Cukai tak langsung

cukai yang dikenakan oleh kerajaan/pemerintah, di mana ia dikutip oleh suatu pengantara

Istilah cukai tak langsung ada beberapa erti yang berlainan.

Dalam perbualan seharian, cukai tak langsung (seperti cukai jualan, cukai tambah nilai (VAT), atau cukai barangan dan perkhidmatan (GST)) ialah cukai yang dipungut oleh pihak perantara (seperti kedai runcit) dari seseorang yang menanggung beban ekonomi mutlak dari cukai itu (seperti pelanggan). Kemudian, pihak perantara itu memfailkan penyata cukai lalu mengemukakan hasil kutipan cukai kepada pihak kerajaan bersama penyata tersebut. Oleh demikian, istilah cukai tak langsung berbeza dengan cukai langsung yang dipungut terus oleh pihak kerajaan dari pihak-pihak yang dikenakan cukai tersebut. Ada yang mengulas bahawa "cukai langsung tidak boleh dialihkan tanggungannya oleh pembayar cukai kepada pihak lain, sedangkan cukai tak langsung boleh."[1]

Cukai tak langsung boleh menaikkan harga barangan supaya para pelanggan yang membayar cukai tersebut terpaksa membayar lebih untuk barangan belian mereka.[2] Contohnya: cukai bahan api, arak dan rokok. Duti eksais yang dikenakan pada kereta bermotor dibayar pada mulanya oleh pihak pengilang kereta; oleh itu pihak pengilang memindahkan tanggungan dutinya kepada pembeli kereta dengan mengenakan harga tinggi. Oleh itu, cukai tak langsung ialah cukai yang boleh dialihkan atau diserahkan tanggungannya.

Notes sunting

  1. ^ Britannica Online, Article on Taxation. See also Financial Dictionary Online, Article on Direct taxes.
  2. ^ Financial Dictionary Online, Article on Indirect taxes.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

VAT in the UK