Kroket (bahasa Inggeris: croquette) [kro-két; pinjaman Perancis: croquer, "kunyah"] adalah makanan gumpal kecil yang lazim berisi kentang lecek dengan pelbagai campuran inti tertentu bersana seberapa tertentu kuah seperti sos béchamel atau sos perang,[1] sebelum disalut dengan serbuk roti. Ia biasanya dibentuk silinder, cakera, atau membujur sebelum digoreng.

Croquette
Croquette silinder
JenisSnek, makanan mudah Sunting ini di Wikidata
Bahan utamaKentang lecek, daging cincang, kerang, ikan, keju, sayuran, béchamel atau sos perang
Bahan yang biasa digunakanTelur, Serbuk roti Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Makanan ini lazim ada di seluruh dunia, sebagai makanan untuk acara istimewa malah juva makanan segera. Ia adakalanya disajikan dengan kentang lenyek sebagai hidangan sampingan dalam musim sejuk, terutamanya semasa sambutan tertentu seperti Krismas.

Croquette di pelbagai negara

sunting
 
Croquette bulat
 
Croquette kentang silinder
 
Croquetas fritas
 
Dua ketul kroketten Belanda, satu potong terbuka untuk menunjukkan inti ragout daging lembu; Chiang Mai, Thailand
  • Sepanyol: Croquettes, dibuat daripada daging ayam, dan termasuk dalam makanan pembuka (tapas).
  • Brazil: Croquette atau croquete, biasanya dibuat daripada daging lembu, dan dijual di Brazil sebagai hidangan daripada Jerman.
  • Mexico: Croquette dibuat daripada ikan tuna dan kentang.
  • Republik Czech: Krokety, bulat dan kecil, dibuat daripada kentang, telur, tepung gandum, dan mentega.
  • Cuba: dibuat daripada ham, daging babi, daging ayam, atau kombinasi ketiga-tiganya.
  • Amerika Syarikat: Di Tampa, Florida, croquettes dibuat daripada daging ketam yang sedang musim, dan disalut dengan serbuk roti yang berasal dari Roti Cuba. Penduduk tempatan memanggilnya deviled crab (croqueta de jaiba).[2]
  • Hungary: Krokett, serupa dengan croquette di Republik Czech, namun berbentuk bujur dan sering diberi rempah pala.
  • India: Alu-tikki adalah croquette kentang makanan khas India Utara yang dimakan sebagai makanan ringan. Sering juga dipanggil cutlet, dan boleh dijumpai di restoran segera.
  • Bangladesh: Serupa Alu-tikki, tapi diberi nama Alu-chop dan di tengahnya diisi daging sapi.
  • Jepun: Korokke (コロッケ) adalah makanan ringan yang popular, dan banyak dijual di pasar raya dan kedai daging. Korokke dibuat daripada kentang, dan biasanya berbentuk agak leper. Isi croquette boleh bermacam-macam, dari sayur-sayuran, daging lembu, babi, atau campuran daging babi dan lembu (aibiki). Selain itu, croquette berisi cebisan daging ketam (disebut kani korokke) dan udang juga popular. Menchi katsu (メンチカツ) (minced cutlet) adalah sebutan untuk daging cincang yang dibalut serbuk roti dan digoreng. Menchi katsu tidak dibuat daripada kentang, dan apabila tidak dinyatakan sebagai daging lembu, maka daging yang dipakai adalah campuran daging lembu dan babi.
  • Filipina: Croqueta adalah sebutan untuk croquette kentang dengan isi daging atau ikan.

See also

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting