Curtiss HA (kadangkala dikenali sebagai Dunkirk Fighter ) ialah pesawat laut sayap berkembar (biplane) buatan Amerika yang direka oleh Kapten BL Smith dari Kor Marin Amerika Syarikat, dan dibina oleh Curtiss Airplane and Motor Company.

HA / Dunkirk Fighter
Curtiss HA-2 (BuNo A4111)
Peranan pesawat pejuang/ pesawat mel
Negara pengeluar Amerika Syarikat
Pengeluar Curtiss Aeroplane and Motor Company
Direka oleh B.L. Smith
Penerbangan pertama 21 Mac 1918[1]
Jumlah dibina 6 (3 prototaip, 3 pesawat mel)

Reka bentuk dan Pembangunan sunting

HA ialah pesawat sayap berkembar (biplane) dua tempat duduk dengan pelampung pada bahagian tengah dan pelampung pengimbang di hujung sayap. Fiuslajnya diperbuat daripada kayu dengan penutup kain. Pesawat ini dikuasakan dengan enjin Liberty 12 pada bahagian muncung. Prototaip telah ditempah pada Disember 1917, dan penerbangan pertamanya dijalankan pada 21 Mac 1918. Semasa ujian, pesawat terbukti sangat tidak stabil, dengan ekor pesawat yang terlalu berat. Pesawat itu musnah dalam nahas.

Dua lagi prototaip telah ditempah, dinamakan sebagai HA-1 dan HA-2 . HA-1 telah dibina daripada bahagian-bahagian pesawat asal yang diselamatkan. Bahagian ekor pesawat dan radiatornya telah direka bentuk semula, dan sayapnya dialihkan lebih jauh ke belakang. HA-1 terbakar semasa penerbangan. HA-2 mempunyai lebar sayap yang lebih luas, dan berprestasi lebih baik, tetapi kerana perang hampir tamat, tiada tempahan pengeluaran dibuat.


Sejarah Operasi sunting

Tiga versi pesawat darat telah digunakan sebagai pesawat mel uadara.

Spesifikasi (HA-2) sunting

Data dari Angelucci, 1987. pp 116-117.[1]

Ciri-ciri umum

  • Krew: 2
  • Panjang: 30 ka 9 in (9.37 m)
  • Rentang sayap: 42 ka 0 in (12.80 m)
  • Tinggi: 11 ka 5 in (3.47 m)
  • Luas sayap: 490 ka2 (45.52 m2)
  • Berat kosong: 2,946 lb (1,336 kg)
  • Berat kasar: 3,907 lb (1,772 kg)
  • Janakuasa: 1 × Liberty 12 , 360 hp (270 kW)

Prestasi

  • Halaju maksimum: 118 mph (190 km/j, 103 kn)
  • Kadar mendaki: 790 ft/min (4.0 m/s)

Persenjataan

  • 4 × .30 in (7.62 mm) mesingan

Rujukan sunting

  1. ^ a b Angelucci, 1987. pp 116-117.