Crunchyroll

tapak web penstriman animasi Jepun

Crunchyroll ialah perkhidmatan penstriman atas permintaan video atas permintaan yang dimiliki oleh Sony melalui usaha sama antara Sony Pictures dan Sony Music Entertainment Japan Aniplex. Syarikat itu memberi tumpuan kepada pengedaran, pengeluaran dan pelesenan anime dan dorama Jepun. Ditubuhkan pada tahun 2006 oleh sebuah kumpulan graduan Universiti California, Berkeley.[9] Saluran pengedaran dan program perkongsian Crunchyroll menyampaikan kandungan kepada 100 juta pengguna berdaftar di seluruh dunia.[7] Crunchyroll merupakan anak syarikat Otter Media, dan syarikat itu pula ialah anak syarikat AT&T milik WarnerMedia.[10] Sony mengumumkan pada Disember 2020 bahawa anak syarikatnya Funimation akan mengambilalih Crunchyroll dari AT&T untuk anggaran AS$1.175 billion.[8] Crunchyroll mempunyai pejabat di San Francisco, Los Angeles, London, Barcelona, Vancouver, Chișinău dan Tokyo, dan merupakan ahli Persatuan Animasi Jepun (AJA).[11] "Crunchyroll Hime", juga dikenali sebagai "Hime", merupakan maskot rasmi Crunchyroll.[12]

Crunchyroll
JenisAnak syarikat
Diasaskan15 Mei 2006; 17 tahun yang lalu (2006-05-15)
Ibu pejabatSan Francisco, California, U.S.
PengasasKun Gao[1][2]
James Lin[1][2]
Brandon Ooi[1]
Vu Nguyen[3][4]
Perancang utamaJoanne Waage (GM)
Thomas Overton (CTO)
Ryan McDonald (Head of Product)
IndustriIndustri anime, anime, manga, drama, video atas permintaan
IndukOtter Media (jualan kepada Sony/Funimation belum selesai)
PembahagianCrunchyroll Games, LLC
Crunchyroll Studios[5][6]
Anak syarikatCrunchyroll SAS
Laman webwww.crunchyroll.com
Jenis laman webPerkhidmatan penstriman video
PendaftaranPilihan
Pengguna 100 juta (2021)
(4 juta berbayar)[7][8]
Tersedia dalamInggeris, Sepanyol, Portugis, Perancis, Jerman, Arab, Itali, Rusia
Status terkiniAktif

Crunchyroll menawarkan lebih 1,000 rancangan anime,[11] lebih daripada 200 drama Asia Timur kepada pengguna, dan sekitar 80 judul manga sebagai Crunchyroll Manga, walaupun bukan semuanya tersedia di seluruh dunia disebabkan oleh sekatan pelesenan. Crunchyroll melepasi satu juta pelanggan berbayar pada Februari 2017,[11][13] dan mempunyai lebih 3 juta pelanggan berbayar setakat 2020.[7] Crunchyroll juga memilih beberapa anime untuk dikeluarkan dalam bentuk video rumah melalui rakan pengedarannya (Funimation, Sentai Filmworks, Viz Media, & Discotek Media di Amerika Utara, Anime Limited di United Kingdom).[14][15]

Anugerah Anime sunting

Anugerah Anime (The Anime Awards), juga dikenali sebagai Anugerah Anime Crunchyroll, merupakan anugerah tahunan diberikan untuk mengiktiraf anime dari tahun sebelumnya. Anugerah ini telah diadakan buat kali pertama pada Januari 2017 dan kembali pada tahun 2018. Crunchyroll memilih 20 juri daripada latar belakang yang pelbagai untuk membuat senarai enam calon dalam setiap kategori. Senarai ini kemudiannya disediakan kepada orang ramai untuk undian dalam talian untuk memilih para pemenang.[16]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Now Playing: Anime Online". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Julai 2020.
  2. ^ a b "How to change language on Crunchyroll". Technobezz (dalam bahasa Inggeris). 16 Jun 2020. Dicapai pada 27 Julai 2020.
  3. ^ "Anime Brand Crunchyroll Shows The Potential Niche Streaming Scale" (dalam bahasa Inggeris).
  4. ^ "Interview: Crunchyroll's Vu Nguyen".
  5. ^ Roettgers, Janko (22 Ogos 2018). "AT&T's Ellation Launches Studios in Burbank and Tokyo to Produce Crunchyroll Originals". variety.com.
  6. ^ "Marge Dean Brings Anime and Inclusion Together at Crunchyroll Studios". Animation World Network.
  7. ^ a b c Spangler, Todd (2 February 2021). "Crunchyroll Inks Deal With Idris and Sabrina Elba for Dark Fantasy Anime Series" (dalam bahasa Inggeris). Variety. Dicapai pada 2 Februari 2021.
  8. ^ a b Moore, D.M. (9 Disember 2020). "Sony's Funimation acquires anime streaming service Crunchyroll for $1.175 billion". Polygon (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Disember 2020.
  9. ^ "Crunchyroll CEO: Making Online Anime Pay" (dalam bahasa Inggeris). ICv2. 15 Disember 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Disember 2008. Dicapai pada 15 Disember 2008.
  10. ^ "AT&T Acquires Full Ownership of Otter Media" (dalam bahasa Inggeris). 7 Ogos 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Ogos 2018. Dicapai pada 8 Ogos 2018.
  11. ^ a b c "Largest Anime Streaming Service Crunchyroll Surpasses One Million Paid Subscribers" (dalam bahasa Inggeris). Crunchyroll. 9 Februari 2017. Dicapai pada 14 Februari 2021.
  12. ^ "The Origin of Crunchyroll Hime" (dalam bahasa Inggeris). Crunchyroll. 6 Jun 2018. Dicapai pada 26 Februari 2021.
  13. ^ Sevakis, Justin (13 Februari 2017). "How Big Of A Deal Is Crunchyroll Reaching A Million Subscribers?" (dalam bahasa Inggeris). Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Februari 2017. Dicapai pada 14 Februari 2017.
  14. ^ "Archived copy" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 September 2016. Dicapai pada 23 Jun 2018.CS1 maint: archived copy as title (link)
  15. ^ NormanicGrav (24 Disember 2017). "Anime Limited News: New Podcast Episode, Update on Stock, Xmas Sales Updates". Anime UK News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Jun 2018. Dicapai pada 22 Jun 2018.
  16. ^ "How Did the #AnimeAwards Nominees Get Picked?" (dalam bahasa Inggeris). Crunchyroll. 11 Januari 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Januari 2019. Dicapai pada 27 Januari 2019.

Pautan luar sunting