthew Haughey.[6]

Sehingga Mei 2018 terdapat 1.4 bilion kerja dilesenkan di bawah pelbagai lesen Creative Commons.[7] Wikipedia menggunakan salah satu daripada lesen ini.[8] Sehingga Mei 2018, Flickr telah menjadi pangkalan lebih daripada 415 juta foto berlesen Creative Commons.[9][10] Pada tahun 2004, Projek Creative Commons memperoleh anugerah Golden Nica Award di Prix Ars Electronica bagi kategori "Net Vision".

Lesen-lesen sunting

Berikut merupakan empat syarat utama yang boleh dipilih dalam lesen yang akan digunakan:

Syarat Huraian
Pengiktirafan Anda mesti mengiktirafkan karya tersebut dalam cara yang ditentukan oleh pencipta atau pemberi lesen (tetapi tidak dalam sebarang cara yang mencadang yang mereka telah memberi sokongan kepada anda dan pengunaan anda karya tersebut).
Perkongsian Serupa Jika anda mengubah, menukar atau membina atas karya ini, anda boleh mengedar hasilan karya itu hanya dibawah lesen yang sama, serupa atau sepadan
Bukan Karya Terbitan Anda tidak dibenarkan menganti, mengubah bentuk ataupun membina atas karya tersebut.
Bukan komersial Anda tidak dibenarkan mengunakan karya tersebut untuk tujuan komersial.

Antara keempat-empat syarat tersebut, Pengiktirafan wajib dipilih dan Perkongsian Serupa tidak boleh digabungkan bersama Bukan komersial. Hasilnya, terdapat enam lesen yang diterbitkan daripada gabungan-gabungan syarat-syarat di atas:

  • Pengiktirafan (by)
  • Pengiktirafan-Perkongsian Serupa (by-sa)
  • Pengiktirafan-Bukan Karya Terbitan (by-nd)
  • Pengiktirafan-Bukan komersial (by-nc)
  • Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa (by-nc-sa)
  • Pengiktirafan-Bukan komersial-Bukan Karya Terbitan (by-nc-nd)

Sesiapa yang mahu melepaskan karya mereka di bawah salah satu daripada lesen-lesen ini boleh melakukan demikian boleh meletakkan teks dari tapak web Creative Commons di karya mereka.

Penyetempatan sunting

Pada asalnya, lesen-lesen Creative Commons ditulis dalam konteks sistem perundangan Amerika Syarikat, oleh itu sesetengah istilah yang digunakan mungkin berbeza dan tidak sesuai dengan undang-undang tempatan bagi negara-negara lain dan tidak boleh dikuatkuasakan dalam badan kehakiman bagi negara-negara tersebut. Bagi menyelesaikan masalah ini, Creative Commons Antarabangsa telah mengambil langkah untuk menyesuaikan lesen-lesen tersebut dengan undang-undang hak cipta pada badan-badan kehakiman yang lain. Sebagai mana pada bulan November 2007, lesen-lesen Creative Commons telah disesuaikan kepada undang-undang tempatan bagi 40 buah negara, dengan 9 buah lagi masih dalam status draf.[11]

Projek-projek yang menggunakan lesen Creative Commons sunting

Beberapa juta laman kandungan web menggunakan lesen Creative Commons. Common Content didirikan oleh Jeff Kramer dengan kerjasama Creative Commons, dan kini sedang diuruskan oleh sukarelawan.

Rujukan sunting

  1. ^ "CreativeCommons.org WHOIS, DNS, & Domain Info – DomainTools". WHOIS. Dicapai pada 2019-07-11.
  2. ^ "CREATIVE COMMONS CORPORATION". Nonprofit Explorer. ProPublica. Dicapai pada 8 January 2020.
  3. ^ Wiley, David A. (30 June 2003). "OpenContent is officially closed. And that's just fine". opencontent.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-08-02. Dicapai pada 2016-02-21. I'm closing OpenContent because I think Creative Commons is doing a better job of providing licensing options which will stand up in court
  4. ^ Creative Commons Welcomes David Wiley as Educational Use License Project Lead by matt on creativecommons.org (June 23rd, 2003)
  5. ^ Lessig, Lawrence (2013-01-12). "Remembering Aaron Swartz". creativecommons.org. Dicapai pada 2013-05-07.
  6. ^ "Matt Haughey - Creative Commons". Creative Commons (dalam bahasa Inggeris). 2005-04-04. Dicapai pada 2018-01-11.
  7. ^ "State of the Commons – Creative Commons 2017". stateof.creativecommons.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-01-13.
  8. ^ "Wikimedia Foundation Terms of Use". Dicapai pada June 11, 2012.
  9. ^ "Flickr: Creative Commons". www.flickr.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-01-16.
  10. ^ "State of the Commons 2017". State of the Commons 2017 (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-09-15.
  11. ^ http://creativecommons.org/international

Pautan luar sunting