Kura-kura katup

spesies reptilia
(Dilencongkan dari Cuora amboinensis)

Kura-kura katup atau kura-kura padi (bahasa Inggeris: Southeast Asian box turtle, Amboina box turtle)[4] ialah kura-kura dari genus Cuora (kura-kura katup Asia).

Kura-kura katup
C. a. amboinensis dewasa dalam Sulawesi
CITES Appendix II (CITES)[2]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Suborder: Cryptodira
Superkeluarga: Testudinoidea
Keluarga: Geoemydidae
Genus: Cuora
Spesies:
C. amboinensis
Nama binomial
Cuora amboinensis
Daudin, 1802
Sinonim[3]
Cuora amboinensis amboinensis
  • Testudo amboinensis Daudin, 1801
  • Testudo melanocephala Daudin, 1801
  • Emys amboinensis Schweigger, 1812
  • Emys melanocephala Schweigger, 1812
  • Terrapene amboinensis Merrem, 1820
  • Kinosternon amboinense Bell, 1825 (ex errore)
  • Cistuda amboinensis Gray, 1830
  • Clemmys (Clemmys) melanocephala Fitzinger, 1835
  • Cuora amboinensis Gray, 1856
  • Cistudo amboinensis Boulenger, 1889
  • Cyclemys amboinensis Boulenger, 1889
  • Cuora ambionensis Goldsmith, Proctor, Cole & Dadd, 1969 (ex errore)
  • Cuora amboiensis Nutaphand, 1979 (ex errore)
  • Cuora amboinensis amboinensis Rummler & Fritz, 1991
Cuora amboinensis couro
  • Emys couro Schweigger, 1812
  • Terrapene bicolor Bell, 1825
  • Terrapene couro Fitzinger, 1826
  • Emys cuoro Mertens & Wermuth, 1955 (ex errore)
  • Cuora amboinensis couro Rummler & Fritz, 1991
  • Cuora amboinensis cuoro Das, 1995
Cuora amboinensis kamaroma
  • Terrapene bicolor Bell, 1825
  • Cuora amboinensis kamaroma Rummler & Fritz, 1991
  • Cuora amboinensis kanzaroma Artner, 2003 (ex errore)
Cuora amboinensis lineata
  • Cuora amboinensis lineata McCord & Philippen, 1998

Kura-kura ini dijumpai di kepulauan Nicobar, timur India (Assam), Bangladesh, Myanmar, Thailand, Kemboja, Laos, tengah dan selatan Vietnam, Semenanjung Malaysia, Singapura, Filipina (Leyte, Luzon, Mindanao, Samar, Negros, Panay, dan sebagainya), Indonesia (Sulawesi, Pulau Ambon, Sumatera, Borneo, Malaysia Timur, Brunei, Nias, Enggano, Simeulue, Jawa, Sumbawa, Halmahera, Seram, Buru, Timor Timur, Bali, Palawan dan Maluku), dan mungkin di China (Guangxi dan Guangdong) serta Sri Lanka.

Nama "Amboina" diambil daripada nama Pulau Ambon di Indonesia tempat di mana spesies ini dijumpai dan awal direkodkan.

Ciri-ciri sunting

Kura-kura ini mempunyai tempurung belakang (karapas) yang cenderung membulat tinggi dan berperisai perut (plastron) berengsel yang dapat dibuka dan tutup untuk menyembunyikan kepala dan kaki-kakinya sepenuhnya.

Kura-kura ini berwarna coklat kehitaman hinggalah coklat kekuningan. Sesetengah spesies mempunyai lunas kuning cerah, hitam, jingga atau garisan putih sepanjang lunas mereka. Secara umum, badannya mempunyai pelbagai warna dan pekat.

Kebanyakan spesies ini mempunyai jalur di kedua-dua sisi kepala yang biasanya bertemu ke bahagian hidung. Kura-kura jantan mempunyai plastron yang melengkung ke dalam.

Tabiat sunting

Kura-kura padi bersifat daratan, semi-akuatik dan akuatik sepenuhnya. Namun, kebanyakannya hidup di perairan air cetek, sungai mengalir, kolam atau tasik yang mempunyai banyak tumbuh-tumbuhan sebagai makanan. Biasanya, kura-kura ini bersifat maserba iaitu memakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan kecil.

Taksonomi sunting

Terdapat empat subspesies yang dibezakan melalui warna-warna pada badan dan bentuk-bentuk ketara pada tempurungnya;

Tempurungnya (karapas) lebih rendah berbanding subspesies lain. Mempunyai bintik hitam besar pada plastron, serta kepala yg lebih besar.
Tempurungnya lebih tinggi, dan saiznya lebih kecil. Bentuk badan yg lebih lonjong serta kurang tanda hitam pada plastron. Ekornya lebih pendek berbanding subspesies yang lain.
  • Cuora amboinensis lineata (Burmese box turtle) McCord & Philippen, 1998 – Myanmar

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Cota, M.; Hoang, H.; Horne, B.D.; Kusrini, M.D.; McCormack, T.; Platt, K.; Schoppe, S.; Shepherd, C. (2020). "Cuora amboinensis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020: e.T5958A3078812. doi:10.2305/IUCN.UK.2020-2.RLTS.T5958A3078812.en. Dicapai pada 19 November 2021.
  2. ^ "Appendices | CITES". cites.org. Dicapai pada 2022-01-14.
  3. ^ Fritz Uwe; Peter Havaš (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 214–215. doi:10.3897/vz.57.e30895. S2CID 87809001. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 Mei 2011. Dicapai pada 29 Mei 2012.
  4. ^ Dewan Bahasa dan Pustaka.