Cristina Fernández de Kirchner

Cristina Elisabet Fernández (lahir 19 Februari 1953 di La Plata, Argentina), ialah ahli politik yang berkhidmat sebagai Naib Presiden Argentina ke-37 sejak tahun 2019. Dia juga pernah berkhidmat sebagai Presiden Argentina dari tahun 2007 hingga 2015 dan wanita pertama sepanjang tempoh suaminya, Néstor Kirchner, memegang jawatan sebagai Presiden Argentina. Dia adalah wanita ketiga yang memegang jawatan naib presiden Argentina, wanita kedua yang memegang jawatan presiden, presiden wanita pertama yang dipilih secara langsung, dan wanita pertama dipilih semula ke jawatan tersebut. Secara ideologi, dia menganggap dirinya sebagai seorang Peronis dan progresif, dengan pendekatan politiknya yang disebut Kirchnerism.

Cristina Kirchner
Mensaje de fin de año de la Presidenta.jpg
Presiden Argentina
Memegang jawatan
10 Disember 2007
MenggantikanNéstor Kirchner
Wanita Pertama Argentina
Dalam jawatan
25 Mei 2003 – 10 Disember 2007
Didahului olehHilda de Duhalde
Digantikan olehNéstor Kirchner (Lelaki Pertama)
Butiran peribadi
Lahir (1953-02-19) 19 Februari 1953 (umur 70)
Argentina La Plata, Wilayah Buenos Aires [1]
KerakyatanOrang Argentina
Parti politikFront for Victory,
(Justicialist Party)
PasanganNéstor Kirchner
Alma materNational University of La Plata
ProfesionPeguam