Curtis XF13C ( Model 70 ) ialah pesawat pejuang berpengkalan di kapal induk yang dibina oleh Curtiss Airplane and Motor Company .

XF13C
Curtiss XF13C in 1937
Peranan Pesawat pejuang
Negara pengeluar  Amerika Syarikat
Pengeluar Curtiss Aeroplane and Motor Company
Penerbangan pertama 7 Januari 1934[1]
Jumlah dibina 3

Pembangunan dan reka bentuk sunting

XF13C ialah pesawat pejuang tentera laut yang menampilkan badan yang dibina keseluruhan daripada logam, dengan fiuslaj separa monocoque , gear pendaratan boleh ditarik secara manual dan kokpit tertutup. Pesawat ini direka untuk memudahkan penukaran dari sayap berkembar kepada ekasayap dan sebaliknya. Tentera Laut Amerika Syarikat membeli prototaip XF13C-1 semasa dalam konfigurasi ekasayap, dan prototaip XF13C-2 pula dibeli semasa sayap berkembar.

XF13C pertama kali terbang pada tahun 1934 dengan keputusan yang baik direalisasikan dalam ujian. Pada tahun 1935, pesawat itu menerima enjin yang lebih berkuasa dan pengubahsuaian pada ekor pesawat. Penamaan ditukar kepada XF13C-3 dan lebih banyak ujian penerbangan telah dilaksanakan.

Sejarah operasi sunting

Tiada tempahan pengeluaran diterima untuk Curtis XF13C, bagaimanapun pesawat prototaip terus digunakan untuk NACA dan oleh Skuadron VWJ-1 di Quantico .

 
XF13C-1 dalam penerbangan, sekitar tahun 1934.

Data dari [1]

Ciri-ciri umum

  • Krew: 1
  • Panjang: 25 ka 0 in (7.62 m)
  • Rentang sayap: 35 ka 0 in (10.66 m)
  • Tinggi: 8 ka 9.5 in (2.66 m)
  • Luas sayap: 205 ka2 (19.04 m2)
  • Berat kosong: 3.412 lb (1,548 kg)
  • Berat kasar: 4,634 lb (2,102 kg)
  • Janakuasa: 1 × Wright SGR-1510-12 , 700 hp (520 kW)

Prestasi

  • Halaju maksimum: 246 mph (396 km/j, 214 kn)
  • Jarak: 726 bt (1,168 km, 631 nmi)
  • Had khidmat: 25,250 ka (7,696 m)
  • Kadar mendaki: 2,000 ft/min (10.16 m/s)

Persenjataan

  • 1 × .50 in (12.7 mm) machine gun
  • 1 × .30 in (7.62 mm) machine gun


Rujukan sunting

  1. ^ a b Angelucci 1987, pp. 152–153.