One Two Jaga (juga dikenali sebagai Crossroads: One, Two, Jaga untuk pasaran antarabangsa) merupakan sebuah filem drama jenayah Malaysia 2018 arahan Namron terbitan bersama Jazzy Pictures, KL POST dan Pixel Play serta diedarkan oleh Primeworks Studios dan TGV Pictures. Ia dibintangi oleh Zahiril Adzim, Rosdeen Suboh, Ario Bayu, Asmara Abigail, Amerul Affendi, Iedil Putra, Chew Kin Wah, Along Eyzendy, Nam Ron, Azman Hassan dan Izuan Fitri. Filem ini ditayangkan pada 6 September 2018.[1]

Crossroads: One, Two, Jaga
PengarahNamron
Penulis
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiHelmi Yusof
Disunting olehRazaisyam Rashid
Syarikat
penerbitan
Jazzy Pictures
KL POST Sdn Bhd
Pixel Play
Diedarkan olehPrimeworks Studios
TGV Pictures
Tarikh tayangan
20 April 2018 (Antarabangsa)
6 September 2018 (Malaysia)
Masa tayangan
85 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Inggeris
Indonesia
Pecah panggungRM500,000

Sinopsis sunting

Berkisarkan tentang kisah di sebalik tabir pasukan badan beruniform Polis Diraja Malaysia, yang mana ia memaparkan sisi gelap segelintir anggota yang sanggup mengkhianati amanah dengan mengambil rasuah dan terjebak dalam kegiatan jenayah.

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

One Two Jaga pertama kali muncul apabila treler konsep filem ini dikeluarkan di YouTube pada tahun 2014.[2] Ia diarahkan oleh Namron yang sebelum ini mengarahkan PSIKO: Pencuri Hati (2013). Beliau turut menulis skrip bersama Ayam Fared, Pitt Hanif, Amri Rohayat dan Muhammad Syafiq. Bront Palarae dan isteri, Rozi Isma berkhidmat sebagai penerbit untuk Pixel Play.[3]

Untuk filem ini, Namron mengetengahkan gejala rasuah sebagai subjek utama. Barisan pelakon terdiri daripada pelakon dari Malaysia dan Indonesia, termasuk Sofia Jane, Zaidi Omar, Amerul Affendi, Ario Bayu dan Asmara Abigail.[4] Skrip filem ini pernah ditolak sebanyak dua kali oleh bekas Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar sebelum diolah semula.[5]

Keluaran dan sambutan sunting

Tayangan sunting

One Two Jaga pada mulanya dirancang untuk ditayangkan sahaja di pelbagai festival filem asing. Walau bagaimanapun, penerbit memutuskan bahawa filem itu juga harus ditayangkan di pawagam Malaysia. Filem ini menerima tarikh keluaran tayangan rasmi, iaitu pada 6 September 2018.[6]

Filem ini telah dipertontonkan buat julung kali pada malam pembukaan Festival Filem Timur Jauh ke-20 di Udine, Itali pada 20 April 2018.[7][8][9] Pada 29 Jun 2018, One, Two, Jaga mewakili Malaysia di Festival Filem New York Asia ke-17 yang berlangsung di New York, Amerika Syarikat.[10] One, Two, Jaga merupakan kegagalan komersial, Namron kemudian meluahkan rasa kecewanya di laman Twitter apabila melihat kedudukan carta filem tersebut kurang mendapat sambutan.[11][12]

Ulasan kritis sunting

Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online menyifatkan One Two Jaga sebagai "sebuah karya mahal Nam Ron dan rakan-rakan", beliau berkata: "Walaupun One Two Jaga pastinya tidak mampu mencatatkan kutipan puluhan juta ringgit tetapi nilai estetika, eksklusif dan jiwa yang mahal itulah yang menjadikan One Two Jaga wajar dihargai dan dihormati."[13]

Adaptasi novel sunting

Sebuah novel adaptasi filem ini, setebal 283 mukasurat juga menggunakan tajuk sama telah ditulis oleh Sahidzan Salleh dan diterbitkan oleh Buku FIXI dan dikeluarkan pada Mei 2018.[14]

Anugerah sunting

One, Two, Jaga terpilih sebagai salah satu daripada 7 filem Asia yang bersaing bagi kategori Filem Cereka Terbaik di Festival Filem Asia New York 2018 kali ke-17.[15] Di Festival Filem Malaysia ke-30 yang berlangsung pada 30 Mac 2019, One Two Jaga telah memenangi 6 anugerah termasuk Filem Terbaik.[16] Di Anugerah MeleTOP Era 2019, One Two Jaga tersenarai antara 20 filem[17] yang dicalonkan bagi kategori Filem MeleTOP. Bagaimanapun, ia dimenangi oleh Munafik 2.

