Cuora galbinifrons

Cuora galbinifrons ialah spesies kura-kura katup dari China (Hainan dan Guangxi), Vietnam utara dan tengah , Laos, dan mungkin timur laut Kemboja. Haiwan ini sering dijumpai berada di kawasan beraltitud tinggi yang memudahkan ia untuk menyembunyikan diri. Terdapat keraguan dalam penentuan taksonomi spesies ini dengan beberapa subspesies yang telah dikenalpasti. IUCN menyenaraikan haiwan ini sebagai spesies yang sangat terancam.

Cuora galbinifrons
Cuora galbinifrons galbinifrons
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Suborder: Cryptodira
Superkeluarga: Testudinoidea
Keluarga: Geoemydidae
Genus: Cuora
Spesies:
C. galbinifrons
Nama binomial
Cuora galbinifrons
Bourret, 1939
Sinonim[2]
  • Cuora galbinifrons galbinifrons
  • Cuora galbinifrons Bourret, 1939
  • Cyclemus flavomarginata hainanensis Li, 1958
  • Cuora hainanensis Zhao, 1975
  • Cyclemys flavomarginata hainanensis Wermuth & Mertens, 1977
  • Cistoclemmys galbinifrons Bour, 1980
  • Cistoclemmys hainanensis Iverson, 1985
  • Cuora flavomarginata hainanensis Obst, 1985
  • Cistoclemmys flavomarginata hainanensis Groombridge, 1988
  • Cuora galbinifrons galbinifrons Iverson & McCord, 1992
  • Cuora galbinifrons hainanensis Iverson & McCord, 1992
  • Cistoclemmys galbinifrons galbinifrons Bour, 2002
  • Cistoclemmys galbinifrons hainanensis Bour, 2002
Cuora galbinifrons bourreti
  • Cuora galbinifrons bourreti Obst & Reimann, 1994
  • Cistoclemmys galbinifrons bourreti Bour, 2002
  • Cuora bourreti Stuart & Parham, 2004
  • Cistoclemmys bourreti Vetter, 2006
Cuora galbinifrons picturata
  • Cuora galbinifrons picturata Lehr, Fritz & Obst, 1998
  • Cistoclemmys galbinifrons picturata Bour, 2002
  • Cuora picturata Stuart & Parham, 2004
  • Cistoclemmys picturata Vetter, 2006

Taksonomi sunting

C. g. galbinifrons pertama kali direkodkan oleh Bourret pada tahun 1939, tetapi spesimen pertamanya mengambil masa sehingga 40 tahun untuk diimport dari Eropah dan Amerika Syarikat. Subspesies ini mendiami selatan wilayah Guangxi, China, Vietnam utara, dan sebahagian utara Laos dan Pulau Hainan (China). Populasi dari Hainan pernah dianggap sebagai spesies berlainan[3] atau subspesies,[4] C. (galbinifrons) hainanensis.[5] Li, 1958, tidak menyedari mengenai penemuan yang dilakukan oleh Bourret (1939) mengenai C. galbinifrons dan mempercayai subspesies baru, Cuora flavomarginata adalah satu-satunya spesies Cuora yang diketahui mempunyai persamaan. Menurut sesetengah penemuan, spesies Hainan tidak semestinya memiliki plastrons gelap (yang selalunya terdapat pada C. g. galbinifrons), namun lebih cerah. Tambahan pula, karapas mereka menunjukkan terdapat bintik-bintik pigmen merah dan coklat. Kajian genetik dan morfologi menunjukkan haiwan ini adalah sinonim dengan C.g. galbinifrons.

Kura kura katup Punggung Berbunga, (Cuora (galbinifrons) bourreti) wujud di Vietnam tengah dan Laos, dan kemungkinan di timur laut Kemboja, dan yang membezakannya dengan spesies utama adalah corak pada plastron, di mana hanya terdapat tompokan gelap atau kadangkala tiada langsung.

Disenaraikan sebagai subspesies[6] C. galbinifrons, kajian genetik[7] menunjukkan terdapat perbezaan, kemungkinan berlainan spesies, contohnya, Cuora bourreti dengan Cuora picturata,[8] pernah dianggap sebagai subspesies C. galbinifrons. Bagaimanapun, kajian ostelogik[9] menunjukkan bahawa C. g. bourreti adalah subspesies C. galbinifrons. Hal ini disulitkan lagi dengan pertindihan kawasan habitat mereka di utara-tengah Vietnam menyebabkan intergradasi dan muncul populasi kacukan antara C. g. galbinifrons dan C. g. bourreti.[10] Status C. picturata masih lagi kabur, samaada secara morfologi dan fenotipikal antara pengkaji[11] dan mereka beranggapan ia ialah subspesies C. galbinifrons. Walau bagaimanapun, ia masih mempunyai kaitan.

Spesimen kacukan dari utara dan tengah Vietnam dengan Cuora mouhotii jantan menghasilkan subspesies yang dikenali sebagai Cuora serrata.

Status sunting

Kesemua populasi Kura-kura Katup Indochina terganggu disebabkan kewujudan spesies kacukan antara mereka. IUCN meletakkan haiwan ini sebagai spesies "haiwan yang sangat terancam".[1]

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Templat:IUCN2014.1
  2. ^ Fritz Uwe; Peter Havaš (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 216–217. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 December 2010. Dicapai pada 29 May 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Zhao, 1975
  4. ^ Iverson & McCord, 1992
  5. ^ Li, 1958: org desc. Cyclemys flavomarginata hainanensis)
  6. ^ Obst & Reimann, 1994
  7. ^ Stuart & Parham 2004
  8. ^ Lehr et al. 1998
  9. ^ Fritz et al.. 2006
  10. ^ Fritz et al.. 2003
  11. ^ Fritz & Havas (2006)
  • Fritz, Uwe, Antje Petzold and Markus Auer. 2006. Osteology in the Cuora galbinifrons complex suggests conspecificity of C. bourreti and C. galbinifrons, with notes on shell osteology and phalangeal formulae within the Geoemydidae. Amphibia-Reptilia. 27 (2): 195-205.
  • Fritz, U., Ziegler, T., Herrmann, H.-W., Lehr, E., 2002. Intergradation between subspecies of Cuora galbinifrons Bourret, 1939 and Pyxidea mouhotii (Gray, 1862) in southern North Vietnam. Faun. Abh. Mus. Tierk. Dresden, 23: 59-74.
  • Obst, F.J., Reimann, M., 1994. Bemerkenswerte Variabilität bei Cuora galbinifrons Bourret, 1939, mit Beschreibung einer neuen geographischen Unterart: Cuora galbinifrons bourreti subsp. nov. Zool. Abh. Mus. Tierk. Dresden, 48: 125-138.
  • Stuart, B.L., Parham, J.F., 2004. Molecular phylogeny of the critically endangered Indochinese box turtle (Cuora galbinifrons). Mol. Phylogenet. Evol., 31: 164-177.

Pautan luar sunting