Curi-Curi Cinta ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2019 arahan YM Raja Ahmad Alauddin. Dibintangi oleh Zahirah MacWilson, dan Aiman Hakim Ridza. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 29 April 2019 menggantikan Patah Sayap Bertongkat Paruh. [1].

Curi-Curi Cinta
GenreCinta
Melodrama
Keluarga
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Curi-Curi Cinta karya Siti Rosmizah
PenciptaSiti Rosmizah Semail
Ditulis olehRehal Nuharis
PengarahYM Raja Ahmad Alauddin
Dibintangi oleh
Zahirah MacWilson
Aiman Hakim Ridza
Fauziah Nawi
Talha Harith
Lagu pembukaanTerlalu Memuja - Wany Hasrita
Lagu penutupSyurga Di Telapak Kaki Ibu - Aishah
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutifMuhammad Haiqal Mazelan
Muhammad Haziq Mazelan
Farizullah Othman
PenerbitSiti Rosmizah Semail
Mazelan Zainol Abidin
Farizullah Othman (bersama)
Rehal Nuhanis (bersama)
Tempoh siaranIsnin - Khamis
10.00 malam
Syarikat penerbitan
SR One Sdn Bhd
Dear Creative Media Sdn Bhd (bersama)
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot MegaDrama)
Astro Prima (Slot DramaRia)
Siaran asal29 April 2019 – 13 Jun 2019
Kronologi
MengikutiPatah Sayap Bertongkat Paruh
Diikuti olehSetelah Terlafaznya Akad

Sinopsis sunting

Kisah Intan Raihana (Zahirah MacWilson) dilahirkan dalam keluarga yang susah. Intan malu dengan keadaan keluarganya, apatah lagi ibunya, Puan Asmah (Fauziah Nawi), seorang yang buta disebabkan sebuah kemalangan maut. Ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan tersebut, dia pula membenci abangnya, Iskandar (Talha Harith) yang didakwanya sebagai punca kemalangan tersebut.

Terpaut dengan kekayaan Daniel Hakim (Aiman Hakim Ridza), Intan merancang untuk memikat Daniel apatah lagi bila mengetahui Daniel adalah kekasih sepupunya, Fariza (Uyaina Arshad). Intan sanggup melakukan pelbagai cara untuk merampas Daniel Hakim daripada Fariza. Namun begitu, hati Daniel Hakim sudahpun terkunci untuk Fariza.

Daniel akhirnya diperangkap dan terpaksa disatukan dengan Intan. Daniel rasa tertipu pada perkahwinan mereka dan mahu membalas dendam. Dia mula mengatur rancangan untuk memberi pengajaran kepada Intan. Perbuatan Daniel itu telah menghancurkan impian Intan selama ini. Disitulah Intan mula sedar dan berubah setelah diuji dengan banyak dugaan.

Apabila Intan disahkan mengandung, perasaan sayang mula berputik. Namun ego membatasi segalanya. Hati Intan telah mati untuk Daniel lalu meninggalkan Daniel. Daniel terus mencari Intan untuk memujuk Intan kembali.

Pelakon sunting

Pelakon Utama sunting

Pelakon Pembantu sunting

  • Fauziah Nawi sebagai Puan Asmah
  • Ku Fridah sebagai Mak Long Sapiah
  • Uyaina Arshad sebagai Fariza
  • Talha Harith sebagai Iskandar
  • Melanie Tan sebagai Peggy
  • Adam Lee sebagai Badrul
  • Pablo Amirul sebagai Adli Alfian
  • Farisha Irwayu sebagai Puan Sri Haida
  • Khairul Bahri Khairuddin sebagai Tan Sri Hairi
  • Kenji Sawahi sebagai Dato' Kelvin
  • Mandy Chong sebagai Datin Suzy
  • Haneesya Hanee sebagai Tina
  • Izzue Islam sebagai Suratman Suparjo
  • Azri Sabri sebagai Ramli
  • Ayu Azlina sebagai Kak Timah Teleng
  • Muhammad Aizat sebagai Mael
  • Sherin Amiri sebagai Rina
  • Bella Dowanna sebagai Along
  • Muhamad Khalis Dean sebagai Dobok
  • Nur Arissa Puteri sebagai Adik
  • Zalfa Zain sebagai Fida
  • Nurul Sofia Umaira sebagai Didie
  • Awiesobry Hussain sebagai Ghani
  • Meera James (Kak Girl) sebagai Kak Tot
  • Aishah Sudin sebagai Kak Tipah
  • Elly Suhaili sebagai Kak Ani
  • Kavita a/p Gnanesageran sebagai Kavita
  • Mieza Edora Shahri sebagai Dayana
  • Ahmad Nazri sebagai Rahmat
  • Syel Ramlan sebagai Puan Asmah (Muda)
  • Putri Jannah Izwandy sebagai Intan (Muda)
  • Ahmda Lutfi Hakim sebagai Iskandar (Muda)
  • Rosinawati Mat sebagai Kak Ani (Muda)
  • Muhammad Hanafi Kormin sebagai Wak Juling
  • Junaidi Ishak sebagai Lelaki (2)
  • Dato Paduka Azmi sebagai Dato' Majid
  • Mohamad Noor Ikhram sebagai Luqman
  • Airil Hafiz sebagai Ali
  • Syed Muhammad Irfan sebagai Rudy

Sambutan sunting

Penarafan sunting

Curi-Curi Cinta mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya memperoleh 7.5 juta jumlah tontonan sekali gus menjadikan ia drama bersiri nombor satu pada tahun 2019 menurut sumber dari Astro Awani[2] Dengan menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai satu tempoh yang kompetitif, Curi-Curi Cinta juga berjaya meletakkan ia di kedudukan tontonan tertinggi semasa musim perayaan itu. Di platform digital pula, drama ini juga berjaya mengumpul 11 juta tontonan dengan 3.2 juta pada waktu puncak.

Muzik dan Runut Bunyi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Curi-curi Cinta". MyInfotaip. 29 April 2019. Dicapai pada 4 Ogos 2021.
  2. ^ "Drama 'Curi-Curi Cinta' pecah rekod dengan 7.5 juta tontonan". Astro Awani. 28 Jun 2019.

Pautan Luar sunting

Astro Ria: Slot MegaDrama, Rabu–Jumaat, 10:00 Malam
Sebelumnya Curi-Curi Cinta Berikutnya
Patah Sayap Bertongkat Paruh Setelah Terlafaznya Akad