Tahun Anugerah Karya tercalon Kategori Keputusan
2018 Five Flavours Asians Film Festival One, Two, Jaga Filem Terbaik (New Asian Cinema) Tercalon
Festival Filem Asia New York 2018 Filem Terbaik (Tiger Uncaged Award) Tercalon
2019 Festival Filem Malaysia ke-30 Filem Terbaik (Pixel Play Entertaiment) Menang
Pengarah Terbaik (Namron) Menang
Pelakon Lelaki Terbaik (Rosdeen Suboh) Menang
Lakon Layar Terbaik (Amri Rohayat, Farid Ayam, Namron) Menang
Cerita Asal Terbaik (Pitt Haniff, Muhammad Syafiq, Namron) Menang
Poster Terbaik (Pixel Play) Menang
Sinematografi (Mohd Helmi Yusof) Tercalon
Penyunting Terbaik (Rozaisyam Rashid) Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Amerul Affendi) Tercalon
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Izuan Fitri) Tercalon
Anugerah MeleTOP Era 2019 Filem MeleTOP Tercalon
Bintang Filem MeleTOP (Zahiril Adzim) Tercalon
Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2019 Pengarah Terbaik (Namron) Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Amerul Affendi) Menang
Pelakon Lelaki Terbaik (Rosdeen Suboh) Tercalon
Filem Terbaik Tercalon
Lakon Layar Terbaik (Amri Rohayat, Farid Ayam, Namron) Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (21 Julai 2016). Bront Palarae Teruskan Penggambaran 'One Two Jaga' Selepas Dua Tahun Diarkibkan 2018-07-22 di Wayback Machine mStar Online. Dicapai pada 27 Julai 2018.
  2. ^ "Sparks Of Hope Light Up The Dark – One Two Jaga". MGGA. 21 Mac 2018. Dicapai pada 15 Ogos 2018.
  3. ^ Kemalia Othman (31 Ogos 2018). "Singkap gejala rasuah 'One Two Jaga' tidak jatuhkan imej polis". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-08. Dicapai pada 8 September 2018.
  4. ^ "Ario Bayu Akan Beradu Akting Dengan Dua Aktor Malaysia Yang Telah Beberapa Kali Bermain Di Film Indonesia". Wowkeren. 9 Ogos 2018. Dicapai pada 16 Ogos 2018.
  5. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (5 Oktober 2017). "Screenplay history with 'One Two Jaga'". New Straits Times. Dicapai pada 15 Ogos 2018.
  6. ^ Zim Ahmadi (6 Mac 2018). "One, Two, Jaga: Nam Ron's gritty film about foreign labourers is coming out this year!". The Daily Seni. Dicapai pada 15 Ogos 2018.
  7. ^ Angelin Yeoh (13 April 2018). "Malaysian movie 'One Two Jaga' to open film fest in Italy". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-16. Dicapai pada 17 Ogos 2018.
  8. ^ Dennis Chua (14 April 2018). "#Showbiz: Namron thrilled his directorial work One Two Jaga will open film fest in Italy". New Straits Times. Dicapai pada 17 Ogos 2018.
  9. ^ "One Two Jaga ditayangkan di Itali". Kosmo!. 23 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-23. Dicapai pada 23 Ogos 2018.
  10. ^ Dennis Chua (20 Jun 2018). "#Showbiz: Namron's 'One Two Jaga' is off to New York". New Straits Times. Dicapai pada 16 Ogos 2018.
  11. ^ "'Tak Apalah Lepas Ni I Buat Filem Porn Pula ' – Namron Kecewa One Two Jaga Kurang Sambutan?". Oh Bulan!. 6 September 2018. Dicapai pada 8 September 2018.
  12. ^ Kohilah Sekaran (7 September 2018). "'Baik aku buat filem lucah lepas ini' - Pengarah filem One Two Jaga". Astro Awani. Dicapai pada 8 September 2018.
  13. ^ Shazryn Mohd Faizal (13 September 2018). "'One Two Jaga' sebuah karya mahal Nam Ron dan rakan-rakan". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-18. Dicapai pada 18 September 2018.
  14. ^ Zim Ahmadi (6 Mac 2018). "One, Two, Jaga: Nam Ron's gritty film about foreign labourers is coming out this year!". The Daily Seni. Dicapai pada 15 Ogos 2018.
  15. ^ "Filem 'One, Two, Jaga' raih pencalonan Filem Terbaik (Tiger Uncaged Award) di 17th New York Asian Film Festival 2018". FINAS. 27 Jun 2018. Dicapai pada 23 Ogos 2018.
  16. ^ Nur Asyikin Mayudin (31 Mac 2019). "'One Two Jaga' bolot 6 anugerah termasuk Filem Terbaik FFM30". The Star Online. Dicapai pada 31 Mac 2019.
  17. ^ "Senarai Top 20 AME 2019". Era. Dicapai pada 1 April 2019.

Pautan luar sunting