Cukup Derita Itu (lagu)

"Cukup Derita Itu" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Siti Nordiana, dikeluarkan pada 4 Mei 2021 sebagai lagu tema siri drama TV3 bertajuk sama. Lagu ini dicipta oleh Tam Spider dengan liriknya ditulis oleh Siti Rosmizah Semail.[1][2][3]

"Cukup Derita Itu"
Single oleh Siti Nordiana
Dilancarkan pada4 Mei 2021
Dirakamkan pada2021
Format
GenreBalada
Panjang3:34
SyarikatSeventeen Eleven Music
Penulis
Kronologi single Siti Nordiana
""Sekali Lagi"
(2021)"
"Cukup Derita Itu" ""Amaran"
(2021)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Komposisi sunting

"Cukup Derita Itu" ialah sebuah lagu bergenre balada dan berdurasi selama 3 minit dan 34 saat, dicipta oleh Tam Spider manakala liriknya ditulis oleh Siti Rosmizah.[4][5] Bagi mendapatkan penghayatan, beliau terkenangkan kisah lampaunya, namun enggan mengulas mengenai kisah silamnya. Ini mendandakan kerjasama sulung Nana bersama Tam.[2][6] Beliau menzahirkan rasa berbesar hati kerana menyanyikan lagu ciptaan vokalis kumpulan Spider, sambil berkata:[1]

"Lagu runut bunyi perlu ada pendekatan tersendiri dan itulah cabaran yang saya hadapi untuk memastikan 'Cukup Derita Itu' menjadi. Pertama sekali, semestinya saya kaji terlebih dahulu keseluruhan plot cerita drama berkenaan untuk memastikan dapat gambaran tepat. Memandangkan drama itu adalah naskhah yang menuntut permainan emosi dan ada babak kesedihan, saya kena tekankan dari segi itu juga. Justeru, untuk lagu ini, saya cuba salurkan corak penceritaan dengan nada merintih terhadap setiap bait liriknya,".[1]

Muzik video sunting

Video lirik untuk "Cukup Derita Itu" dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia pada hari pelancarannya.[4][7][8][9]

Format dan senarai runut sunting

Muat turun digital[perlu rujukan]
  1. "Cukup Derita Itu" – 3:34

Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 4 Mei 2020 Muat turun digital[perlu rujukan]
pensitriman digital[10]
Seventeen Eleven Music

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Fariza Saidin (8 Mei 2021). "Siti Nordiana dah 'Cukup Derita Itu'! Salurkan jiwa dengan sepenuh emosi dan rintihan". Kita Reporters. Dicapai pada 4 Jun 2021.
  2. ^ a b Juliana Johar (8 Mei 2021). "Cari 'feel' Cukup Derita Itu, Siti Nordiana terpaksa kenang semula kisah silam". mStar Online. Dicapai pada 4 Jun 2021.
  3. ^ Mya Amri (7 Mei 2021). "Siti Nordiana kembali dengan Cukup Derita Itu, memang menusuk kalbu". Astro Gempak. Dicapai pada 4 Jun 2021.
  4. ^ a b "Cukup Derita Itu rintihan pilu Siti Nordiana". Kosmo!. 10 Mei 2021. Dicapai pada 4 Jun 2021.
  5. ^ "Cabaran Nana menyanyi lagu Cukup Derita Itu". Malaysia Gazette. 4 Jun 2021. Dicapai pada 4 Jun 2021.
  6. ^ "Cukup Derita Itu salurkan sepenuh emosi rintihan oleh Siti Nordiana". Kopiplanet. 8 Mei 2021. Dicapai pada 4 Jun 2021.
  7. ^ Aqmar Mustaza (25 Mei 2021). "Cukup Derita Itu taruhan terbaharu Siti Nordiana selepas Angkara". Sinar Plus. Sinar Harian. Dicapai pada 4 Jun 2021.
  8. ^ "Siti Nordiana salur rintihan penuh beremosi menerusi Cukup Derita Itu". The News. 8 Mei 2021. Dicapai pada 4 Jun 2021.
  9. ^ Padin (25 Mei 2021). "Siti Nordiana salurkan emosi, buat kajian dahulu sebelum..." XTRA. Dicapai pada 4 Jun 2021.
  10. ^ "Cukup Derita Itu - Single by Siti Nordiana". Spotify. Dicapai pada 4 Jun 2021.