Cun!
Cun! merupakan sebuah filem romantik komedi arahan Osman Ali yang diterbitkan pada 31 Mac 2011 di Malaysia.
Cun! | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | Osman Ali |
Penulis | Osman Ali |
Dihasilkan oleh | Gayatri Su-Lin Pillai |
Dibintangi | |
Sinematografi | Daven Raghavan |
Disunting oleh |
|
Muzik oleh | Nurzaidi Abd Rahman |
Syarikat penerbitan | Tayangan Unggul Nuansa Sdn Bhd |
Diedarkan oleh | Astro Shaw |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 105 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 1 juta[1] |
Pecah panggung | RM 3 juta |
Pengarah sunting
Ringkasan sunting
Mengisahkan seorang pengacara TV terkenal yang membawa diri ke sebuah desa terpencil di Kedah setelah mendapati tunangannya, seorang bintang filem terkenal bermain kayu tiga dengan seorang pelakon baru. Di desa tersebut, beliau jatuh hati dengan kehidupan desa yang damai disamping tertarik dengan pemuda desa. Pelbagai kisah lucu dan menarik dirakam dalam tempoh tersebut sebelum beliau dijejaki semula oleh penerbitnya dan kembali membawanya ke Kuala Lumpur.
Pelakon sunting
- Remy Ishak sebagai Atan
- Maya Karin sebagai Luna Latisya
- Faezah Elai sebagai Kuntom/Tom
- Nadiya Nisaa sebagai Manis
- Mislina Mustaffa sebagai Bedah Tonggek
- Kartina Aziz sebagai Tok Chah
- Jehan Miskin sebagai Ryan Hidayat
- Ning Baizura sebagai Candy
- Marsha Milan Londoh sebagai Siti Senjakala
Anugerah dan pencalonan sunting
Anugerah | Kategori | Penerima | Menang/Pencalonan |
---|---|---|---|
Festival Filem Malaysia ke-24 | Pengarah Terbaik | Osman Ali | Tercalon |
Pelakon Wanita Terbaik | Maya Karin | Tercalon | |
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Faezah Elai | Menang | |
Sinematografi Terbaik | Daven Raghavan | Tercalon | |
Penataan Seni Terbaik | Irwan | Tercalon | |
Pelakon Harapan Wanita | Nadiya Nisaa | Menang | |
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik | Mohd Irzan Shah | Tercalon | |
Poster Terbaik | Tercalon | ||
Anugerah Skrin 2011 | Filem Terbaik | Keseluruhan Filem | Tercalon |
Pengarah Terbaik | Osman Ali | Menang | |
Pelakon Lelaki Terbaik Filem | Remy Ishak | Menang | |
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem | Nadiya Nisaa | Menang | |
Faezah Elai | Tercalon | ||
Ning Baizura | Tercalon | ||
Lakon Layar Terbaik Filem | Osman Ali | Tercalon |
Lihat juga sunting
Pautan luar sunting
- Cun! Diarkibkan 2012-04-02 di Wayback Machine di Sinema Malaysia
- Kutipan Filem 2011 di FINAS
- ^ TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011, Finas.gov.my. Dicapai pada 18 Januari 2011.