Crime & Investigation Network

Crime & Investigation Network (CSI) adalah hala tuju sebenar kepada siri jenayah benar dan program penyiasatan dengan motto Real Crime, Real People and Real Drama. Di sini, fakta terkecil mungkin boleh menjadi klu bagi seseorang detektif terbaik melawan ketua penjenayah.

Crime & Investigation Network
Pemilikan
PemilikFoxtel
Sejarah
Dilancarkan2004

Penonton berpeluang menyertai, mengkaji siasatan, menyelesaikan teka teki, mendalami pemikiran seorang penjenayah dan akhirnya mencantumkan semuanya menjadi bukti bagi mencapai keadilan.

Program ini membawa kita berada di makmal jenayah, bilik mahkamah, capaian maklumat polis, latar belakang sebenar di lokasi penyiasatan, soalan misteri yang tak terjawab dan menilai kehidupan pembunuh itu sendiri.

Saluran CSI ini — versi Asia — dapat diikuti di Astro saluran 732 mulai 1 Oktober 2007.

Perubahan nombor di Astro Malaysia sunting

Berikut ini adalah perubahan nombor yang ada di Crime + Investigation:

Pada tanggal 15 Jun 2007, Crime + Investigation dapat boleh disaksikan melalui Astro di saluran 79.

Pada tanggal 1 Oktober 2007, Crime + Investigation akan diubah nombor memperkenalkan tiga digit iaitu 732.

Pada tanggal 15 Oktober 2019, Crime + Investigation dapat boleh disaksikan melalui Astro akan menambahkan siaran kualiti HD di saluran 716.

Pada tanggal 1 April 2020, Crime + Investigation akan diubah nombor lagi menjadi saluran 714 untuk siaran format HD dan saluran 734 untuk siaran format SD.

Pada 25 Mac 2021, Crime + Investigation telah bersiaran menerusi saluran 714 (HD) dan saluran 734 (SD) telah rasmi ditamatkan.