Muscogee

(Dilencongkan dari Creek)

Muscogee [mĕs-kou-gi], Mvskoke menurut bahasa Muskogee, [maskóːkî, mas-ko-ki] atau Creek [krik] ialah sebuah rumpun bangsa orang asli Amerika yang bertaburan asal di tenggara Amerika Syarikat[1] terutamanya kawasan merangkumi selatan Tennessee, keseluruhan Alabama, barat Georgia dan utara Florida.[2]

Kebanyakan orang dalam kalangan bangsa ini dipindahkan secara paksa oleh pemerintah Ameria Syarikat ke suatu kawasan khusus di sebelah barat Sungai Mississippi (kini Oklahoma) pada 1830-an, namun ada juga sebahagian penduduk yang melarikan diri daripada serangan pendatang Eropah pada tahun-tahun 1797 dan 1804 untuk membentuk kawasan puak baru di negeri-negeri Louisiana dan Texas.

Ada juga sebahagian daripada penduduk bangsa ini yang kekal di Alabama and is now known as the Poarch Band of Creek Indians.[3] Terdapat sebilangan besar penduduk bangsa ini yang berhijrah jauh ke selatan Florida antara sekitar tahun-tahun 1767 dan 1821,[4] para penghijrah ini berkahwin campur dengan puak-puak tempatan sana lalu menjadi suatu etnik baharu iaitu bangsa Seminole.

Rujukan sunting

  1. ^ Transcribed documents Diarkibkan Februari 13, 2012, di Wayback Machine Sequoyah Research Center and the American Native Press Archives
  2. ^ Fogelson ix
  3. ^ Mahon, pp. 187–189.
  4. ^ Mahon, pp. 187–189.

Pautan luar sunting