Crouching Tiger, Hidden Dragon
Crouching Tiger, Hidden Dragon ialah sebuah filem pengembaraan seni mempertahankan diri wuxia bahasa Mandarin 2000 yang diarahkan oleh Ang Lee dan ditulis untuk skrin oleh Wang Hui-ling, James Schamus, dan Tsai Kuo-jung. Filem ini dibintangi oleh Chow Yun-fat, Michelle Yeoh, Zhang Ziyi, dan Chang Chen. Ia berdasarkan novel Cina dengan nama yang sama bersiri antara 1941 dan 1942 oleh Wang Dulu, bahagian keempat pentalogi Crane Iron beliau.
Crouching Tiger, Hidden Dragon | |
---|---|
Pengarah | Ang Lee |
Lakon layar | Wang Hui-Ling James Schamus Tsai Kuo Jung |
Berdasarkan | Crouching Tiger, Hidden Dragon oleh Wang Dulu |
Dihasilkan oleh | Bill Kong Hsu Li-Kong Ang Lee |
Dibintangi | |
Sinematografi | Peter Pau |
Disunting oleh | Tim Squyres |
Muzik oleh | Tan Dun |
Syarikat penerbitan | Columbia Pictures Film Production Asia Good Machine International Edko Films Zoom Hunt Productions China Film Co-Productions Corporation Asian Union Film & Entertainment |
Diedarkan oleh | Sony Pictures Classics |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 120 minit |
Negara | Taiwan Hong Kong China Amerika Syarikat |
Bahasa | Mandarin Chinese[1] |
Bajet | $17 juta |
Pecah panggung | $213.5 juta[1] |
Crouching Tiger, Hidden Dragon mempunyai tempoh tayangan sepanjang 120 minit.
Crouching Tiger, Hidden Dragon ini menonjolkan barisan pelakon antarabangsa pelakon etnik Cina, termasuk Chow Yun-Fat, Michelle Yeoh, Zhang Ziyi, dan Chang Chen. Filem ini berdasarkan novel Crouching Tiger, Hidden Dragon keempat dalam pentalogi, dikenali di China sebagai Pentalogi Crane Iron (Pentalogi Besi Pucung, oleh penulis novel adiwira ("wuxia") Wang Dulu. Seni tempur dan tempur pentas diatur Yuen Wo Ping.
Dihasilkan hanya dengan budget US$17 juta, dengan dialog dalam bahasa Mandrin, Crouching Tiger, Hidden Dragon mencapai kejayaan antarabangsa mengejut, dengan pendapatan kasar $213.5 juta. Ia mendapat pendapatan kasar US$128 juta di Amerika Syarikat, menjadi filem bahasa asing berpendapatan tertinggi dalam sejarah Amerika Syarikat. Ia memenangi lebih 40 anugarah. Filem ini memenangi Anugerah Akademi bagi Filem Bahasa Asing Terbaik (Taiwan) dan tiga Anugerah Akademi lain, dan dicalon dengan enam Anugerah Akademi lain, termasuk Anugerah Akademi Filem Terbaik.[2] Filem ini turut memenangi empatr Anugerah Filem Akademi British ("British Academy Film Awards - BAFTA") dan dua Anugerah Golden Globe, satu bagi Dilem Asing Terbaik. Bersama kejayaan Anugerahnya, Crouching Tiger terus dipuji sebagai filem bahasa asing terbaik dan paling berpengaruh di Amerika Syarikat, terutamanya datangnya dari negeri China. Ia telah dipuji bagi seni tempur, jujukan, kisah dan sinematografi.
Rujukan
sunting- Nota kaki
- ^ a b "Crouching Tiger, Hidden Dragon". Box Office Mojo. Dicapai pada May 3, 2010.
- ^ Crouching Tiger, Hidden Dragon. Box Office Mojo. Accessed December 30, 2006.
Pautan luar
suntingWikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Crouching Tiger, Hidden Dragon |