Curtiss A-18 Shrike

Curtiss A-18 Model 76A Shrike II ialah pesawat serangan darat enjin berkembar Amerika Syarikat tahun 1930-an. Ia adalah versi ujian pengeluaran A-14 Shrike syarikat Curtiss .

A-18 Shrike II
Curtiss A-18 No. 37-52 ditugaskan di Wright Field (Y1A-18, semasa percubaan)
Peranan Pesawat penyerang darat
Pengeluar Curtiss Aeroplane and Motor Company
Penerbangan pertama 3 Julai 1935[1]
Dihentikan 1943
Status Percubaan Perkhidmatan
Syarikat penerbangan utama United States Army Air Corps
Jumlah dibina 13[2]
Kos unit $105,000 [3]
Dibangunkan dari Curtiss XA-14

Reka bentuk dan pembangunan sunting

Pada tahun-tahun sebelum Perang Dunia II, Kor Udara Tentera Amerika Syarikat berminat dengan pesawat penyerang yang mampu membawa muatan bom yang lebih banyak dan kuasa tembakan yang lebih kuat. Piawaian reka bentuk pesawat penyerang pada dasarnya berubah kepada pesawat pengebom ringan dengan kuasa tembak hanya sedikit kecil berbanding pesawat pengebom sederhana yang dibangunkan, di mana standard .30 in (7.62 mm) mesingan secara amnya telah digantikan dengan .50 in (12.7 mm) pada setiap pesawat baru yang sedang dalam proses pembangunan. [3]

Prototaip Curtiss YA-14 yang muncul pada tahun 1935 adalah salah satu pesawat serangan misi tunggal pertama. Meskipun kelihatan berpotensi dengan fiuslajnya yang langsing, hidung yang nipis dan penyelarasan yang ramping, pesawat A-14 telah dihalang oleh kekurangan kuasa walaupun telah dipasangkan dua Enjin jejari Wright Whirlwind 775 hp (578 kW) . Namun begitu, prototaip itu mampu mencapai kelajuan maksimum 254 mph (409 km/j), mengatasi pesawat pejuang barisan hadapan Boeing P-26 Peashooter sebanyak 20 mph (32 km/j) . [3] Enjin semula dengan 735 hp (548 kW) Curtiss R-1670-5, ia telah dihantar kepada Tentera Darat di bawah nombor siri 36-146. [4]

Sejarah operasi sunting

 
A Y1A-18

Varian baharu Y1A-18 telah dipertingkatkan dengan menaik taraf enjin jejari  Wright R-1820 -47  850 hp (630 kW) berserta kipas tiga bilah menggantikan model dua bilah asal. Tiga belas pesawat telah dihasilkan, nombor siri 37-52 hingga 37-64,  dengan kos kontrak $1,259,235.00, pesawat contoh pertama yang dihasilkan (Y1A-18) pertama kali diterbangkan pada 3 Julai 1935. walaupun berjaya dalam ujian, tiada pengeluaran selanjutnya ditempah kerana kekurangan dana serta kewujudan pesawat yang lebih canggih (seperti Douglas A-20 Havoc ).

Selepas tamat ujian perkhidmatan, Y1A-18 telah dinamakan semula sebagai A-18 . Pesawat-pesawat tersebut telah ditugaskan ke Skuadron Serangan ke -8, Kumpulan Serangan ke-3 di Padang Barksdale, Louisiana pada tahun 1937.  Skuadron itu memenangi Piala Harmon yang diidam-idamkan bagi kategori ketepatan penembakan dan pengeboman pada tahun pertama perkhidmatan mereka.   Semasa perkhidmatannya dengan Skuadron Serangan ke-8, gear pendaratan boleh tarik pesawat A-18 didapati mempunyai kelemahan. Sekurang-kurangnya daripada 8 daripada 13 buah pesawat A-18 mengalami keruntuhan gear pendaratan semasa berlepas atau mendarat. Sebahagian daripada pesawat itu telah digantikan oleh model awal A-20 Havocs pada tahun 1941.

A-18 hanya digunakan untuk tempoh yang singkat sebelum digantikan dengan pesawat penyerang yang lebih canggih. Selepas perkhidmatannya dengan Skuadron ke-8, pesawat itu telah ditugaskan ke beberapa Skuadron Pengeboman Ringan sepanjang tahun 1940-42, mungkin digunakan sebagai pesawat sokongan. Pesawat A-18 Shrike II yang terakhir telah bersara daripada skuadron barisan hadapan pada tahun 1942; tiada satu pun pesawat itu pernah digunakan dalam pertempuran.  

Akhir sekali, empat daripada A-18 (37-52, 37-56, 37-61, dan satu lagi tidak dikenal pasti) telah ditugaskan ke Tentera Udara Caribbean pada akhir November 1941 berpangkalan di Albrook Field . Tiga daripada pesawat itu mula-mula ditugaskan ke Markas dan Skuadron Ibu Pejabat, 12th Pursuit Wing, manakala pesawat keempat ditugaskan kepada HHS Bomber Command (kemudian VI Bomber Command ) di Albrook. Pesawat itu kekal dengan unit ini sehingga Februari 1942. [5]

Menjelang Disember 1942, terdapat hanya dua atau tiga buah pesawat masih boleh terbang. Sebuah telah digunakan sebagai pesawat tunda sasaran, dua lagi dikendalikan sebagai pesawat peninjau oleh Skuadron Peninjau ke -108 (Khas) dari Howard Field bagi aktiviti meronda pendekatan ke Terusan Panama .Pesawat A-18 37-61 pula telah rosak dalam kemalangan ketika mendarat di padang Albrook pada 22 Februari 1943. [6] Siri 37-56 telah dipindahkan ke pusat latihan kerangka pesawat di Howard. Semua pesawat ini akhirnya dilupuskan di Canal Zone pada penghujung tahun 1943. [5]

Operator sunting

  Amerika Syarikat
  • Kor Udara Tentera Amerika Syarikat

8th Skuadron Penyerang, 1937-1941
15th Skuadron Pengebom (Ringan), 1940
16th Skuadron Pengebom (Ringan), 1940-1941
24th Skuadron Pengebom(Ringan), 1940-1942
55th Skuadron Pengebom (Ringan), 1942

56th Skuadron Pengebom (Ringan), 1941
57th Skuadron Pengebom (Ringan), 1941
89th Skuadron Pengebom (Ringan), 1941
108th Skuadron Pengintip, 1942-1943
128th Skuadron Peninjau, 1941-1942

Spesifikasi (Y1A-18) sunting

Data dari Curtiss Aircraft 1907–1947,[7] The Complete Encyclopedia of World Aircraft[8]

Ciri-ciri umum

  • Krew: 2
  • Panjang: 41 ka 0 in (12.50 m)
  • Tinggi: 11 ka 6 in (3.51 m)
  • Luas sayap: 530 ka2 (49 m2)
  • Berat kosong: 9,580 lb (4,345 kg)
  • Berat kasar: 12,849 lb (5,828 kg)
  • Janakuasa: 2 × Wright R-1820-47 Cyclone enjin piston jejari 9-silinder, penyejukan udara, 850 hp (630 kW) setiap enjin
  • Bebaling: 3-bilah bebaling dua posisi

Prestasi

  • Halaju maksimum: 247 mph (398 km/j, 215 kn) at 2,500 ka (760 m)
  • Halaju kruis: 217 mph (349 km/j, 189 kn)
  • Jarak: 651 bt (1,048 km, 566 nmi)
  • Had khidmat: 25,000 ka (7,600 m)

Persenjataan

  • 4 × forward-firing .30 in (7.62 mm) Mesingun M1919 Browning
  • 1 × aft-firing .30 in (7.62 mm) mesingan
  • 400 lb (181 kg) bom pada sayap dua petak
  • 200 lb (91 kg) bom atau bom kimia bawah sayap


Lihat juga sunting

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Aircraft of comparable role, configuration, and era

Related lists

Rujukan sunting

 

  1. ^ Wagner 1982, m/s. 171.
  2. ^ Fahey 1946, p. 21.
  3. ^ a b c McCullough, Anson. "Grind 'Em Out Ground Attack: The Search for the Elusive Fighter Bomber." Wings, Vol. 25, No. 4, August 1995.
  4. ^ Swanborough and Bowers 1964, p. 231.
  5. ^ a b Hagedorn, Dan. Alae Supra a Canalem: Wings Over The Canal, The 6th Air Force and the Antilles Air Command. Paducah, Kentucky: Turner Publishing Co., 1995. ISBN 1-56311-153-5.
  6. ^ "A-18 Shrike." USAF Serial Search. Retrieved: 23 October 2012.
  7. ^ Bowers, Peter M. (1979). Curtiss aircraft, 1907-1947. London: Putnam. m/s. 365–368. ISBN 0370100298.
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan world tidak disediakan